25 Oct 2020

McD Gula Melaka Oreo McFlurry

Assalamualaikum Readers


McD Gula Melaka Oreo McFlurry | Balik dari lunch-birthday treat Akmar di Hotel Royal Penang terus tukar cermin kereta dia. Disebabkan nak menceriakan birthday girl balik dari kedai cermin ajak dia singgah McD Greenlane sebab kami berdua memang tak boleh bau aroma french fries. Dia punya bau sedap (one of my fav mcd branch) 😝😝 Fries memang panas-panas dan fresh, tak macam sesetengah branch, fries macam lembik. Okay melalut ke topik lain pulak.


McD Gula Melaka Oreo McFlurry





Nina kata kat kawan, order la apa saja aiskrim yang available, semuanya tak nampak menarik kecuali aiskrim McD yang baru ni. Apa la rasa orea + gula melaka 🤔 Jadi try la beli dan makan sebelum cair. First sekali bila masuk rasa macam makan jem kaya 😂😂 then lepas dah cair, rasa macam kunyah kepala parut 🤣 





Siapa yang tak suka kepala parut atau jem kaya memang tak kena dengan tekak korang okay. Total dalam RM 5.65 sahaja. Sila ke McD sementara stok masih ada. Bulan depan confirm keluar flavour baru.


6 comments:

  1. Mcflurry ni yg akak suka yg oreo biasa tu dengan horlicks ja🤣

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak cuba, dah tak ada.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Pelik juga makan rasa sekaya kalau tidak dengan roti.
    Ya tekak mungkin tidak kisah rasa kelapa parut semata-mata.

    ReplyDelete
  4. Yang ni tak cuba lagi. Dah habis kot flava ni.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com