16 May 2018

Ramadhan Buffet Di Royale Chulan Penang | Ramadhan Buffet Best Di Penang

Assalamualaikum Readers 😊


Ramadhan Buffet Di Royale Chulan Penang | Ramadhan Buffet Best Di Penang 2018 | Bulan puasa kembali lagi tahun ini dan kebanyakan hotel dah ready dengan menu-menu best oleh chef-chef mereka tak terkecuali Royale Chulan Penang! 😍😉 Meh menjamu mata korang dengan menu-menu yang buat terliur.


3 May lepas, diberi kesempatan untuk review menu-menu di Royale Chulan bersama beberapa blogger jemputan. Amat bertuah kerana ini kali pertama Nina dapat join memandangkan tahun lepas tak dapat attend. Bertemakan Bazar Ramadhan. Meriah dengan juadah.




HIDANGAN MENU UTAMA - RAMADHAN BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG


Masih mengekalkan ciri keenakkan pada setiap hari, hidangan menu utama ini amat menarik minat pelanggannya. Pertukaran menu juga seperti nasi dhal, nasi hujan panas, nasi minyak, nasi kerabu dan nasi goring ikan masin.



Nasi tomato dan nasi putih disediakan

Ayam masak merah madu

Kurma kambing kentang

Rendang Kerang


Daging Kerutuk

Sambal Sotong

Stir fry blackpaper chicken

Paru goreng berlada

Asam pedas ekor lembu

Japanese beancurd with oyster egg sauce

Nasi tomato dan rendang daging + kerang. Sedap


Kesemua hidangan berasaskan masakan Melayu Traditional. Dish paling Nina suka mostly rendang. Ada pelbagai jenis rendang dan I just love it! Makan rendang time raya je mana tak mengidam. Hehe.. Banyak menu buffet ramadhan di Royale Chulan yang boleh dipilih. Ada beberapa menu yang buat "hati terpaut" .



GERAI AKSI DARI CHEF - RAMADHAN BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG





Dari atrium hotel sehingga ke dalam kawasan Sri Tanjung Café, menjadi bazaar ramadhan yang ditemui di Malaysia. Setiap menu berbeza untuk setiap hari, jadi jangan lepaskan peluang.



Kambing Golek wajib ada

Sup Tulang Rawan Berempah (wajib cuba sedap)

Sup tulang rawan berempah. Suka ini

Makan bersama sup tulang. Terliur pekat pati sup tulang

Sup tulang dan satay menjadi pilihan pertama. Nampak pun sedap

Ikan Bakar

Ikan bakar siap bersama sos

Perencah ikan bakar

Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah nampak crisp

Satay ayam & daging

Satay ayam & daging

Dish tambahan satay juga ada

Cucur kepah berlauk

Dish yang menarik hati kerana nama cucur kepahnya

Sos cucur kepah berlauk

Gerai bubur lambuk dan pulut kuning kukus kari ayam

Pulut kuning

Bubur lambuk pembuka selera

Kari ayam

Gerai apam balik (pilihan 'filing' pisang, peanut butter dan jagung manis)

Asam laksa juga kena dengan selera tekak

Kuah asam laksa

Gerai ABC dan ais kacang

Koleksi air minuman sejuk yang boleh dipilih


Menawarkan sehingga 11 gerai aksi pada setiap malam, membuatkan pelanggan merasai kemeriahan seperti berada di bazaar ramadhan. 


Gerai lain yang ada termasuk beef curry noodles, hainanese chicken rice, nyonya curry me, wanton noodle soup, hokkien prawn noodle dan chee cheong fun. Nampak tak menu banyak? 😃😃


PENCUCI MULUT / DESSERT - RAMADHAN BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG


Seleksi pencuci mulut yang berwarna warni. Rambang mana tengok dan deconya amat comel. Pudingnya sedap tak terlalu manis, sesuai untuk orang yang kurang gemar makanan manis.



Mini cream caramel

Mango Pudding

Cendol pudding

Agar-agar santan

Strawberry mousse

Assorted fruit jelly

Chocolate bread & butter pudding

Pengat pisang

Cream puff lembut

Kuih muih traditional

Assorted butter cake

Sagu gula melaka


PEMBUKA SELERA DAN ANEKA SALAD & ULAM-ULAMAN - RAMADHAN BUFFET DINNER DI ROYALE CHULAN PENANG


Selera kampung semestinya ulam ulaman bersama sambal tak lupa juga berjenis salad dan jeruk. Buah-buahan termasuk rojak tidak dilupakan.


Selain itu, appetizers section juga penuh dengan jenis-jenis kerabu serta ulam-ulaman dan sambil itu boleh makan bersama beraneka jenis sambal.


Rojak buah 

Rojak sedap kerana kuahnya

Pasembor !!

Gado-gado dan kerabu mangga

Gado gado

Buah buahan segar

Jeruk buah

Assorted kerabu

Tauhu sumbat

Ulam-ulaman kampung 

Papadom, telur masin, sambal belacan dan ikan masin

Kerabu pucuk paku

Pajeri nanas

Kerabu daging bakar

Sambal ikan bilis


Menu yang blogger review hanyalah sebahagian saja. Untuk pembuka selera seperti salad termasuk (vermicelly salad, potato salad, salad telur puyuh, seafood cocktail salad, ceaser salad, tomato moza salad, thai papaya salad dan kimchi salad).


Kerabu seperti (kerabu ulam kampung, kerabu sotong, kerabu jelly fish, kerabu ikan masin, kerabu thai chicken, kerabu terung berlada, ulam raja, kacang botol, jantung pisang dan udang kerisik). Bermacam lagi menu yang rotate setiap hari.



Chef dan staff Royale Chulan

Support each other. Kalau nak jadi blogger long-term hehe

Terjumpa classmate high school si tudung hijau memerangkap ketua darjah (10 tahun tak jumpa). Tudung merah tu junior kami. 

Entrance hotel

Voucher Early Bird


Overall berpuas hati dengan menu yang disajikan. Para pelanggan juga boleh melayan persembahan dari band sesudah menjamu selera.


Details 


Website : royalechulan-penang

FB : royalechulanpenang

Instagram : @royalechulanpenang



2 comments:

  1. menarik..harga bawah RM100 kira ok...
    kerabu jellyfish belum pernah rasa lagi...huhu..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com