21 Dec 2022

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023

 Assalamualaikum readers


Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 | Rakyat marhaen kalau dengar bab bantuan memang suka sangat! Yelah duit kita jugak kan. Kalau tukar 10 perdana menteri maka nama bantuan pun tukar jugak 😂 Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) yang sebelum ini dinamakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun hadapan.


Bantuan Tunai Rakyat tahun 2023, bantuan sehingga RM 2,500 bakal dilaksanakan, iaitu jumlah tertinggi setakat ini bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat Covid-19. BTR diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion. 


KATEGORI DAN JUMLAH BANTUAN





Berikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BTR 2023 yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam bajet 2023 sebelum ini. 


1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM 2,500 sebulan

  • RM 2,500 : Lebih 5 Anak
  • RM1,000 - RM 2,000 : 1 hingga 4 Anak



2. Pendapatan Isi Rumah : RM 2,500 - RM 5,000

  • RM 500 - RM 1,250 : 1 hingga 4 Anak (Bergantung pada bilangan anak)



3. Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

  • RM 600 / RM 350 (Bergantung pada pendapatan)



4. RM 500 (tambahan BTR)

  • Bantuan tambahan untuk ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM 3,000 berbanding RM 2,500



Permohonan baharu dan kemaskini maklumat penerima sedia ada akan mula dibuka dalam masa terdekat. Bayaran Fasa 1 akan disalurkan awal bulan Januari. Sekiranya semakan pemohon di portal BKM 2022 masih wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, tidak perlu membuat kemas kini maklumat BTR 2023. 



Sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, perlu membuat permohonan baru di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my atau aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan muat turun di Play Store / App Store di telefon. Permohonan melalui borang boleh di dapati secara percuma di Portal Rasmi BKM atau cawangan LHDNM / UTC / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH).

3 comments:

  1. setuju part 10 kali tukar PM, 10 kali tukar nama. haha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sy dah dpt yg lps (bln 9 kalau tak silap)... tau2 je dah ada dalam akaun... terima kasih kerajaan sebab tak lupakan sy hehehe

    ReplyDelete
  3. yg dapat tu gunalah dgn berhemah. mmg x byk tp lbh baik drpd mrk yg x dpt lgsg

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com