10 October 2020

SUNPLAY Ultra Shield SPF 130 Outdoor Sunblock

 Assalamualaikum Readers


SUNPLAY Ultra Shield SPF 130 Outdoor Sunblock | Nina jarang pakai sunblock kecuali di muka. Memang tak kisah kot muka cerah, kaki tangan sunburn. Sebenarnya pakai tapi mostly yang beli semua perisa pisang. Bila mandi bau pisang. Bila nak pi honeymoon baru terhegeh cari sunblock 😂😂




SUNPLAY sunblock ni ada banyak jenis. Nina beli di Watsons jeti Kuah. Sementara tunggu kereta sewa sampai. Belek semua dan hanya brand ini saja tinggal satu (laku keras). Apalagi terus grab dan bayar sebab hubby dah panggil. Sampai hotel baru boleh buat review janji bukan perisa pisang 😆 Kebaikan sunblock ni boleh baca di belakang. Berbaloi beli sebab dapat percuma gel aloe vera untuk kelembapan kulit.










Review : 


  • Nak pakai sunblock mesti lah kena goncang terlebih dahulu. Kalau tak cair, tak pekat.

  • Boleh digunakan untuk bahagian muka dan badan. 

  • Uniknya, sunblock ini boleh disapu pada kulit yang basah tanpa perlu lap. Mostly sunblock kena apply pada kulit yang kering terlebih dahulu.

  • Tak melekit, menyerap dengan pantas, kalis air/peluh dan sesuai untuk aktiviti luar dan lama (aktiviti air). 

  • Produk sunplay ni sesuai untuk pergi bercuti, tak kisah pantai ke, tempat tinggi etc. Memang untuk outdoor.

  • Kedua-dua sunblock ini dalam size kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Ada setengah sunblock di pasaran dalam size yang besar. Beg kecil memang tak muat la.

  • Harga promosi hanya RM 32. Boleh refer watsons okay.


No comments:

Post a comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com