28 May 2022

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Assalamualaikum readers


Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness | Bila anak tak ada, boleh curi-curi masa tengok filem di wayang. Sambung dari sekuel pertama Doctor Strange. Dalam Multiverse of Madness ni, lagi menarik dan menunjukkan ilmu sihir Doctor Strange sudah di upgraded.



Sinopsis :


Seorang budak perempuan bernama America Chavez yang mempunyai kuasa untuk merentasi alam multiverse telah dikejar oleh satu pihak yang tidak dikenali yang ingin merampas kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Setelah hampir ditangkap di universenya, America yang tidak tahu mengawal kuasanya telah secara tidak sengaja melompat ke universe Doctor Strange.




Doctor Strange membantu America dan mereka dikejar oleh syaitan di universe sambil mencari kitab Vishanti. Strange terbunuh dan Chavez secara tidak sengaja membuka portal yang mengangkut dirinya dan mayat Strange ke Bumi-616, dimana versi Doctor Strange menyelamatkan America daripada syaitan dengan bantuan Sorcerer Supreme dan Wong. 




America diburu makhluk jahat kerana inginkan kuasanya yang boleh mengembara ke semua alam multiverse. Strange berunding dengan Wanda Maximoff untuk mendapatkan bantuan, malangnya Wanda menjadi Scarlet Witch, dia percaya dengan mengawal kuasa America, membolehkan dia bersatu semula dengan anak-anak yang diciptanya semasa berada di Westview. 



Strange enggan menyerahkan America, Wanda menyerang Kamar-Taj, membunuh ramai ahli sihir. America secara tidak sengaja mengangkut dirinya dan Strange ke Bumi-838, manakala Wanda menggunakan Darkhold untuk "dreamwalk". 


Mereka akhirnya ditangkap oleh geng Illuminati dan diselamatkan oleh bekas tunang Strange, versi Bumi-838, Christine Palmer, sorang saintis yang bekerja dgn Illuminati. Mereka menemui Kitab Vishanti tetapi dimusnahkan oleh Wanda dan mengambil kuasa America dana menghantar yang lain ke alam multiverse yang telah dimusnahkan. 



Strange mengalahkan Wanda dan menyelamatkan America dari alam lain. Berjayakah Strange menjatuhkan kuasa jahat Wanda dan memusnah semua kitab Vishanti yang ada di alam multiverse? Kemudian scene dimana Strange terdapat tiga mata akibat menggunakan Darkhold dan dreamwalking ke alam mayat. Strange diberi amaran oleh seorang ahli sihir dan dia harus menyelesaikan masalah pencerobohan dan ikut ke dimensi gelap.




Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness ni telah diharamkan di beberapa negara Timur Tengah kerana memaparkan unsur LGBT dalam filem tersebut. Babak tersebut adalah flashback memori America Chavez di mana semasa kecil secara tidak sengaja mengaktifkan kuasanya untuk untuk mewujudkan portal untuk ke universe lain.


🌟🌟🌟🌟/5


Ini telah menyebabkan dua orang ibunya disedut ke dalam portal dan sehingga kini, dia tidak berjumpa mereka lagi serta menganggap kedua ibunya mati. Isunya ialah kedua orang ibunya yang secara logiknya akan diterjemahkan sebagai satu pasangan lesbian.

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com