16 May 2024

Review Seborin Aktiv Hair Tonic

Assalamualaikum readers


Review Seborin Aktiv Hair Tonic Untuk Rambut Gugur | Simptom rambut gugur lepas bersalin anak kedua tahun lepas, terus cari alternatif. Maka jumpa ramai review kata best hair tonic ni. Alhamdulillah bangun tidur dah kurang rambut gugur.


Seborin Aktiv Hair Tonic - RM 20.90 (300ml). Beli di Shopee lebih murah, beli spray di Mr.Diy


Produk ini merupakan produk import dari Jerman. Seborin aktiv hair tonic dari Schwarzkopf ni sangat sesuai kepada yang mempunyai rambut nipis dan mudah putus (weak hair). Kesan pemakaian dalam masa seminggu dan nampak pertumbuhan anak rambut.


Kebaikan hair tonic ini ialah :


- Dirumus untuk bantu pertumbuhan anak rambut baru.

- Formula yang menyihatkan kulit kepala.

-  Dapat kurangkan masalah kelumumur.

- Sesuai untuk berambut nipis dan botak.

- Boleh tahan sehingga 5 bulan bergantung kepada penggunaan.



Tonic ini digunakan selepas mandi. Pastikan rambut kering dahulu, baru spray ke kulit kepala. Biarkan dalam 1-3 minit sambil urut kepala dan rambut supaya ia meresap dengan baik. Tak perlu bilas. Nina guna 3 kali seminggu sebelum tidur. Ada bau macam ubat sikit tapi bila spray di rambut rasa sejuk.

5 comments:

  1. Bagus, ye. Nanti nak cuba juga. Ada nampak jual di Watson, tak silap.

    ReplyDelete
  2. sekali tgk mcm selsun blue punya produk

    ReplyDelete
  3. so sekarang dah banyak kurang rambut gugur?

    ReplyDelete
  4. baru je kak ipar suggest suruh pakai seborin ni.. katanya boleh bagi hilang sakit kepala. sebab saya kan kuat migraine.. kalau tak, tak nama la hikayat budak pening.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Pernah try .memang best ..rasa berangin je kulit kepala .. tapi bau tu laaa kureng sikit

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com