22 May 2018

Resepi Udang Masak Ubi Kentang

Assalamualaikum Readers 😃

Resepi Udang Masak Ubi Kentang | Resepi main campak-campak tapi sedap. Simple dan boleh masak untuk berbuka/sahur. Nanti cuba ya, boleh tambah bahan ikut suka hati. Rasanya macam gulai masak udang gituw


Udang masak ubi kentang tanpa santan


Bahan-Bahan :

2 Ulas bawang putih & merah
(ditumbuk)
1 biji bawang besar
Sedikit serbuk jintan manis, jintan putih, lada hitam, garam, gula dan perencah masakan (pakai ajinomoto)
1 biji ubi kentang
Sedikit perahan air asam jawa
2 Biji tomato
Udang (ikut suka)


Cara-Caranya :


1. Goreng udang dan kentang biar separuh masak dan asingkan.


2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah yang telah ditumbuk hingga naik bau.


3. Masukkan sedikit air dan masuk sedikit serbuk jintan manis, jintan putih, lada dan serbuk perasa.


4. Masukkan air asam jawa, udang dan kentang yang digoreng sedikit. Masak hingga ubi empuk.


5. Biarkan mendidih, boleh tambah garam dan gula. Dah sesedap rasa tu boleh lah hidang.


SELAMAT MENCUBA 😁 RESEPI ORANG UTARA


6 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

yummy...thanks for the share....

Warisan Petani said...

Nampak sedap dan menyelerakan.

ZULHILMI TEMPOYAK said...

rasa dia macam mn? macam gulai tu ka

Norlaili A Wahab said...

akak baru cari resepi udang. alhamdulillah boleh lah cuba resepi udang kentang ni :)

Warisan Petani said...

Sedapnye

Shafyqah Azry said...

uish sedapnya. boleh try untuk iftar karang

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com