3 Aug 2025

Redeem Birthday Cake ZUS Coffee

Assalammualaikum readers


Redeem Birthday Cake ZUS Coffee | Harini last day redeem birthday cake, hampir terlupa. Nak redeem wajib jadi member dan install apps zus coffee. Membership almost 3 tahun dah, cuma untuk tahun ini kena beli kek buy 1 free 1.




Nina suka order thru apps dan boleh pilih nak pickup atau delivery. Alang-alang ada outlet baru buka dan dekat dengan rumah dalam 1.3km, why not delivery saja. Sebenarnya kek Zus Coffee ni ada macam-macam flavour tapi untuk redeem ni hanya ada 3 flavour. Ada terbaca review orang kata kek mahal, kalau ikutkan kek zus coffee antara yang sedap dan tahan lama, buatan zus sendiri, cheesecake tu tak simpan dalam fridge tapi esoknya masih sedap dan tekstur masih sama. Bahan-bahan nak buat kek pun harga mencanak naik, lebih baik beli saja.


Jatuh cinta pada tegukan yang pertama

Tak ada kacang tapi rasa lemak kacang berkrim tu sebati dengan rasa matcha



Mana-mana restoran kalau jadi ahli mesti boleh redeem makanan/minuman tiap kali birthday tapi tahun ni tak sambut pun sebab mak pun dah takda. Kalau redeem mesti bagi arwah mak makan 😭 Vibes tu dah lain. InshaAllah tahun depan boleh redeem lagi.

14 Oct 2023

Don Western And Grill Cafe, Penang

 Assalamualaikum readers


Don Western And Grill Cafe, Penang | Tempat Makan Western Food Di Penang | Entri basi untuk tahun ini baru dipublish. Setiap tahun bila tiba bulan Februari my husbank dan SIL no.1 akan semakin berusia. Jarak birthday abang dan adik dalam seminggu.


Fish & Chips - RM 21.90

Lamb Chop

Alhamdulillah semua ini disponsor oleh boyfriend SIL yang ada di UK (dah balik Mesia pun 😂). Semoga dipermudahkan urusan mereka cari uwang untuk nikah ya. Dan kami tolong habiskan. Opcos paling happy ialah Harraz. Dia excited dengan belon, dia tahu belon dan kek hanya ada time birthday 😅


Platter ni makan 4 orang ya termasuk Nina

Donna Kids Meal - RM 15.90 (Nasib baik anakku tak minta nak bawa balik)

Air Barbican Epal



Don Western And Grill Cafe ini ialah cafe halal yang menyajikan 100% makanan western. Alhamdulilah menepati citarasa kami semua. Total hangus untuk 9 orang biarlah rahsia, nama pun sponsor 😂 Boleh tengok menu-menu yang sempat Nina snap. Rambang mata nak pilih. Boleh klik kalau tak nampak description.


Entrance

Mostly orang yang datang makan di cafe ni untuk dinner, celebrate birthday dan anniversary. Boleh pilih nak dine in atau makan di luar cafe.


Don Western & Grill Cafe


Alamat : 3E, Jalan Penang

10000 George Town, Penang. (Waze confirm jumpa)


Waktu Operasi : 6.00 pm-1.00 am (setiap hari)


27 Feb 2023

Beli Scooter Scoot And Ride Highwaykick Untuk Anak

 Assalamualaikum readers


Beli Scooter Scoot And Ride Highwaykick 1 Untuk Anak | Alhamdulillah rezeki anak. Bulan ni birthday baba dengan mak ngah tapi Harraz yang dapat hadiah 😂 Dalam entri lepas, SIL no.2 dia admitted di Hospital Pantai, 1 wad dengan pesakit Influenza, alhamdulillah tak berjangkit. Dah kurang migrain (disebabkan resdung) terus ajak pi beli barang-barang baby.




Masuk kedai kedua ada jual Scoot & Ride Highwaykick 1. Dah lama berhasrat nak beli untuk anak bila umur 2 atau 3 tahun. Allah ni tau apa yang kita inginkan, cumanya cepat atau lambat. Harraz dah nampak, terus naik 😂 Dalam hati, Ya Allah gaji tak masuk lagi, kalau anak tantrum dalam kedai ni mau jadi mak kau hijau 😤 Hubby pulak kerja. 






Sambil perhati anak main, takut terlanggar barang atau orang. Tup..tup MIL kata ''Toknek (nenek hubby) belanja hadiah birthday Harraz". Telan air liur sambil kata "Mama ni, lajuunya dapat kad bank" sambil Nina video call hubby 😌 Dah bayar, rupanya ada discount. Kalau tengok harga di kedai dan website dalam RM 399. Mungkin SIL borong stroller, car seat dengan katil kot, itu yang dapat discount.


Kelebihan Scoot & Ride Highwaykick 1


  • Skuter tahan lama yang boleh dipercayai
  • 2 roda di hadapan, 1 di belakang
  • Stabil
  • Reka bentuk yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak
  • Pelarasan ketinggian
  • Boleh diubah menjadi tempat duduk
  • Model keluaran dari Austria.


24 May 2022

Hadiah Birthday Harraz : Mercedes Electric Car Remote Control

Assalamualaikum readers


Hadiah Birthday Harraz : Mercedes Electric Car Remote Control | Dah sebulan birthday anak, baru nak update. Nama pun blogger part time kan. Kami as parents tak buat pun parti macam orang lain. Tak ada kek untuk birthday Harraz 1 tahun a.k.a tak sambut pun tapi makcik-makcik dia dah share duit beli hadiah dari China. 


Anak pakai Merc, mak pakai kereta buatan Mesia

Alhamdulillah rezeki anak-anak zaman sekarang

Kereta ni kalau masuk Axia penuh seat belakang, nasib seat boleh ubah

Ada remote, charger kereta, boleh masukkan lagu-lagu dalam pendrive. Ada usb untuk lagu


Kereta ni memang mahal tapi boleh buat bisnes, dalam Penang, naik 1 jam sampai RM 30. Cekik darah oii!! Dah beli ni, ada masa bawa Harraz naik, dah ada orang datang tanya sewa kat mana 😂 Mama takdak modal lagi nak buat bisnes.


Walaupun baru setahun jagung, tapi Harraz tahu itu hadiah dan dia sorang saja boleh naik. Bangun pagi cari kereta, nak tidur cari kereta selagi tak jemu (bosan) 😅 Bukan tak nak sambut birthday tapi biarlah dah besar nanti baru celebrate dengan kawan-kawan. Nak beli untuk anak boleh la godek-godek dalam Shopee. Ini pun harga termasuk cost shipping dalam RM 300++. Nanti dah besar, boleh drive sendiri kereta mainan ni. 


17 Feb 2022

Selamat Hari Lahir Suamiku, Hadiah Kasut Adidas

Assalamualaikum Readers


Selamat Hari Lahir Suamiku | Beli Hadiah Kasut Adidas Dari Website | Genap usia 30 tahun buat hubby harini. Tiada sambutan sebab kami dah masuk fasa 30'an ni nak hidup sederhana asalkan bahagia walaupun dugaan rumahtangga tu sentiasa ada. Harap laki pakai kasut ni, jangan buat hiasan dalam kotak sebab sayang nak pakai.


Beli Hadiah Kasut Adidas Dari Website




1st time beli kasut adidas terus dari website. Guna apps Adidas, daftar jadi ahli terus guna code diskaun yang diberi. Disaat-saat akhir Nina order sebab stock tinggal 1. Alhamdulillah rezeki dapat juga beli 😅 




Diskaun 30%


Hubby sejenis nakkan sesuatu dia bagi hint, screen shot dan wasap bini. Senang lah nak buat kejutan. Semoga murah rezeki Nina sekeluarga. Nanti ada masa nak pos hadiah untuk top komentar 2021.


17 Sept 2021

Selamat Hari Lahir Bapa Yang Ke 74!

Assalamualaikum Readers


Bapa kepada seorang anak dan tokwan kepada seorang cucu dah genap usia 74 tahun 😂 Semoga sihat dan dalam lindungan Allah. Murah rezeki bapa, jiran belikan kek. Nasib baik, Nina tak order lagi 😅 ada buat makan-makan sikit untuk sedara dan jiran. Tapau jelah.



Kerlas kek perisa kopi

Island Supreme, Super Supreme & Beef Pepperoni


Dah alang-alang nak order makanan, mak merajinkan diri masak nasi daging. Celebrate kecil-kecilan janji ada orang ingat. FP pun banyak diskaun pulak, terus order macam-macam 🤣🤣


Olio Roast Chicken (RM 24.45) pilihan Nina - not bad western Dave's Deli, walaupun rasa Secret Recipe sedap lagi 

Grilled 8 Herbs Chicken Chop (RM 24.45)  - hubby punya . Order awal, makan masa maghrib dah bau nak basi 🥴


Diharap bapa happy dikelilingi orang-orang yang tersayang. Rezeki kami dapat meraikan, kalau tahun lepas tak dapat sebab tak boleh rentas Penang bridge.


12 Jul 2021

Happy 54th Birthday Mama! (MIL)

Assalamualaikum Readers


Baru naik ke bilik sambil update blog, selepas perut kekenyangan makan hidangan adik ipar order Manhattan Fish Market dan kek aiskrim Inside Scoop sempena birthday MIL. Next birthday sil bongsu hujung bulan ni. 


Biscoff Ice Cream Cheesecake

Rasanya sedap, lemak-lemak masin dan terasa kopi sedikit. Kalau makan banyak terus muak. Manis pun ya. Terpaksa minum air pepsi untuk hilang rasa muak cheesecake tu


Happy birthday mama. Pengorbananmu tak dapat dibayar. Sebagai menantu perempuan tunggal, nina dan hubby sedar kami wajib menjaga mama dan abah sehingga ke akhir usia. Menjadi tanggungjawab anak lelaki. Walaupun suka berleter macam mak kandung sendiri 🤣🤣


Sebelum ni celebrate birthday Nina, dalam bulan Julai ni happy sikit sebab 3x celeb birthday. Hehe.. tak ada hadiah dari anak-anak dan menantu. Kami pun blur nak beli hadiah apa 😂😂 kecuali maktok bagi duit. Ini lah small celebration dikala pandemic. Jadilah kenangan dari tak ada langsungkan.


4 Jul 2021

Happy 31th Birthday To Me!

Assalamualaikum Readers


Pejam celik pejam celik dah masuk umur yang ke 31. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur dan beri rezeki buat kami sekeluarga, walaupun hidup berumahtangga serba sederhana. Memandangkan jatuh hari Ahad, MIL masak dan order kek saja.



Hubby tak sabar nak makan kek

Siapa tau maksud 1 jari tu? Sampai kesudah tak tau

Rose Ice Cream sedap juga



Boleh tengok pilihan kek dan harga di ‘Inside Scoop’ walaupun tak semua kek available.


Lockdown birthday ni celebrate ala kadar, nak order kek pun banyak yang tak available di Baskin Robbins dan Secret Recipe. Nasib baik kek aiskrim Inside Scoop ada pilihan thru Grab Food. Menu special ada kambing bakar.


Kambing FIL perapkan. Sos cicah resepi Nina

Sedap kambing bakar cicah sos daging harimau menangis

Makaroni sup daging MIL masak

Mak tok bagi duit sebab Nina tak nak hadiah. Dia paling excited kalau ada birthday, tukar baju nak selfie. Hehe


Sedih jugak tak dapat celebrate bersama parents. Alhamdulillah jadi ibu di usia 30 tahun 😍 disebabkan lockdown ni, nak renew lesen pun malas, nak keluar rumah pun risau fikirkan anak. Stay safe semua 💕

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com