Assalamualaikum Readers
Filem Review Hotel Transylvania 3 : Summer Vacation | Rasanya still available di wayang cuma bukan semua negeri sebab movie ni dah lama. Nina tengok 22 Julai lepas, dah sebulan lebih. Entri peram dan publish ikut mood. Hahaha.. Time tu tak plan pun nak tengok movie ni, just usha movie kat GSC Sunway Carnival tu dan tengok macam best trailer. Belum tengok lagi sekuel 2 movie HT jadi tak berapa tahu. Nasib baik boleh hadam jalan cerita, agak kelakar bagi kami. Ketawa tak henti-henti. Movie HT3 ni box office hamper $428.3 million ! Wow
SINOPSIS HOTEL TRANSYLVANIA 3 : SUMMER VACATION
Pada tahun 1897, Dracula (Adam Sandler) dan kawan-kawannya menyamar sebagai manusia dalam train untuk ke Budapest. Prof Abraham Van Helsing, musuh lama Dracula memburu mereka dan berlari ke atas bumbung train. Van Helsing tak Berjaya membunuh Dracula dan kawannya.
 |
Van Helsing |
Seperti sekuel filem-filem yang lepas, Dracula menjalankan business hotel dengan anak perempuannya, Mavis (Selena Gomez) dan menantunya Johnny. Dracula sejak kematian isterinya, Martha, dia berasa kesepian dan cuba untuk cari seseorang. Dengan itu, Mavis membawa keluarganya bercuti dan menghabiskan lebih banyak masa bersama. Mereka menaiki kapal cruise dikenali sebagai Legacy. Dracula jatuh hati selepas melihat Ericka, kapten kapal dan dia telah "zinged" (fall in love untuk bangsa Dracula) semula.
 |
Ericka, kapten kapal |
 |
Raksasa excited |
 |
Part kelakar |
Rupanya, Ericka ialah cucu Van Helsing dan berusaha membunuh Dracula atas arahan datuknya. Van Helsing merancang untuk membunuh kesemua raksasa dalam kapal dan membawa mereka ke Bandar Atlantis yang hilang. Misinya dengan mencari Instrument of Destruction yang ditemui dibawah runtuhan Bandar Atlantis. Van Helsing memberi amaran jangan bunuh Dracula sebelum tiba waktunya.