15 Jan 2020

Golden Dragon Bowl Di Oldtown White Coffee, Sungai Petani

Assalamualaikum Readers

 
Menu Baharu Golden Dragon Bowl Di Oldtown White Coffee | Menu Baharu Sempena Tahun Baru Cina Di Oldtown White Coffee | Sempena musim perayaan tahun baru cina, Old Town juga tak terkecuali dalam mempromosikan menu terbarunya. Nina makan tengahari di sini lepas balik dari fashion show butik pengantin popular di utara, Eszz Ibrahim Bridal di Central Square, Sungai Petani, 4 Januari lepas. Lama rasanya tak makan di Oldtown. Nina dan kawan lapar nak makan nasi tapi tak tahu nak cari nasi kat mana. Last-last tuju ke sini.
 

Menu baru Golden Dragon Bowl dari Oldtown White Coffee sempena tahun baru cina
 
Menu-menu Golden Feats dari Oldtown White Coffee untuk tahun tikus ini. Dengan setiap pembeli percuma 5 angpow (diskaun 10% setiap satu). Boleh zoom untuk tengok harga dan menu.
 
Boleh makan lagi di Oldtown White Coffee guna angpow. Sama ada di Malaysia dan Singapura
 
 
 
Apa yang paling sedap selain makanan? sebab ada orang belanja pula. Haha.. lagi bertambah-tambah sedap. Rupanya Sha belanja sempena dapat gaji dan dapat kerja baru. Semoga bertambah rezeki setiap orang yang belanja makan kepada sesiapa sahaja. In Shaa Allah.. Seronok tak terkira, bila sama-sama sharing is caring. Kita belanja orang, percayalah rezeki akan bertambah.
 
 
Nina cuba Golden Dragon Bowl (Salmon) bersama sos golden salted yolk dan Emperor Garden Soda. Nasi padat, ditambah telur dan ikan salmon bersama sos telur masin dan air lemon soda. Sangat kena dengan tekak.
 
Emperor Garden Soda
 
 
  
 
Apa yang best menu-menu sempena tahun baru cina ni? Oldtown White Coffee mempromosikan makanan berasaskan Chinese cuisine. Semua nampak sedap, kena try sebelum kehabisan stok. Hehe.. Sedap betul menu CNY tahun ni, nak kena cuba menu-menu lain pula. Banyak pulak Nina membebel. Bersambung nanti cerita fashion show di hari yang lain. Ada masa akan blogwalking ya. Terima kasih sudi baca.       

 

8 comments:

  1. Harus LZ cuba set ni Nina bila ke Old Town nanti..
    Nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. nampak menarik menu. belum pernah try oldtown

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan old town. Portion dia nampak besar je..kalau Sal confirm kena share ni

    ReplyDelete
  4. jarang angpow CNY warna kuning selalu merah je

    ReplyDelete
  5. dah fix lupa kalau sedang berpantang bila tengok menu seperti ini terliur

    ReplyDelete
  6. Promo CNY memang best-best. Last time makan Dolly, set CNY diorang pun best jugak. Rugi masa ni tak try menu limited edition hehe

    ReplyDelete
  7. pekatnya nampak gravy salted yolk tuuuuu

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com