2 Nov 2013

Demam Thor : The Dark World Melanda




Selamat berhujung minggu buat semua. Dah lama sebenarnya tertunggu-tunggu sambungan kisah Thor bersama Jane. Kalau dalam sekuel pertama Thor macam jakun je bila sampai bumi. Nak tau kisahnya tengok sini "Thor : Superhero Hammer" . Serius best dan betul kata Farah yang dah tengok. Wayang pun semua FULL dengan orang. Buat Azlan & Miss Volvo, selamat menonton :) 



Walaupun tak tengok dalam 3D tapi tetap best tengok pemandangan Asgard dan sound effect yang ohsem. Ditambah lakonan Chris Hemsworth yang tinggi 195cm dengan Natalie Portman. Sekuel ke 2 mungkin banyak pertarungan dengan musuh dan ada juga scene lawak doktor saintis si Eric Selvig tu, Darcy dengan pelatih barunya. Sawan ketawa aku dalam wayang tu.
 



Thor datang ambik gf




Jalan cerita bermula dengan flashback zaman datuk Thor dimana musuh utama Thor iaitu Malekith (Melekit), mencari kuasa yang mampu menakhluk dunia iaitu "Aether" . Kuasa Aether ditanam jauh ke tempat yang tidak diketahui dimana Jane telah menemui tempat Aether itu secara tak sengaja. Berlaku pertemuan di antara Jane Foster dan Thor dalam misi menyelamatkan bumi. 2x Jane tampar Thor masa Thor datang nak mengambil Jane ke Asgard. Kesian pula. Hihi



Loki pula dikurung di dalam penjara bawah tanah dan paling menarik, Loki dan Thor bergabung menentang Malekith. Scene lawak bila Thor keluarkan Loki dalam penjara dalam misi menyelamatkan Jane yang diserapi oleh kuasa Aether. Loki boleh munculkan diri sebagai Captain America dan Thor menjadi Sif. Haha.. Terbaek!
 




Bapa Thor dibunuh Loki




Aksi dramatik ketika Loki korbankan nyawa untuk selamatkan Thor. Memang dari dulu Loki tu tak boleh dipercayai kalau tengok endingnya. Geram weyh! Heimdall, si pengawal pintu masuk asgard pun dah tak boleh nak melihat Jane atau apa saja. Kesian pulak. Paling aku suka dalam movie nie ialah pemandangan Asgard. Seyes cantik tempat shooting tu. 





The Dark World menggabungkan dunia Asgard dan kota London. Endingnya, kemungkinan akan ada sekuel ke 3 Thor. Memandangkan lastly Thor bercakap dengan "ayahnya" . Maybe Thor nak kawen dengan Jane dan bawa hammernya sebab yang menjelma sebagai ayah tu ialah LOKI! Nampaknya Loki dan Malekith tak mati lagi. Jeng..jeng. 




24 comments:

  1. mesti seronok kan sis?

    ReplyDelete
  2. Sya tgk watak thor ni dalam ceta avenger..sngguh ganas skali..nnti leh ajak sesapa tmn g tgk..:)

    ReplyDelete
  3. lawak jugak masa hammer tu nk kena kejar thor.. kejap kat dunia ni, kejap kat dunia lain. pening dia.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Sis, sy ni jenis yg jrg tgk movie.. tgk tv pun jrg. Hahha. But I'll watch ape2 movie or program kalau rasa mcm nak. Hehhe

    Btw, tempat tu nmpak cantik sgt :)

    ReplyDelete
  5. aiyak..kena tengok gak ne..hopefully dah tak full house dah..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Macam cerita zaman silam je Nina....okje tk suka cerita perang perang ni

    ReplyDelete
  7. Best!!! Selamat berhujung minggu nina...

    ReplyDelete
  8. jom join.
    bukan susah.
    dapat TOPAP FREE PULAK TUH!
    perrgghhh!
    http://www.bloqazizsafian.com/2013/11/saya-nak-topap-free-by-azizsafiancom.html

    ReplyDelete
  9. baru tengok tadi best gilos kan heheheh

    ReplyDelete
  10. ke tgk ni....kena tgk ni......

    ReplyDelete
  11. Tengok rambut Thor dengan Loki dalam citer ni dah macam rambut iklan shampu je gayanya. Hehe

    ReplyDelete
  12. harap nanti adalah peluang puteri nak tengok filem ni :)

    ReplyDelete
  13. x minat sgt dgn natalie portman...

    ReplyDelete
  14. ramai yang cakap filem ni best.. akak je yang belum berpeluang untuk menontonnya..

    ReplyDelete
  15. Dah tgok yg pertama...tak berapa best, jadi yg kedua ni...kurang berminat nak tengok, tp ramai yg review, kata best...hmmmm

    ReplyDelete
  16. akhirnya dapat gak tengok movie nie..memang awesome giler and lagi best dari no 1 kot..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. Wah best.. x kesempatan lg nk tengok.. tp mmg x sabar nk tengoklah.. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  18. layaazzz..
    akak mmg xlayan movie..sk drama je..

    ReplyDelete
  19. Sejak Marvel diambil alih oleh Disney ni, filem-filem superhero Marvel dah jadi filem yang sesuai untuk tontonan keluarga. Satu perubahan yang baik dalam industri perfileman.

    ReplyDelete
  20. THORbaik bro ... memang THORhangat di pawangan ...

    ReplyDelete
  21. Lama tak tengok wayang.. rasa macam nak pergi tengok je.. hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com