30 Jan 2020

Review Filem Star Wars : The Rise of Skywalker

Assalamualaikum Readers
 
 
Review Filem Star Wars : The Rise of Skywalker | Kembali bersiaran semula selepas cutii yang tak berapa nak panjang. Movie kedua yang tengok dalam bulan ni. Nina tak berapa tengok sangat trilogy filem Star Wars jadi bila tengok yang ini macam krik krik sikit nak recall back memori. Bagi peminat tegar Star Wars pasti tak ketinggalan menonton sequel trilogy ketiga dan terakhir. Selepas lebih 4 dekad, akhirnya penggembaraan keluarga Skywalker dalam perang galaksi ini tamat juga.
 
 
 Star Wars : The Rise of Skywalker

 
 
Setahun selepas peristiwa The Last Jedi, pasukan Resistance mula memulihkan kembali kekuatan mereka selepas hampir dihancurkan angkatan First Order pimpinan Supreme Leader, Kylo Ren semasa peperangan di planet Crait. Finn dan Poe telah menjalankan satu misi untuk mendapatkan maklumat dari perisik. Sementara itu, Rey telah dilantik oleh General Leia Organa untuk mempersiapkan diri menjadi Jedi.
 
 
 
General Leia Organa (ibu Ren)
 
Pasukan Resistance


 
Maklumat dari perisik yang diperolehi Finn dan Poe telah mengejutkan pasukan Resistance terutamanya pemerintah tertinggi Emperor Palpatine yang dipercayai telah terbunuh selepas bertarung dengan Luke Skywalker semasa peperangan di Planet Endor sebenarnya masih hidup dan telah merancang sesuatu yang akan memberi ancaman besar kepada galaksi.
 
 
 
Aksi hebat Rey bersama kapal Ren
 
Cute robot-robot ni

Rey dan Ren
 
 
Kylo Ren berusaha mencari Emperor Palpatine, ketua Sith untuk menghapuskannya dalam usaha menghapuskan sesiapa sahaja yang berpotensi menghalangnya menguasai sepenuhnya First Order. Ren juga tidak berputus asa mencari dan mengajak Rey bersamanya dalam "Dark Side" . Bagi menghalang perancangan jahat Palpatine dan Kylo Ren, pihak pemberontak terpaksa mencari alat navigasi yang boleh membawa mereka ke markas Sith bagi menghapuskan angkatan kapal perang yang dibina secara rahsia oleh Emperor Palpatine untuk menguasi seluruh galaksi. Namun misi mereka terganggu apabila rahsia gelap Rey mula terbongkar dan mengejar masa sebelum Palpatine meneruskan rancangannya.
 
 
 
Babu
 
 
 



 
Apa kesudahan pertembungan antara kuasa baik dan jahat ini? Muncul makhluk-makhluk baru seperi Babu dan menampilkan ahli-ahli terakhir Resistance dalam pertarungan menentang kuasa jahat dan Rey terpaksa menerima kenyataan bahawa dia cucu kepada Palpatine dan dapatkah Rey dan Ren bersama seperti dalam bayangan Rey mereka bersama di takhta Sith. Nak tahu lebih lanjut kena tengok sendiri.
 
 
🌟🌟🌟

23 Jan 2020

Tips Memilih Barang Hantaran

Assalamualaikum Readers
  
 
Tips Memilih Barang Hantaran | Selamat bercuti semua! Harini last Nina kerja dan akan kembali bersiaran semula rabu minggu depan. Cuti 5 hari cukup lah, nanti jadi pemalas kalau cuti lama sangat. Sementara krik-krik di ofis ni, meh nak melalut pasal hantaran. Simpan dalam blog untuk rujukan sendiri. Bagi Nina hantaran ni ikut kemampuan dan terpulang kepada individu.
 
 
 
Cantik bunga tangan ni
 
 
 
Kalau hantaran pertunangan lebih kepada makanan, manisan atau buah-buahan tapi perkahwinan ni lain. Kalau ikutkan dah plan dengan tunang nak buat hantaran 5 berbalas 5 sahaja. Tak ikut adat pun ustaz cakap tak berdosa. Beli barang yang belum ada, sebenarnya malas nak beli barang yang dah ada. Jimat selagi boleh. Hee..
 
 
 
Parfume Anna Sui . Cantik tapi tak menepati piawaian bau
 
 
 
Tips memilih barang hantaran
 
 
 
1. Perlu berbincang dengan pasangan berapa dulang dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak. Bincang, pilih dan beli bersama-sama. Kami lebih suka beli sikit-sikit dahulu, tak membebankan.
 
 
 
2. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tapi jika bercadang nak beri barangan yang banyak eloklah gandingkan barang hantaran dalam satu dulang. Contoh, Al-Quran+sejadah, buah+coklat, kasut+bag tangan.
 
 
3. Elakkan beli barang-barang hantaran yang terlalu besar susah nak cari dulang nanti. Semasa beli barang sesuaikan dengan tray. Pastikan pilih size tray dari jenis yang sama untuk semua hantaran.
 
 
4. Pilih warna barang hantaran mengikut tema warna hantaran. Kalau hidden hantaran boleh pilih warna kain yang berlainan.
 
 
 
Kalau mampu boleh beli iPhone baru
 
 


Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki 
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek / Cup Kek
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
 
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
  • Mas kahwin / Duit Hantaran
  • Cincin / Gelang / Rantai Emas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran / Telekung / Sejadah
  • Sejadah
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Beg Tangan
  • Set wangian / Barang mekap
  • Buah-buhan
  • Kek / Cup Kek / Coklat
 
Kan best letak tiket flight honeymoon ke Belitung

My fav tapi stok habis


Sungguh wangi dan mahal . EDP dah RM 400++
 
Kerasukan bila tengok jam ni. Arghhh lawa
 
Jam Fossil automatik - Tak perlu tukar bateri
 
 

22 Jan 2020

McDonald's Fish Prosperity Burger And Butterscotch Cookies McFlurry

Assalamualaikum Readers
 
 
McDonald's Fish Prosperity Burger And Butterscotch Cookies McFlurry | Dalam bulan ini dapat cuba dua jenis menu baru di McDonald's. Kalau tengok iklan kat tv atau ig (tag pakcik tunang) terus rasa nak cuba sekarang juga! Haha.. Cepat terpengaruh dengan iklan betul. Seperti yang sedia maklum setiap tahun burger prosperity ni akan muncul time raya cina, yang tertunggu-tunggu nak makan tu cepat cuba.
 
 
Dalam iklan nampak burger kecik filet ikan besar tapi reality tidakkkkk


McDonald's Fish Prosperity Burger makan 2 kali maknanya apa murid-murid?
 
 
 
Fish Prosperity Burger ni ada dalam set atau ala carte sahaja, harga dalam RM 17.60 (set). Kalau set, akan dapat satu Fish Prosperity Burger, Twister Fries dan Prosperity McFizz. Malam tahun baru pun makan prosperity burger tapi set ayam. Apa yang mengecewakan kesemua burger ni dah semakin mengecil. Size fish prosperity burger ni pun kecik, fish patty 3/4 dari size roti, black pepper sauce dan bawang pun kurang (sejenis tak makan bawang holand dan tak suka sos blackpaper melimpah, Nina rasa pahit pula burger tu kalau sos lada hitam banyak). Kita tak boleh nak judge whole McD franchises.



Filet yang dicelup sos lada hitam


Fish prosperity burger pertama beli 17 Jan lepas

Roti yang dikepit melekat betul dengan filet ikan. Nina beli kali kedua semalam. Hehe.. Tak puas makan kena beli double filet?
 
 
 
Ada baca review ikan dory rasa hanyir sikit dan bau hamis tapi Alhamdulillah dua kali makan fish prosperity burger ni tetap sedap, mungkin Nina beli di McD yang sama kot. Rasa ikan dory sedap! Hirisan filet ikan yang lembut dan rangup apabila digigit menghasilkan rasa yang serasi dimakan bersama roti ditambah rasa pedas sos blackpaper dan bawang holand. Pengemar sajian filet ikan pasti akan suka, ikan lembut dan crispy tau. Kepingan ikan digoreng dahulu kemudian dicelup dalam sos lada hitam sekejap dan terus diapit 2 kepingan roti, untuk mengekalkan rasa segar ikan.



Butterscotch Cookies McFlurry

  
Dah cair masa makan tu. Maceh susah-susah beli



Menu Butterscotch Cookies McFlurry ini limited edition tau. Pengemar makanan manis tahap potong kaki boleh cuba. Sebenarnya Nina ada tag tunang di ig tak sangka 15 Jan lepas, dia datang hantar di ofis. Haha.. Naik moto pula tu jawabnya cairlah aiskrim. Sweet sangat la tu. Nina makan sampai separuh, bila dah cair, kepingan butterscotch cookies tu tak rangup dan tak sedap. Manis aiskrim tu akan buat rasa muak. Maybe kena kongsi baru tak rugi, terus beli dan makan. Yang belum cuba tu cepattt beliiiii...   

 

Usher in the Lunar New Year, Olive Tree Hotel Penang

Assalamualaikum Readers
 
 
Usher in the Lunar New Year at Olive Tree Hotel Penang | Menu buffet sempena tahun baru cina di Olive Tree Hotel Penang | Meraikan ketibaan tahun baru cina di Olive Tree Hotel Penang sambil menjamu selera dengan keluarga tersayang #familyreunion setahun sekali. Untuk tahun ini, pihak hotel menyediakan tawaran-tawaran menarik di Olive Tree Hotel yang bakal tiba tidak lama lagi. Bagi sesiapa yang merancang untuk pre-reunion dinner bersama keluarga dan rakan-rakan boleh ke Olive Tree Hotel Penang kerana terdapat pelbagai menu-menu menarik yang pasti memikat selera siapa sahaja dengan promosi harga berpatutan. Boleh klik link ini untuk lihat menu-menu CNY 8 Course & CNY Steamboat

 

Usher in the Lunar New Year Olive Tree Hotel Penang
 

Lunar New Year Olive Tree Hotel Penang

Dekorasi di Olive Tree Hotel berasaskan kitar semula. Cantik!

Thank you Olive Tree for 3 vouchers! Sayangnya blogger Zafirah tak dapat join

 
Pihak Olive Tree Hotel Penang, sentiasa menghargai para pengunjungnya, terutama apabila tiba waktu perayaan seperti Tahun Baru Cina setiap tahun dengan menyediakan kelainan pada setiap menunya bermula dari makan tengah hari dan makan malam. Tawaran ini bukan hanya terhad kepada promosi buffet makan malam sahaja, malah terdapat juga pilihan promosi lain seperti set menu (8 course menu), set menu steamboat dan set Yee Sang Olive Tree.
 


Chinese New Year 8 Course Set Olive Tree Hotel Penang
 

Menu yang ditawarkan pasti memuaskan hati serta menggambarkan kerestuan, kesihatan dan nasib masa depan yang baik. Antara menu yang terdapat di dalam set ini seperti Double Boiled Chicken Soup with Sea Coconut and Dry Scallop, Steamed Sea Garoupa with Olive Pickles and Minced Meat, Braised Golden Bag with Assorted Fresh Mushroom, Garden Greens dan banyak lagi.  
 


Chinese New Year Set Menu Price List


Chinese New Year Steamboat Dinner Olive Tree Hotel

Set menu steamboat ini menawarkan dua jenis sup iaitu sup tomato istimewa dan sup tulang ikan. Bersama dengan sup ini, didatangkan dengan pelbagai jenis makanan laut, hirisan daging, sayur sayuran, cendawan, mee/bihun dan banyak lagi. Ianya turut termasuk pencuci mulut seperti "Chilled Sesame Peanut Roll", aiskrim dan juga buah-buahan. 

 
Chinese New Year Steamboat Dinner Price List

 

Seawal dari 9hb Januari 2020 lagi pihak Olive Tree Hotel telah memulakan tawaran promosi perayaan tahun baru cina dengan maksimum order untuk 2 meja atau tambahan RM 50+ untuk 1 meja sahaja. Dimulakan dengan promosi Chinese New Year Eight Course Set Menu, Steamboat Set Menu dan Olive Tree Yee Sang. Ketiga-tiga promosi ini dapat dinikmati sehingga 1hb Mac 2020. Jangan risau kalau tak dapat menikmati semasa hari raya cina. Hehe.. Selain itu, ada satu lagi tawaran berkonsepkan buffet makan malam, iaitu Festive Buffet Dinner dan Reunion Steamboat Buffet Dinner yang ditawarkan pada tarikh 17-18, 24, 26 dan juga 31 Januari 2020.
 
 
 
FESTIVE BUFFET DINNER & REUNION STEAMBOAT BUFFET DINNER
 
 
 
 
HIDANGAN UTAMA
 
 
 
Barisan hidangan utama
 
 
Salah satu menu yang wajib cuba. Lamb sangat juicy
 
 
Brocoli kesukaan Sha.. Ranggup
 
Steamed Siew Mai kesukaan Nina.. Makan begitu sahaja pun sedap
 
 
Rasa ala-ala kuah tom yam. Sotong lembut
 
Menu harus dicuba, sama seperti lasagne tetapi bukan
  
 
 
 
 
 
 
PEMBUKA SELERA
 
 
Pembuka selera corner dan dessert
Banyak pilihan pembuka selera di Olive Tree Hotel sempena Tahun Baru Cina
 


 
 
 
 
 
 
 
Meriahnya rojak
 
 
 
YEE SANG TABLE
 
 
Yee Sang Platter Olive Tree Hotel
  
 
Yee Sang condiments
 
 
 
Sedap yee sang di Olive Tree Hotel
 
 
 
PENCUCI MULUT
 
 
 
Chocolate Fountain warna putih, selalunya warna coklat
 
 
 
 
 
WAJIB cuba.. sedap dan lembut
 
 
 
 
 
 
 
 
Fresh Milk with Papaya & Peach Jelly
 
 
 
Chinese Egg Tart sedap! Banyak kali makan
 
 
 
Ice Cream condiments
 
 
 
Fruit Punch sedap juga
 
 
 
 
KAUNTER AKSI
 
 
 
Lai Chee Kang with condiments
 
 
Fried Radish Cake condiments
 
  
Herbal Chicken Drumstick Soup condiments
 
 
Assorted Lok-Lok condiments
 
Flower Bun
  
Oriental Crispy Duck Wrap in Flower Bun
 
 
 
 
 
 Sebelum itu nak beritahu terdapat tawaran BUY 5 FREE 1 yang boleh didapati dari link https://olivetreehotel.easy.co/ sehingga 13 Januari 2020. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi no yang tertera +604 637 7837 atau email ke salesandmarketing@olivetreehotel.com.my
 
 
Price List CNY in Olive Tree
  
Festive Buffet Dinner & Reunion Steamboat Buffet Dinner Price List
 
Meriah meja pada hari itu
 
 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com