Assalammualaikum readers
Review Filem Dendam Pontianak (2019) | Filem gabungan dua negara, Malaysia dan Singapura di bintang pelakon-pelakon hebat. Cuma plotnya kena kembangkan lagi terutamanya untuk watak Fazura dan Wan Su Hanafi.
Sinopsis :
Filem berlatar belakangkan tahun 1965 ini mengisahkan Khalid (Remy Ishak) dan Siti (Shenty Feliziana) yang sedang membuat persiapan perkahwinan mereka sambil dibantu oleh penduduk kampung. Tidak lama selepas majlis perkahwinan mereka selesai, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh mula berlaku di kampung tersebut.
Rais (Tony Eusoff) mati dalam keadaan ngeri serta perkara ghaib mengganggu mereka. Kerana situasi itu, Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis bernama Mina (Fazura) yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu. Gadis itu dipercayai kembali untuk membalas dendam di atas perbuatan Khalid 9 tahun lepas sebagai Pontianak.
Su'ud Din (Nam Ron) datang minta Khalid dan Siti bersihkan rumah sebab ada benda gelap dalam rumah itu tapi Khalid tak percaya dan anggap mengarut. Malam esoknya Reza (Hisyam Hamid) pula dirasuk dan cekik isteri dia hingga keguguran. Su'ud Din boleh nampak bayangan dan perkara silam yang Khalid, Reza dan Rais buat pada Mina.
Jalan cerita sama macam cerita Pontianak yang lain. Datangnya membawa dendam lepas mati lahirkan anak. Dalam filem ini, Khalid nak tidur dengan Mina saja, Khalid besarkan anak dia dengan Mina untuk tebus dosa bukan sebab dia sayang pun.
🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.