5 Jan 2020

Majlis Pernikahan Ayuni

Assalamualaikum Readers

 
Musim kenduri ini dari hujung tahun sehingga ke tahun baru tak nampak tanda-tanda nak berhenti. Bulan Jan dan Feb pun dah lebih dari 2 kad jemputan kahwin. Pheww.. makan nasi minyak tak habis lagi. Okay, entri ni sepatutnya publish tahun lepas tapi sebab tiap minggu ada kenduri so terperam. Kenduri bulan Disember lepas, Nina sibuk dengan persiapan majlis anak sulung Mak Lang di Kulim. Dari pagi jumaat (nikah) hingga ke Sabtu petang, 21 Dis 2019, sepatutnya hari ahad tu follow rombongan kak Kiah ke kenduri sebelah lelaki di Penanti tapi tak ikut sebab letih balik dari Christmas Run. Layan gambaq sampai muntah, banyak ambil dari group wasap. 



Berkumpul di masjid kilang lama Kulim. Dulang girls squad . Tema hari nikah pakai baju baby blue. Asal biru onzz

Hari nikah tu ada 2 pasangan. Crowded masjid

Upacara sarung cincin

Yeayy dah sah

Seronoknya Pak Long

Dalam video ni warna asal baju dah jadi lain. Terlebih edit punya pasal


Alhamdulillah selesai majlis 3 hari berturut-turut (nikah-sanding-bertandang), meriah sungguh, banyak makanan tapi sampai ke sudah ada menu-menu yang melepas nak rasa. Yang seronok tu sebab berkumpul ramai-ramai, gelak ketawa berdekah-dekah, pagi-pagi ke Kulim sebab nak tolong potong buah (untuk rojak). Semoga Uni dan Am bahagia hingga ke akhir hayat. Lepas ni turn tuan blog pulak, hmm masih lagi krik krik. Banyak lagi benda tak settle.


Malam pulak diadakan majlis khatam Al-Quran

Pak Yon rajin pagi-pagi hias kereta. Haha

Rojak sudah get readyyy

Proses hantar kotak-kotak goodies pi dewan

Pak Long kami terlajak happy

Fikri, adik bongsu pengantin


Nampak tak kemeriahannya, lepas majlis ni nak buat gathering tunggu raya pulak lah. Apa pun nak ucapkan semoga bahagia buat pengantin-pengantin tahun 2019/2020 dan bakal-bakal pengantin. Panjang pulak ucapan kali ni. Sebenarnya, otak tepu tak tau ayat apa nak taip. Meh layan lagi gambar-gambar hari kejadian. Penat nak bercerita, biar gambar bercerita. 


Majlis dimulakan dengan tahlil

Perodua Aruz pun boleh jadi segak

Stall rojak laku keras

Apam lenggang

Aiskrim tak dapat rasa. Sedih sampai sekarang. Over kan

Photobooth! Wajib selfie berkali-kali. Laju gila ambik gambaq tak sempat nak posing

Ni lah hasilnya.. Jejaka bini 2

Gegadis goodies

Mak Long (penjaga duit salam. Haha) & Mak Lang (mama pengantin)

Cucur udang tak dapat makan dah habis

Rushing balik ke Butterworth (collect baju run & pickup parents) patah balik ke Kulim

Ready nak ke dewan

Bride of this year

Pengantin bersama sepupu-sepupu

Lawa kek

Jomm balik

Hari ketiga kira duit salam sebelum pi kenduri sebelah lelaki

Lawa pakai songket macam ni



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT LECTURER KUPTM KL NI

 

11 comments:

  1. meriah!!..saudara mara tolong menolong..rojak buah mmg all time fav..

    tuan blog pun tak lama lagi kan...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. tahniah untuk pasangan pengantin. sama cantik sama padan ^_^

    ReplyDelete
  3. time kenduri mcm ni la boleh kumpul ramai2 kan..

    tahniah utk pengantin! selamat pengantin baru..

    ReplyDelete
  4. Wow..gambaq kami pun ada

    ReplyDelete
  5. selamat semoga bahagia dan terus rukun sampai akhir

    ReplyDelete
  6. wahh sonoknyer kawennns.. :p

    ReplyDelete
  7. Selamat pengantin baharu buat pasangan mempelai.
    Wah! memang meriah habis ni

    ReplyDelete
  8. hehe janji pakai biru semua onns hehe..

    ReplyDelete
  9. Syok p kenduri sekarang sebab makanan meriahhhh. Tapi biasalah bila jadi a part of the family, mesti ada yg tak sempat makan / rasa. But overall when everything done smoothly, rasa happy kan. Tahniah kepada pengantin & niena esok jangan lupa jemput 😉

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com