25 Aug 2018

Review Filem Hotel Transylvania 3 : Summer Vacation

Assalamualaikum Readers
 
 
 
Review Filem Hotel Transylvania 3 : Summer Vacation | Rasanya still available di wayang cuma bukan semua negeri sebab movie ni dah lama. Nina tengok 22 Julai lepas, dah sebulan lebih. Entri peram dan publish ikut mood. Hahaha.. Time tu tak plan pun nak tengok movie ni, just usha movie kat GSC Sunway Carnival tu dan tengok macam best trailer. Belum tengok lagi sekuel 2 movie HT jadi tak berapa tahu. Nasib baik boleh hadam jalan cerita, agak kelakar bagi kami. Ketawa tak henti-henti. Movie HT3 ni box office hamper $428.3 million ! Wow
 
 
 

 
 
SINOPSIS HOTEL TRANSYLVANIA 3 : SUMMER VACATION
 
 
 
Pada tahun 1897, Dracula (Adam Sandler) dan kawan-kawannya menyamar sebagai manusia dalam train untuk ke Budapest. Prof Abraham Van Helsing, musuh lama Dracula memburu mereka dan berlari ke atas bumbung train. Van Helsing tak Berjaya membunuh Dracula dan kawannya.
 
 
 
Van Helsing

 
 
 
Seperti sekuel filem-filem yang lepas, Dracula menjalankan business hotel dengan anak perempuannya, Mavis (Selena Gomez) dan menantunya Johnny. Dracula sejak kematian isterinya, Martha, dia berasa kesepian dan cuba untuk cari seseorang. Dengan itu, Mavis membawa keluarganya bercuti dan menghabiskan lebih banyak masa bersama. Mereka menaiki kapal cruise dikenali sebagai Legacy. Dracula jatuh hati selepas melihat Ericka, kapten kapal dan dia telah "zinged" (fall in love untuk bangsa Dracula) semula.
 
 
 
Ericka, kapten kapal

Raksasa excited

 
Part kelakar

 

 
Rupanya, Ericka ialah cucu Van Helsing dan berusaha membunuh Dracula atas arahan datuknya. Van Helsing merancang untuk membunuh kesemua raksasa dalam kapal dan membawa mereka ke Bandar Atlantis yang hilang. Misinya dengan mencari Instrument of Destruction yang ditemui dibawah runtuhan Bandar Atlantis. Van Helsing memberi amaran jangan bunuh Dracula sebelum tiba waktunya.
 
 
 
Selepas gagal membunuh Dracula di gunung berapi bawah laut, Ericka mengeluh tidak mampu membunuhnya. Dracula mempelawa Ericka untuk makan malam. Ericka melihat ini peluangnya untuk membunuh vampire itu. Ketika mereka makan di sebuah pulau terpencil, Ericka mula jatuh hati kepada Drac. Mavis curiga setelah mendapati bapanya berminat dengan Ericka. Kapal sampai di Atlantis yang diubah menjadi kasino. Drac senyap-senyap follow Ericka ke kubur bawah Bandar lama Atlantis, dan Mavis juga menjadi spy. Dengan bantuan Drac, Ericka Berjaya melepasi perangkap untuk mengambil Instrument of Destruction dan melarikan diri dari Drac. Drac mengaku bahawa dia "zinged" dengan Ericka.



Anak-beranak seronok berenang

Ericka tak berjaya membunuh Dracula




Ericka menyesal memberi objek itu kepada datuknya. Van Helsing akan perangkap raksasa di sebuah pesta tarian. Di pesta, Van Helsing muncul dan memainkan lagu untuk membuatkan Kraken (tinggal di pulau itu) menjadi ganas dan menyerang Drac dan kesemua raksasa. Ericka menyelamatkan Drac dan mengaku kepada datuknya, dia jatuh hati kepada Drac dan hentikan Kraken.



Dinner, Ericka letakkan bawang putih dalam makanan Drac

Anak ramai sangat. Kesian ikan. Haha

Kraken ni peramah kot

Pulang ke pangkal jalan


Untuk menenangkan Kraken, Johnny memainkan muzik positif untuk mengalahkan lagu Van Helsing. Kreken suka lagu Macarena dan semua orang mula menari termasuk Van Helsing dan tak sengaja dia tergelincir dan jatuh tetapi diselamatkan oleh Dracula. Van Helsing tersentuh dengan kebaikan Drac dan meminta maaf kepada semua raksasa dengan membayar balik kos pelayaran. Di hotel Transylvania, Drac melamar Ericka.


 
🌟🌟🌟🌟🌟


 


4 comments:

  1. dah lama tak tengok movie huhu macam best ja cerita ni, warna warna dalam cerita ni pun nampak menarik

    ReplyDelete
  2. anak aku sampai sudah dok nyanyi lagu macarena sambil membebel2 dia tengok tv "besar".

    ReplyDelete
  3. Pergh!! menarik juga bila baca review Nina.. Tengok dengan amani dan imani best nie..

    ReplyDelete
  4. kelebihan hollywood kalu cerita kartun ni, dia warna warni. mmg puas hati bla tgk..lg 1 jln cerita xstreotype

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com