27 Oct 2020

Kiehl’s Ultra Facial Cream Pelembab Muka Best

 Assalamualaikum Readers


Kiehl’s Ultra Facial Cream Pelembab Muka Best | Sebelum ni Nina pakai pelembab Kiehl's warna biru, dah habis pakai saja nak try yang ni pulak. Untuk Ultra Facial Cream ni ada 3 rangkaian produk iaitu cleanser, toner dan moisturizer sama macam Ultra Facial Oil-Free Cream . Setahu Nina semua mositurizer dari Kiehl's memang menyerap dengan cepat di kulit dan tidak berminyak.


Rutin skincare harian termasuk cleanser Ultra Facial dari produk sama. Beli set skincare masa bulan Julai lepas, dapat lah diskaun birthday. Si pemakai akan rasa perbezaan kulit selepai pakai kulit muka akan lembut dan glowing 😍



Kiehl’s Ultra Facial Cream Pelembab Muka Best







#Review :


  • Tekstur krim tak mengeringkan kulit walaupun selepas pakai make up.

  • Produk ini tak melekit dan mudah dipakai, paling penting cepat serap di kulit dan melembutkan kulit selepas beberapa jam.

  • Moisturizer ini sangat berkesan membantu seimbangkan kelembapan kulit mengikut keadaan cuaca persekitaran dengan menggunakan fungsi 'ultra hydrator' dalam masa 24 jam.

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

  • Harga 28ml - RM 80.00 & 50ml - RM 132 . Hanya terdapat dalam 2 jenis botol sahaja.

  • Suka pakai moisturizer ni adalah kerana walaupun muka kering tapi kandungan bahan yang ada dalam produk ni membantu 2x ganda kelembapan. Sesuai juga dipakai kalau ke mall sebab udara dingin membuatkan kulit muka kering.

  • Oil-free, paraben free dan alcohol free.


4 comments:

  1. Bagus kalau produk tu paraben free..

    ReplyDelete
  2. Doakan saya dapat cuba pakai jenama Kiehl's. Tengok ramai beri ulasan positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA : In Shaa Allah.. semoga ada rezeki cuba pakai

      Delete
  3. Tak pernah cuba produk Kiehls ni. Best tu ada one set sekali.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com