23 Nov 2013

Review Filem The Hunger Games : Catching Fire

Assalammualaikum.





Happy weekend dan harini aku cuti.. Yess! Semalam 1st time tengok wayang dengan officemate. Aku dengan Hanim nak sangat tengok Ender's Game. Pulak tu tukar tempat date gara2 kazen aku. Nevermind, dia hantarkan aku ke Sunway Carnival. Yang sedihnya dalam web tiket pukul 7.30, rupanya 9. Jadi, kami pon tengok la movie nie. Janji ada title 'game' tu. Hehe.. And aku baru tau ini sekuel ke 2. Sebelum tu, ada la sikit2 Hanim explain panjang lebar jalan cerita pertama movie nie.



The Hunger Games adalah filem pengembaraan sains fiksyen berdasarkan novel Suzanne Collins. Catching Fire ialah sambungan ke 2 dalam Hunger Games trilogi. Ada lagi 2 sekuel iaitu The Hunger Games : MockingJay Part 1 & 2 (proses shooting). Wahh.. tak sabar nak tengok sambungannya nanti. 



Sinopsis:


Setelah kejayaan Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pada The Hunter Games ke 74, mereka telah menjadi idola kepada semua District (12 District) dan telah membuat President Snow tidak senang duduk. Kehidupan Katniss dipantau dan setiap gerak geri diperhatikan bagi membuatkan semua District merusuh. Dalam masa yang sama, President Snow mengugut Katniss supaya berhenti berlakon bahawa dia bercinta dengan Peeta agar setiap District tidak membantah apa saja suruhan Capitol atau keluarga atau orang tersayang akan dibunuh. 


Untuk membuatkan President Snow tak menganggu Katniss dan Peeta, mereka telah mengumumkan hasrat ingin berkahwin. Dalam masa yang sama, President Snow mengumumkan adanya The Hunger Games ke-75, adalah siri Quarter Quell, dimana para survivor & pemenang sebelum ini akan dikumpulkan kembali bagi mewakili District masing2. Nasib baik ada Haymitch yang sering bantu dan beri sokongan. Kali ini mereka perlu bersekutu dengan beberapa District untuk terus hidup.  


Kemarahan Katniss membuak-buak dan bermacam cara President lakukan supaya Katniss buat perkara yang yang akan membuatkan District marah dan tak sokong Katniss dan terus menjadi hamba Capitol. 




President Snow



Banyak adegan menarik dalam filem nie. Detik sedih pun banyak terutama bila tengok orang tua kena tembak kat kepala dan time Cinna, pereka baju Katniss kena pukul sebelum perlawanan. Tapi part paling aku suka bila Katniss menggayakan baju semasa perarakan tu dan menyala keluar api & wedding dress yang diberi oleh President Snow dan diubah suai oleh Cinna. Terbaekk lah dari wedding dress bertukar ke Mockingjay dress siap berkepak lagi. Cantikk! Kalah designer dalam dunia realiti. Hehe..



Gale ni kekasih Katniss sebelum perlawanan Hunger Games dan adik kandung Thor.. Liam Hemsworth ! tak ubah macam abang dia. Herher



Pemenang setiap District

District 1: Gloss & Cashmere (Pasangan adik-bradik - jahat)
District 2: Enobaria & Brutus (Fames dengan gigi tajam)
District 3: Wiress & Beetee (Genius dalam bab sains)
District 4: Mags & Finnick (Pasangan paling veteren dalam Hunger Games)
District 5: Mati awal
District 6: The Morphlings (Mati awal)
District 7: Johanna & Blght (Johanna anti President, bersekutu bersama Katniss)
District 8: Cecilia & Woof
District 9: Mati awal
District 10: Mati awal
District 11: Seeder & Chaff
District 12: Katniss & Peeta
District 13: Coming Soon - Katniss & Gale





Arena baru yang banyak halangan. Ada bom, litar pintas, gas beracun, babun ganas, tsunami dan air bersih tiada. Haymitch hantar satu benda berupa pili air untuk diketuk kat batang pokok. Part paling menjerit 1 wayang ialah babun menyerang tu. Haha.. 


Overall filem nie best. Cuma kena tengok sekuel pertamanya baru boleh tengok yang ke 3. Haymitch, Finnick dan Plutarch (the Head Gamemaker) rupanya dah bersekutu. Cuma Katniss tak diberitahu sebab President Snow awasi dia 24 jam.  Lepas Katniss dah jahanamkan Arena, sempat la Johanna hapuskan tracker di tangannya. The Hunger Games: Mockingjay nanti ada kisah cinta Gale dan Katniss. Dah tengok trailernya. Can't wait 2014! In Shaa Allah kalau umur panjang. Selamat menonton :)  

8 comments:

  1. Wah.. ada masa nk tengok jugalah.. t kasih diatas perkongsian info ye.. :)

    ReplyDelete
  2. macam menarik laa plak bila baca...nampak gaya nak kena beli cd utk tengok yg pertama dulu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Kite ada novel Hunger Game ni :D English version.. baru nak tempah Malay version.. otw.. hehee..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com