Assalamualaikum Readers
Pengalaman Bersalin Di Hospital Pulau Pinang | Anak pun dah setahun lebih, Nina baru nak up story. iPhone kena hacked, dapat selamatkan gambar-gambar sebelum fon terminated. Sebelum lupaaa cepat-cepat taip untuk kenangan anak bila dah pandai baca nanti.
Tunggu result swab test kita selfie dulu |
Setelah fikir masak-masak dengan hubby, cancel nak bersalin di Lam Wah Ee (LWE Hospital) walaupun untuk normal hanya RM 5k (tak termasuk caj-caj lain). Hospital private yang MIL (ejen prudential) akan hantar kalau kami 3 beranak sakit nanti 👌🏻 Bila fikirkan duit nak guna banyak lepas anak dah lahir a.k.a ukur baju di badan sendiri.
Bangunan yang menempatkan bayi keluar dari NICU, jaundice dan swab test sebelum bersalin. Bukan bersalin di sini |
Sehingga tahun 2018, HPP ada bangunan iaitu untuk hospital bersalin sahaja sebelum ditutup. Setiap kali doa semoga urusan bersalin dipermudahkan dan Allah makbulkan doa Nina. Ikutkan due date dalam 12 April 2021 tapi baby nak keluar awal seminggu.
______________________________________________
4 April 2021 - 8.00 pagi
- Seperti biasa bangun pagi nak mandi, tengah mandi rasa cecair keluar, rupanya darah dah keluar sikit. Petanda nak bersalin tu. Siap-siap kejut hubby, ajak pi hospital.
- Sampai hospital, kena tunggu sekejap sebelum nurse panggil untuk doc check bukaan. 1st time kena seluk. Dikelilingi doc pelatih, perasaan malu tu tolak tepi. Nasib pakai mask, kalau tidak. Muka ni nak letak mana 😌 Dah check pergerakan baby semua ok, doc suruh balik dulu sebab bukaan baru 1 cm. Selesai terus balik sambil lunch macam biasa.
10.00 malam
- Dah start sakit contraction, perut memulas macam sengugut. Selang 2 3 jam datang. Hubby ajak pi hospital tapi Nina rasa boleh tahan lagi, tunggu sampai esok pagi. Kami berdua tak tidur sampai ke pagi.
5 April 2021 - 9.00 pagi
- Sampai hospital, bukaan dah 3 cm terus nurse suruh tukar baju dan buat prosedur nak masuk wad + swab test. Sakit contraction makin kerap. Kejap berdiri kejap duduk, sakit sampai menangis dan Nina terus jumpa doc suruh buat swab test dulu. Saya dah tak tahan ni. Haha.. 1st time jugak buat swab test. Dah keluar result, nurse tolak masuk bangunan lain.
Pintu wad |
2.00 petang
- Alhamdulillah dapat masuk wad, sejam duduk dalam bilik asing. Rupanya doc nak monitor jantung baby. Dah siap baru masuk wad. Pilih lah nak katil mana. Hubby dapat hantar sampai pintu wad saja. Lepas tu semua barang guard yang bawa sampai katil. So far staff sangat-sangat baik, tak dengar lagi pesakit kena marah. Semua cakap baik-baik even doc pelatih.
Ambil result tekanan jantung baby |
Katil ni kalau boleh bercakap dia kata sakit kena picit |
- sakit contraction jangan cakap, besi katil jadi mangsa. Sakit-sakit pun sempat lagi tour. Wad Nina hujung sekali, masuk pintu wad terus jumpa labour room (bertentangan dengan toilet). Tawaf dari hujung sampai depan. Masa tu tak ada orang bersalin jadi LR sunyi, sebelah LR tak sure bilik apa tapi yang pasti macam bilik pemerhatian. Nina secara tak sengaja nampak ada patient baring dan kedua-dua kaki diangkat. Tak sure sebab apa.
- Sampai sekarang ngeri tengok suasana ibu-ibu dalam bilik pemerhatian tu. Mostly dorang nak bersalin bayi tak cukup bulan.
6.30 petang
- Doc-doc pakar datang buat check up dan tanya Nina nak ubat tahan sakit atau tak. So i said No 😂 takut nak kena inject, lepas habis doc check up, yang mana dah kena induce tapi bukaan fail semua transfer ke wad bawah - bersedia nak czer. Seram sejuk dengar.
9.00 malam
- Sembang dengan hubby, dia otw nak hantar makan. Sadis betul Nina tak dapat makan lauk tu dan selepas 15 minit air ketuban pecah. Rasa macam belon pecah keluar air panas 😂 panggil nurse sebab katil basah kuyup. Ramai-ramai datang check, rasa kepala baby sambil badan terketar-ketar sebab takut.
- 15 minit kemudian, nurse tolak katil Nina dari wad ke LR, terasa syok kena tolak. Rasa macam tengok drama melayu tapi tanpa suami. Hahaha.. Masuk LR ada sorang patient. Nurse suruh buka bra dan pindah naik atas katil. Bermulanya step by step untuk keluarkan seketul Harraz. Seingat hanya 2 kali push dengan sekuat tenaga. Dilarang angkat punggung dan menjerit.
9.42 malam
- Lahirlah Harraz dan nangis teresak-esak sebelum nurse perasan warna kulit dah bertukar biru, cepat-cepat dorang bersihkan dan transfer masuk dalam inkubator. Tinggal nurse (bidan) dan doc pelatih (lelaki cina) nak keluarkan uri dan jahit luka. Sambil-sambil tu dia bagi kata semangat, anak comel, in sha Allah anak awak ok. Jangan risau. Masa jahit pun kena tahan nafas baru tak rasa sakit walaupun dah dibius.
- Dalam masa yang sama, sorang nurse call hubby. Inform Nina dah selamat bersalin. Dia baru keluar hospital nak balik rumah. Terus patah balik sebab kena azan Harraz sebelum tolak pi NICU.
Perasaan tak ada anak tu is real. Menangis sampai tertidur. Nasib baik ada kawan sekolah FIL, Dato Dr. Azmi datang jumpa Nina dan Izzati. Bagi tau perkembangan anak-anak kami di NICU |
Susu pertama start pukul 5 pagi nurse datang kejut untuk perah susu. Pukul 7 pagi doc-doc pakar akan buat check up |
- Dah selesai jahit luka, cuci dan letak ubat. Nurse pun tolak Nina ke wad lain. Ada 3 orang masa tu. Sorang lagi senasib anak masuk NICU (anak kawan FIL). Keciknya dunia. Kalau nak ke tandas, minta tolong nurse akan bawa.
*patient yang ada dalam LR masa Nina bersalin tu sampai sekarang tak tahu nasib dia. Masa tu, doc kata jantung baby makin lemah, induce 2x still weak progress. Nurse call hubby minta izin nak emergency czer dan kemungkinan rahim kena buang, sebab sebelum ni isi-isi dalaman dah bercantum.
Dari situ, betul la orang kata tak boleh amalkan ikan haruan selepas bersalin czer. Sedihnya dengar demi nak selamatkan ibu dan anak.
5-7 April 2022
- 3 hari duduk hospital sebab baby masih ada di NICU. Nina discharge tengahari. Dah settle bayar bil hospital terus hubby tolak ke wad NICU. 1st time Nina tengok Harraz dalam tu. Kesian sejuk anak aku, tak dipakaikan baju. Alhamdulillah tengok tiub oksigen dah tukar.
Dah boleh discharge. Doc pelatih datang check luka. Luka ok boleh balik |
Sebelum discharge pi tengok anak dulu |
![]() |
Bil bersalin, makan, minum semua hanya RM 30.50 |
9 April 2022
- Alhamdulillah tengahari tu nurse call, jaundice dah turun. Boleh bawa balik Harraz. Seronoknya sebab 3 hari Nina ke hulu ke hilir masuk wad nak susukan Harraz.
Bil NICU, wad neonatal, x-ray Harraz pun dalam RM 40.50 sahaja |
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Untung jadi rakyat Malaysia ni, caj bersalin cuma berapa puluh ringgit je.
ReplyDeleteSedih baca pasal patient yang jantung baby bermasalah tu.
alhamdulillah, dah besar Harraz. semoga menjadi anak soleh
ReplyDeletekena emergency cser kt swasta siap la duit...huhuh...akk dua kali csser bayaq kt gov spital rm160 ja..selamat duitttt
ReplyDeletepengalaman menarik sebab zaman pandemik kan. ingat birthday Harraz sebab beza 2 hari je dengan Sal. Hehe. Alhamdulillah bersalin dengan mudah. moga adik-adik arraz pun mudah juga nanti.
ReplyDeleteSal : Senang la nk celeb birthday sekali. hahaha. Seram baca ayat Sal. tak terfikir lg nk tambah
Deletealhamdulillah tahniah nina. doakan syida juga moga ada rezeki untuk ada anak. ttc 2 tahun sudah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Perkongsian yang ohsem dari Nina..
ReplyDeletePengalaman yang tak kan dilupakan..
Pengalaman bersalin yang takkan dapat dilupakan.
ReplyDeleteBaru rasa macam healthcare Malaysia ni sangat bagus bila tengok bil
Healthcare Malaysia ada yg bagus, tengok pd hospital juga
Delete