7 Oct 2020

Khunthai Authentic Thai Restoran, Butterworth Penang

 Assalamualaikum Readers


Khuntai Authentic Thai Restoran Butterworth Penang | Kemalasan taip melanda walaupun thru phone. Kemon banyak gambaq dalam fon 😅 Restoran ni salah satu tempat fav hubby. Total kami makan berdua dalam gambaq ni RM 50. Elok mai makan ramai-ramai 🤪 Hubby spesis bayar mahal janji makanan sedap, meletop. 


Tom yam ayam

Sotong goreng tepung

Cendawan masak sos tiram

Telur goreng daun petai (daun petai di potong dan di gaul bersama telur)


Gambar di atas ni antara menu WAJIB kami akan order. Ada tomyam putih dan merah dan bermacam jenis antaranya ada seafood, udang, ayam tapi disebabkan kami berdua tak boleh makan seafood yang tak fresh (badan gatal-gatal) maka pilih tom yam ayam super pekat dan isi banyak.


Minuman selalunya Nina order jus oren yang memang pekat 🤤 Hubby akan order air tebu. Kami makan berdua memang tak habis. Siap tapau bawa balik. Khuntai ada banyak branch tapi tak semua sedap. Hee.. Kalau ke Penang, jangan lupa singgah. Sekali sekala layan makanan siam. Khunthai juga menyediakan perkhidmatan order melalui Food Panda. 


Khunthai Authentic Thai Restaurant


104, Jalan Permatang Tengah,

Taman Seri Ceraya 13000 Butterworth.

Atau waze nama restoran mesti sampai 

1 comment:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com