30 Oct 2020

Promosi Menu Terbaru Di The Glasshouse, The Prestige Hotel

Assalamualaikum Readers


Promosi Menu Terbaru Di The Glasshouse, The Prestige Hotel Penang | Menu Mixed Platter Dan Afternoon Affair | Lamanya tak pi review dan jumpa geng blogger. Pada 22 Oktober (khamis) lepas dapat join review untuk 2 menu terbaru dari The Prestige Hotel. Ini antara hotel yang menyediakan makanan secara delivery dari start PKP. Tahniah buat management 👍🏼


Promosi Menu Terbaru Di The Glasshouse, The Prestige Hotel


Mixed Platter Dan Afternoon Affair


Bukan itu saja, makanan yang disediakan menarik di sini di samping dekorasi menarik dan senibina berunsurkan heritage yang ada di hotel ini. Selalunya, Nina takkan lepaskan peluang untuk bergambar di segenap ruang hotel. Sangat cantik! Untuk promosi kali ini, The Prestige Hotel menyediakan 3 jenis promosi menarik untuk dicuba. Antara promosinya boleh refer di bawah 👇🏼👇🏼




Hidangan termasuk tea set




Untuk 1st layer, ada 3 jenis sandwich set untuk dicuba. Yang ala steam bun tu sedap sangat sebab didalamnya honey smoked duck yang dihiris nipis. 



Layer kedua lebih kepada dessert. Suka rasa macaroons tang tak manis sangat dan cheese cake pun tak begitu muak. Menepati citarasi kami yang sukakan hidangan manis yang tak over. Hehe



Layer paling atas Scones. Jangan sebut sekoness macam watak Mona dalam drama Kampung People 🤣



Meriah hidangan di The Prestige Hotel. Susunan hidangan menarik.


_______________________________________________________






Mixed Platter meriah !! Sangat berbaloi dengan hanya RM 80. Puas hati makanan banyak dan murah



Zoom tengok ada apa. Makan panas-panas sambil cicah 4 jenis sos. Fresh from oven memang cepat habis.

Bukan saja ada ayam, daging lembu dan kambing, include sotong, udang, fish fillet, chicken wings, kebab daging lembu dengan pita isi kambing. Puas makan!! Tak dapat makan dengan harga yang sama macam di The Prestige Hotel. Harga di luar jauh lebih mahal dan beratus.





___________________________________________________________




Sempena Halloween pada 31st October nanti.. hotel akan buat promotion nanti. Sesiapa yang nak celeb Halloween boleb dinner di sini. Stay tuned!


Apa tunggu lagi orang-orang Penang, sementara masih ada, jangan lepaskan peluang bawa keluarga dan orang tersayang  menikmati hidangan di The Glasshouse, The Prestige Hotel. Confirm puas hati makan di sini. Harga yang ditawarkan standard dengan restoran di luar dan terlalu mahal macam sesetengah hotel. I swear tak tipu uuolsss.


Untuk reservations and details boleh contact :


The Glasshouse @ The Prestige Hotel

13, Church St Ghaut, Georgetown,
10200 George Town,
Penang.

04-217 5888


 

27 Oct 2020

Kiehl’s Ultra Facial Cream Pelembab Muka Best

 Assalamualaikum Readers


Kiehl’s Ultra Facial Cream Pelembab Muka Best | Sebelum ni Nina pakai pelembab Kiehl's warna biru, dah habis pakai saja nak try yang ni pulak. Untuk Ultra Facial Cream ni ada 3 rangkaian produk iaitu cleanser, toner dan moisturizer sama macam Ultra Facial Oil-Free Cream . Setahu Nina semua mositurizer dari Kiehl's memang menyerap dengan cepat di kulit dan tidak berminyak.


Rutin skincare harian termasuk cleanser Ultra Facial dari produk sama. Beli set skincare masa bulan Julai lepas, dapat lah diskaun birthday. Si pemakai akan rasa perbezaan kulit selepai pakai kulit muka akan lembut dan glowing 😍



Kiehl’s Ultra Facial Cream Pelembab Muka Best







#Review :


  • Tekstur krim tak mengeringkan kulit walaupun selepas pakai make up.

  • Produk ini tak melekit dan mudah dipakai, paling penting cepat serap di kulit dan melembutkan kulit selepas beberapa jam.

  • Moisturizer ini sangat berkesan membantu seimbangkan kelembapan kulit mengikut keadaan cuaca persekitaran dengan menggunakan fungsi 'ultra hydrator' dalam masa 24 jam.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

  • Harga 28ml - RM 80.00 & 50ml - RM 132 . Hanya terdapat dalam 2 jenis botol sahaja.

  • Suka pakai moisturizer ni adalah kerana walaupun muka kering tapi kandungan bahan yang ada dalam produk ni membantu 2x ganda kelembapan. Sesuai juga dipakai kalau ke mall sebab udara dingin membuatkan kulit muka kering.

  • Oil-free, paraben free dan alcohol free.


26 Oct 2020

KFC The ONE Box Sedap?

Assalamualaikum Readers


KFC The ONE Box Sedap? | Dah cuba ke salah satu menu terbaru dari KFC? Nina cuba 13 Oktober lepas. Disebabkan cuaca hampir setiap hari hujan maka malas masak dan drive-thru ke KFC Jalan Masjid Negeri. Disitu saja yang ada drive-thru. First time juga beli di situ. Ada 2 jenis pilihan iaitu Set A dan Set B. Bezanya pilih cheezy popcorn bowl atau cheezy wedges. Nina pilih set A - RM 23.50


KFC The ONE Box Sedap




KFC The One Box - terdapat 6 sajian di dalam satu kotak. Menarik dan jimat bagi Nina. Lengkap dengan minuman. Puas hati makan, semuanya fresh from oven. Laju makan dalam kereta sebab sedap dan lapaq sangat 😂😂 Tak kuasa nak makan di KFC, hanya tapau je, Penang pun bukan green sangat. Kes Covid beratus 😌 


The One Box Set A : Cheezy popcorn bowl, Zinger burger, 1 Spicy chicken, Whipped potato, Coleslaw & Orange juice







Overall, semua menu menepati syarat dan selera tekak. Semua panas, tak ada la makanan sejuk ke lembik ke. Serius tak suka makanan yang dimasak awal. Dari burger hingga air. Paling suka makan cheezy popcorn panas-panas. Sos cheese meleleh antara ketulan ayam dan fries. Yang belum cuba, boleh la terjah ke KFC sementara stok masih ada. Dalam tv pun bukan main iklan, hari-hari menggoda 🤣🤣


25 Oct 2020

McD Gula Melaka Oreo McFlurry

Assalamualaikum Readers


McD Gula Melaka Oreo McFlurry | Balik dari lunch-birthday treat Akmar di Hotel Royal Penang terus tukar cermin kereta dia. Disebabkan nak menceriakan birthday girl balik dari kedai cermin ajak dia singgah McD Greenlane sebab kami berdua memang tak boleh bau aroma french fries. Dia punya bau sedap (one of my fav mcd branch) 😝😝 Fries memang panas-panas dan fresh, tak macam sesetengah branch, fries macam lembik. Okay melalut ke topik lain pulak.


McD Gula Melaka Oreo McFlurry





Nina kata kat kawan, order la apa saja aiskrim yang available, semuanya tak nampak menarik kecuali aiskrim McD yang baru ni. Apa la rasa orea + gula melaka 🤔 Jadi try la beli dan makan sebelum cair. First sekali bila masuk rasa macam makan jem kaya 😂😂 then lepas dah cair, rasa macam kunyah kepala parut 🤣 





Siapa yang tak suka kepala parut atau jem kaya memang tak kena dengan tekak korang okay. Total dalam RM 5.65 sahaja. Sila ke McD sementara stok masih ada. Bulan depan confirm keluar flavour baru.


24 Oct 2020

Majlis Perkahwinan Kamal Dan Farah

 Assalamualaikum Readers


Tajuk bukan main. Kenal bertahun-tahun rasanya kali ni lah nampak hubby jadi dulang boy. Pengapit pengantin tu dah berkali-kali 🤪 Kami laki bini kalau ada orang request jadi pengapit rasanya kena tolak sebab letih bukan main, berpanas, berpeluh yang tu tak tahan. Kenduri kawan hubby pada 10.10.2020 





Kamal ni dia start panas sebab tu muka macam tu. Haha



Kenduri last kawan hubby untuk tahun ni, yang lain semua dah selamat tied the knot include kami 😬 Dalam entri lepas, adik pengantin bagi sebalang jeruk. Haa.. ini la abang keduanya nikah memerangkap kawan sekolah hubby di Penang Free School. Selamat sudah Kamal dan Farah. Satu lagi pasangan pengantin PKP yang nikah di Pejabat Agama Daerah Kulim. Walupun jemputan sedikit tapi tetap meriah. Alhamdulillah 😬 


23 Oct 2020

Pokok Roselle Berbuah

 Assalamualaikum Readers


Pokok Roselle Berbuah | Anak Pokok Roselle Beli Di Lazada | Sejak jadi bini orang ni dia punya aura jadi pekebun makin menjadi, dah jadi macam mak. Tanam apa saja in shaa Allah menjadi 👍🏼 Bukan nak bangga tapi nak tanam kena ada ilmu dan tips-tips membaja. Anak pokok roselle ni harga RM 25 tak termasuk postage.




Pokok roselle berbuah


Pokok roselle ni beli di Lazada hujung bulan Ogos. Gambar berbuah ni 15 Oktober lepas. Ada dalam 24 biji kesemuanya. Disebabkan Nina hantu air roselle. Sedap jus buah ni 😋 Khasiat pun banyak. Alang-alang banyak pasu FIL yang kosong, idea tu terus ting ting 😜 Nak beli anak pokok pun kena baca review, bukan sebarangan beli, tak pasal pokok mati.


Ini kutu bena, datang dari semut. Musuh utama pokok. Tengok bena ni tak geli tapi geram dan terus tenyeh sampai pecah. Bena ni akan hisap nutrien pokok akhirnya pokok mati. Pokok kari, pandan dan ros memang kerap ada. Sebab itu kena rajin tengok pokok roselle.


Alhamdulillah setakat ni beli pokok atau biji benih memang menjadi pokoknya. Hehe.. harap hobi baru ni sampai ke tua. Like mother like daughter. Rasa happy boleh makan hasil bercucuk tanam. 


19 Oct 2020

Jeruk Sampedaih by Penangpickles

Assalamualaikum Readers


Jeruk Sampedaih by penangpickles | Jeruk buah epal dan jambu batu sedap yang Nina dapat ni dari wedding kawan hubby minggu lepas. Jarang beli jeruk buah kecuali buat sendiri sebab peniaga banyak yang kedekut dan berkira, masih ada yang tak menepati kriteria Nina 🤪 Nak beli mesti la cari yang puas hati.


Jeruk buah epal dan jambu batu




Jeruk Sampedaih ni available area Penang (pulau) saja. Kalau nak pos tu fikir banyak kali takut pecah botol 😂 Sebab ada kawan teringin tapi duduk Kedah. Tak pernah tau pun wujud jeruk ni. Maceh abang pengantin sebab bagi sebotol untuk hubby (dulang boy). Puas makan, semua bahan banyak dan buah epal besar 👍🏼👍🏼







Terliur makan jeruk ni, berapa kali makan masa kenduri adik tokey minggu lepas. Potongan cili padi bersama asam ko dan serbuk asam 🤤🤤 Perghhh laku keras. Masa Nina sampai kenduri, jambu batu dah habis dikikis 😬 Yang stay berdekatan boleh order, kita bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️


10 Oct 2020

SUNPLAY Ultra Shield SPF 130 Outdoor Sunblock

 Assalamualaikum Readers


SUNPLAY Ultra Shield SPF 130 Outdoor Sunblock | Nina jarang pakai sunblock kecuali di muka. Memang tak kisah kot muka cerah, kaki tangan sunburn. Sebenarnya pakai tapi mostly yang beli semua perisa pisang. Bila mandi bau pisang. Bila nak pi honeymoon baru terhegeh cari sunblock 😂😂 Sunblock yang mempunyai SPF lebih dari 100 adalah terbaik. Lagi tinggi SPF lagi bagus.


SUNPLAY Ultra Shield SPF 130 Outdoor Sunblock


Tips untuk membeli sunblock


SUNPLAY sunblock ni ada banyak jenis. Nina beli di Watsons jeti Kuah. Sementara tunggu kereta sewa sampai. Belek semua dan hanya brand ini saja tinggal satu (laku keras). Apalagi terus grab dan bayar sebab hubby dah panggil. Sampai hotel baru boleh buat review janji bukan perisa pisang 😆 Kebaikan sunblock ni boleh baca di belakang. Berbaloi beli sebab dapat percuma gel aloe vera untuk kelembapan kulit.











Review : 


  • Nak pakai sunblock mesti lah kena goncang terlebih dahulu. Kalau tak cair, tak pekat.

  • Boleh digunakan untuk bahagian muka dan badan. 

  • Uniknya, sunblock ini boleh disapu pada kulit yang basah tanpa perlu lap. Mostly sunblock kena apply pada kulit yang kering terlebih dahulu.

  • Tak melekit, menyerap dengan pantas, kalis air/peluh dan sesuai untuk aktiviti luar dan lama (aktiviti air). 

  • Produk sunplay ni sesuai untuk pergi bercuti, tak kisah pantai ke, tempat tinggi etc. Memang untuk outdoor.

  • Kedua-dua sunblock ini dalam size kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Ada setengah sunblock di pasaran dalam size yang besar. Beg kecil memang tak muat la.

  • Harga promosi hanya RM 32. Boleh refer watsons okay.


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com