Assalamualaikum Readers
Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang | Pengantin PKPP 2020 | Alhamdulillah semuanya dipermudahkan hanya dalam masa 2 bulan persiapan di buat semasa PKP. Entri ini nak share pengalaman Nina menjadi pengantin dan segala urusan dipermudahkan Allah dalam keadaan negara masih fight dengan Covid-19. Tips ini mungkin mudah bagi pasangan dalam negeri yang sama 😚 Semoga entri ni dapat membantu dalam masa yang akan datang. Meh kita mulakan. Sepatutnya dijangka nikah 26 September 2020, kita hanya merancang Allah yang menentukannya. Alhamdulillah, selamat bernikah 😀
![]() |
21 Mei 2020 - Hantar borang nikah pihak lelaki di Pejabat Agama Islam Daerah Timur Laut (KOMTAR) terus interview nikah sebab submit borang completed |
![]() |
Selesai interview dengan pejabat agama, pihak lelaki akan dapat borang ini untuk datang tuntut borang kebenaran berkahwin (pihak perempuan kena bawa bila submit borang). Bayaran RM 5 |
Bila mula PKPB, terus rasa nak settlekan hal penting ni. Allah gerakkan hati kami untuk percepatkan proses nikah. Masa tu, nak bergerak ke sana ke sini tak jumpa roadblock polis dah. Di bawah Nina share step by step:
1. Borang permohonan nikah bagi lelaki dan perempuan boleh buat secara online di e-munakahat Pulau Pinang (klik) . Nina buat start PKPB sebab pejabat agama dah buka. Kesemua borang boleh print berwarna atau hitam putih.
![]() |
Cara Permohonan Nikah Di Pulau Pinang |
2. Print borang senarai semak, jadi tak ada masalah bila nak submit borang nikah di pejabat, kalau tak lengkap tak boleh interview. Sebelum submit borang sila check satu-satu dokumen yang diperlukan dulu ok. Boleh print di sini .
3. Print borang saringan HIV siap-siap untuk lelaki dan perempuan. Hanya boleh buat ujian di Klinik Kesihatan Kerajaan. Boleh refer link yang tertera, kat situ ada senarai klinik kesihatan kerajaan. Print borang di sini .
4. Dah siap buat permohonan secara online dan buat HIV test, boleh prepare dokumen yang lain.
5. Buat pengantin lelaki dan perempuan, sediakan salinan IC (2 salinan) setiap seorang (IC sendiri dan pasangan). Potostat sijil kursus kahwin (bawa asal juga), borang HiV test, Nina bawa juga sijil nikah parents, IC dan surat beranak wali, borang wali wakalah (side Nina tak perlu tapi bergantung kepada pejabat agama).
6. Akhir sekali print borang untuk buat kad nikah pintar. Sediakan salinan IC pengantin perempuan dan lelaki sekeping sahaja bersama gambar ukuran passport (background putih). Boleh klik sini .
Next, lepas dah collect borang kebenaran nikah side lelaki di komtar, Nina terus ke pejabat agama daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Penaga. Dah settle interview dan buat bayaran RM 5, akan diberikan tarikh untuk collect borang kebenaran nikah perempuan dan no telefon jurunikah (tok kadi) untuk buat temujanji tarikh dan masa yang akan nikah. Bergantung kepada SOP dan tarikh free ustaz. Kami tak boleh nikah Jumaat sebab ustaz ada program. Boleh nikah dari hari Isnin-Khamis (pagi sahaja) antara 9.30 pg-10.30 pg-11.30 pagi. Hanya di pejabat agama daerah SPU. Pejabat agama lain tak pasti.
Buat bakal-bakal pengantin, semoga entri Nina dapat bagi info dan semoga Allah permudahkan urusan pernikahan. Buat Nina dan suami, kami hanya interview dengan 3 soalan saja. Tak complicated dan cepat. Nikah pun hanya 30 minit sahaja. Kalau bukan musim Covid mungkin, suasana tak sama. Apa-apa soalan boleh drop komen okay.

4 Jun 2020 - Pi pejabat agama side lelaki untuk betulkan no IC Nina yang salah taip |
![]() |
Kursus kawen kena cop, yang ambil di negeri lain wajib kena interview |
![]() |
Borang oren ni akan dihantar ke pejabat agama side perempuan bersama borang lain |
![]() |
16/6/2020 - Ambil borang kebenaran nikah Nina |
![]() |
Selepas akad nikah akan dapat borang ni (untuk sementara) sehingga sijil nikah original siap. |
![]() |
Dibacakan dihadapan tok kadi dan 2 saksi |
![]() |
Statistic setakat tarikh 28 Jun 2020 |
![]() |
Sepatutnya kad nikah siap selepas 3 bulan dan pejabat ‘janji’ akan call bila siap 🙄 Dah lebih 3 bulan tak call. 6 Nov 2020 pi ambik di pejabat. Alamat rumah pun tulis silap |