27 Aug 2018

Happy Birthday Amanina

Assalamualaikum Readers
 
 
 
Happy birthday to me, happy birthday to Nina Ahmad.. Menyanyi untuk diri sendiri. Entri peram sebulan lebih baru nak publish. Hahaha.. Terima kasih banyak buat blogger-blogger yang wish thru IG. Ada rezeki tahun depan, Nina buat majlis makan-makan lagi. Boleh tengok restoran yang kami makan tu [kat sini] kalau datang Penang, mai la sebab mee udang sedap. Thanks my dear, my love sebab merialisasikan tema Unicorn tu. Hahaha



Genap umur 28 tahun pada 4 Julai 2018


Nampak tak ikan-ikan kap berenang di bawah meja
 
Identiti BF dirahsiakan sehingga tiba masanya dan atas permintaan tuan badan jugak



Nina plan nak buat celebration ni awal sikit dari tarikh birthday, memandangkan 2 Julai, birthday Ana, junior kolej jadi pakat ON untuk celeb 1 Julai lepas. Lagi berapa hari nak masuk September baru nak up story. Maafkan tuan tanah sebab busy ya amat. Nasib baik masih ada kesayangan yang rajin remind dan baca blog. Kalau tak jawabnya mood ke laut. Venue buat di Resto Pagar Buluh, Sungai Ara. Bf tolong bookkan sehari sebelum majlis takut ramai orang deposit RM 50. Restoran ni konsep menarik dan sesuai makan bersama family, kengkawan atau buat majlis. Unik sebab makan bersila sambil tengok ikan-ikan kap berenang di bawah meja.

 

Menu kami . Semua sedap
 
Birthday girl
 
Feeling lain macam Ana ni
 
Candid ! Maceh kawan-kawan yang sporting, masuk air
 
 
Tahun ni dapat hadiah paling bermakna, paling terkesan di hati, Allah is the best planner dan ditemukan Nina dengan BF selepas kami lost contact hampir 7 tahun dari 2011. Ada jodoh In Shaa Allah, doa yang baik-baik dan semoga dipermudahkan Allah. Ok, meh layan gambar-gambar di hari kejadian.
 
 
 
Ada jr sekolah, jr kolej, ex offismate, blogger

Baby July. Maceh Printcious sponsor baju kami
 
 
 
Kek unicorn ni, Nina order di area Bayan Lepas juga, rumah tokey berdekatan dengan restoran kami makan. So far, suka kek kak Lis buat ni, menepati citarasa dan kali pertama Nina order kek dengan dia, suggest perisa apa yang sesuai dan decoration untuk ekor unicorn ni ikut sebiji macam gambar contoh Nina bagi. Boleh request nak warna dan mata unicorn ikut customer. Hehe. Suka la!  
 
 
 
Cream + apple green. Semua dendan/ekor unicorn warna soft pastel. Harga sekilo RM 120
 
Filling cake - choc ganache & choc chip dan salted caramel sauce . Ada macam-macam flavour, kalau tak pasti boleh tanya macam-macam. Owner kek ni peramah dan sedia melayan pertanyaan customer

Orang Penang boleh la contact Kak Lis kalau nak order kek untuk majlis tunang, kawen, birthday etc
 


12 comments:

  1. Meriahnya.selamat hari lahir ya

    ReplyDelete
  2. happy belated birthday nina...semoga dipermudahkan perancangan masa hadapan tu jugak ye :D

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday nina.. Comel tema sambutan birthday nina..

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday, Kak Nina! Comel gila kek :D

    ReplyDelete
  5. Happy Bezday Nina, akak doakan moga cepat naik pelamin, bf pun dah ada tu kan....
    Amboi dari belon sampai ke kek Unicornnya ye hihi

    ReplyDelete
  6. meriah celebration duo birthday girls....cantik birthday cake..

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday Nina.. Alhamdulillah dapat birthday present terindah tahun ni.. Sis doakan semoga ada jodoh dan Nina sentiasa diluaskan pintu rezeki serta dilindungiNya selalu, aminnn

    ReplyDelete
  8. pagar buloh? dah lama xpergi sana...

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday! Nina ;-)

    ReplyDelete
  10. hb belated nina semoga nina dimurahkan rezeki berjaya dunia akhirat... siap da baju lagi... klu anak akak tgk kek tu mesti dia nak juga.... hehe

    ReplyDelete
  11. apeni? dah lps sbln plus plus br update!😆

    ReplyDelete
  12. Cantik betul design kek tu.. teruja nengoknya..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com