24 May 2022

Hadiah Birthday Harraz : Mercedes Electric Car Remote Control

Assalamualaikum readers


Hadiah Birthday Harraz : Mercedes Electric Car Remote Control | Dah sebulan birthday anak, baru nak update. Nama pun blogger part time kan. Kami as parents tak buat pun parti macam orang lain. Tak ada kek untuk birthday Harraz 1 tahun a.k.a tak sambut pun tapi makcik-makcik dia dah share duit beli hadiah dari China. 


Anak pakai Merc, mak pakai kereta buatan Mesia

Alhamdulillah rezeki anak-anak zaman sekarang

Kereta ni kalau masuk Axia penuh seat belakang, nasib seat boleh ubah

Ada remote, charger kereta, boleh masukkan lagu-lagu dalam pendrive. Ada usb untuk lagu


Kereta ni memang mahal tapi boleh buat bisnes, dalam Penang, naik 1 jam sampai RM 30. Cekik darah oii!! Dah beli ni, ada masa bawa Harraz naik, dah ada orang datang tanya sewa kat mana 😂 Mama takdak modal lagi nak buat bisnes.


Walaupun baru setahun jagung, tapi Harraz tahu itu hadiah dan dia sorang saja boleh naik. Bangun pagi cari kereta, nak tidur cari kereta selagi tak jemu (bosan) 😅 Bukan tak nak sambut birthday tapi biarlah dah besar nanti baru celebrate dengan kawan-kawan. Nak beli untuk anak boleh la godek-godek dalam Shopee. Ini pun harga termasuk cost shipping dalam RM 300++. Nanti dah besar, boleh drive sendiri kereta mainan ni. 


10 comments:

  1. tu dia...merc ko.
    ammi dulu penah ada angan-angan nak buat bisnes sewa kereta ngan basikal camni...tapi modal takde nak mula. takkan nak sewa sebijik je kan...

    ReplyDelete
  2. best jugak hadiah ni. biasa anak sulung dan lahir dalam bulan April ni cermat dan pandai jaga barang. hehe. ala celebrate birthday tu bukan dia faham pun, tunggu dah besar nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal : Harap2 cermat dan pandai jaga barang tp syg remote kereta ni hilang masa pindah rumah, dh 2 minggu Harraz tak naik

      Delete
  3. wahh..seronok Harraz...dapat keta Merc..

    ReplyDelete
  4. Meriah ana2k sekarang, kecik2 dah ada kereta :)

    ReplyDelete
  5. ya ampun, punya lama tak jenguk blog ni..tgk2 anak dah setahun..hehehe hepi belated birthday baby Harraz

    ReplyDelete
  6. Wah class... Kecik2 da pkai merc ya harraz

    ReplyDelete
  7. Bijak dia.. Hadiah dia kan..
    Happy belated birthday Harraz.. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang Soleh..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com