30 May 2018

Taiwan, The Heart Of Asia

Assalamualaikum Readers 😁



TAIWAN, THE HEART OF ASIA


Selamat berpuasa buat semua pembaca, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah. Sapa yang follow ig Nina akan tau kemana tuan blog ni menghilang. Hehehe..  Sebenarnya, ini semua unplanned trip, kalau tak kerana sorang hamba Allah tu tak mulakan conversation, mesti semua tak jadi. Acecece..




Penang International Airport

Passport penting macam nyawa


 
Tapi bila dikenang, rasa seronok ronok pulak dapat fly bersama lagi. Patut sebelum tu mengigau macam nak ke Asia Timur, ke South Korea, Hong Kong (mak cik ajak Dis tahun ni, ajak ayam kot), main dengan salji. Lepas tengok harga tiket, currency, musim etc terus ON. Jadi Taiwan menjadi negara pertama untuk 2018.



Flight kami pukul 7.15 AM.. kena check in awal dah selesai baru lega

Ada orang dah menonong ke depan sebelum kejadian kelakar

Ini baru lepas tersedar dari mimpi jumpa Gate H

Ada kisah lawak di pagi tu, selesai urusan imigresen. Kami menonong naik aerotrain walaupun kat pintu cuma tulis gate A, B dan C. Kami pun naik sampai balai berlepas, kat sana tercari gate H tapi tak ada. Then tanya staf kat kaunter tu, dia cakap, naik balik aerotrain dan cari gate H. Rupanya gate H satu bangunan dengan KLIA. Hahaha... mamai di pagi hari 



 
Alhamdulillah, rancang makin menjadi bila Malindo Air ada offer tix murah. Yabedabeduuu. Kami beli pada Nov 2017 tanpa return tiket dalam RM 300++ (free luggage + meals). Plan balik masih berkira-kira sama ada di Taipei atau Koahsiung. Lepas Nov 2017, memburu tix return, mula rancang dan susun itinerary. Akhirnya, dapat tix murah AA dalam RM 200++ tanpa add on (cuba check di Skyscanner untuk promo tix).



Muka mesti mau sengih walaupun tersalah gate. Hahaha


Masih awal lagi ni. Gate H ni yang paling hujung sekali. Takda surau jadi kami solat subuh belakang dinding.

Ready for boarding

Sementara menunggu flight, wajib isi arrival card sesiap sebelum landing. Mudah urusan di imigresen 

Bila hari semakin dekat, kami masih lagi godek-godek info dalam Google walaupun info tak banyak/tak membantu. Info dalam BM tak banyak dan kurang rakyat Malaysia terutama Melayu yang melancong ke Taiwan. Boleh refer info dalam BI tapi tak sesuai. Nasib sorang di Penang, sorang di KL jadi partner terjah Taiwan Visitors Association (TVA), KL dan Matta Fair untuk dapatkan info tambahan dan pamphlet. 



Apa yang kami rancangkan dipermudahkan urusan oleh Allah dari hari tiba hingga hari terakhir disana, itinerary terasa sangat berbaloi bila info 99% padat, tepat dan muktahir (macam dialog berita TV1). Sengih memanjang.



Pejabat TVA


 Alamat Taiwan Visitors Association (TVA)


67, Jalan Raja Chulan,
Bukit Ceylon,
50200 Kuala Lumpur.

Operation Hours : Mon - Fri (9.00 AM - 5.30 PM)

Closed : Weekends, Public Holidays


*Lebih tepat di Tingkat 25, Menara Boustead, Bukit Bintang (selari dengan Hotel Istana)

Kat sini boleh tanya macam-macam tentang Taiwan. Sila berkomunikasi dalam BI sebab staf kat sini Taiwanese. 



Sebahagian majalah, pamphlet etc yang dapat dari TVA dan Matta Fair. Banyak ohh. Tak habis khatam oleh tuan penasihat


Pada penghujung bulan April lepas, bermulanya 'Amazing Race Asia' kami di bumi 'Meteor Garden' dan negara bekas jajahan Jepun ini. To be continue...

7 comments:

  1. bestnya..tak sabo nak baca adventures in Taiwan..

    ReplyDelete
  2. Finally, dah keluar cerita Taiwan :D

    ReplyDelete
  3. kiteee tahuuu sapa tu yang menonong tu hahahak.. yes kamon Nina mulakan entry Taiwan cepat. tak ada lagi rasa nak pi tapi macam Nina cakap kadang2 unplan entah sampai rezeki terus pergi ye dak..

    ReplyDelete
  4. yg penting x 1 kapal dgn golongan mainland hahahahahaahha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com