10 Jan 2020

Hot Roast Buffet Lunch And Dinner, The Prestige Hotel, Penang

Assalamualaikum Readers

 
Hot Roast Buffet Lunch And Dinner At The Prestige Hotel Penang | Best Buffet Lunch Dan Dinner Di The Prestige Hotel Penang | Hello everibodi readers. Blog ni tak habis-habis pasal makan, sampaikan orang komen dan membebel makan banyak tapi badan kurus. Hahaha.. Alhamdulillah, jangan jeles. Ini food review yang pertama untuk tahun baru 2020. Happy new year!! Harap readers sihat selalu..
 
 
Entrance The Prestige Hotel Penang
 
The Glasshouse of Prestige Hotel


The Glasshouse of Prestige Hotel, Penang
Terdapat 2 wing di The Glasshouse
Semuanya cantik-cantikkkk 



Kalini bawa adik tunang no 2 pula



Paling best di tahun baru ni, review hotel baru. Wow, Dah lama nak menginap di Hotel Prestige, dari poolnya boleh terus nampak rumah Nina di Seberang Perai gitu. View dan lokasi yang strategic di tambah bangunan ala zaman colonial British. In shaa Allah, mana tau boleh stay one night dengan husband. Hehe.. Cantik sangat interior hotel Prestige ni, menggunakan tema warna putih, sesuai untuk jenis yang suka selfie dan OOTD.



Nampak sangat mewah hotel ini
 
Menikmati makanan dalam suasana romantic

Muka happy makanan sedap!

 
FYI, untuk info kepada semua, 2 wing ini satu konsepnya adalah terbuka dan satu lagi tertutup. Jika yang suka berhawa dingin boleh ke sebelah kiri dan yang inginkan angin luar boleh ke kanan.


Okay, stop sat keterujaan bila masuk dalam hotel ni, jom kita kembali ke pangkal jalan entri makan di The Prestige Hotel. Meh Nina nak kongsikan tawaran buffet makan tengahari serta makan malam di hotel ini. Sangat sesuai menjamu selera dalam suasana santai sambil mendengar live band.



Suasana yang membahagikan 2 wing di The Glasshouse of Prestige Hotel

Suka sangat dengan tema wall berputih di hotel ni


Layan live band


Wing berkonsep tertutup
 
Kami menjamu selera di sini ya. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, kerana lebih selesa (aircond), lebih mudah dan dekat untuk mengambil makanan.
 
 
Wing berkonsep terbuka
 
Di area wing ini terdapat live performance. Sesuai untuk mereka yang nak lepak-lepak bersama rakan-rakan.

 

Menariknya, review kalini bertempat di The Glasshouse of Prestige Hotel, Penang dengan tawaran buffet makan malam untuk setiap hari Sabtu serta tawaran makan tengahari untuk setiap hari Ahad. Hot roast buffet lunch dan dinner ni hanya ditawarkan pada setiap hujung minggu sahaja. Memang sesuai sangat untuk spend time hari weekend bersama yang tersayang. Jom tengok menu-menu yang dihidangkan di The Prestige Hotel.





PEMBUKA SELERA
 
  

Pelbagai pilihan salad

 
 
 



MENU UTAMA


Memang sedap!

Mac & Cheese pun sedap


Minestrone soup & selections of bread

Pancake pun gebu
 
Pancake with maple syrup
 
 
 
 
PENCUCI MULUT
 
 
 
Sedap manis
  
Aneka jenis Jelly, Puding, Tart dan Kek
 
 
 
 



Aneks Buah-buahan

Ice cream Magnum in the house!!

Kali ke 2 makan

Biskut zaman 90'an pun ada



PANGGANG CORNER & MINUMAN PANAS/SEJUK



Ayam & kaki kambing panggang

Jus, kopi dan teh disediakan



Sebagai penutup terima kasih diucapkan kepada team The Prestige Hotel terutama Ada yang menjemput untuk review makanan di sini. Sangat kagum dengan hasil tangan chef terutama menu spaghetti aglio olio yang kebiasaanya menggunakan seafood tetapi di The Prestige Hotel tidak ada, ini serius memang sedap juga! Sesiapa yang merancang untuk bercuti di Penang, meh tengok tawaran untuk bilik hotel ini di Agoda, sambil itu boleh cuba Hot Roast Buffet Dinner.




Official FB : The Prestige Hotel
 
Offical IG : theprestigehotel
 
Website : theprestige.my

 

5 comments:

  1. wah bestnye semua menu dia....hotel baru, mesti cantik n bersih....

    PS: boleh cuba cr kt pasar basah, biasanya area kepala batas, penaga ada jual, tpi mcm bermusim juga la mentarang kt cni...

    ReplyDelete
  2. happy new year...makanan sedap + tempat menarik, mmg best..

    perghh..ice-cream magnum..

    ReplyDelete
  3. ohooohoi Mac & Cheese dia menggoda =D

    ReplyDelete
  4. Selalu tergoda tengok dessert. Selalu kalau food review, mesti tengok section dessert dulu hehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com