Assalamualaikum Readers
Urusan imigresen berjalan lancer walaupun ambil masa yang lama sebab ada ramai penumpang lain mendarat bersama. Sambil menahan rasa nak terkucir, lenguh juga kaki nak beratur. Bermacam ragam scenario boleh lihat, ada yang tak lepas imigresen. Naik senak perut.
Sampai turn Nina depan kaunter imi, ada problem jari, fingerprint memang ada masalah sejak lahir. Then, pegawai imigresen perempuan tu tanya 2 soalan : nama penuh dan pertama kali ke datang Taiwan. Urusan imigresen di sini sama macam airport Siem Reap. Kena scan 2 jari serentak iaitu jari telunjuk. Settle semua, kami collect luggage dan mencari kaunter Taoyuan Airport MRT untuk redeem pass.
Melilau kami cari kaunter, bila dah jumpa kaunternya, staf beritahu itu bukan tempatnya. Maka berkeliaran kami cari kaunter berpandukan direction dari staf tu. Akhirnya jumpa kaunter yang betul. Rupanya, kaunter terletak berdekatan pintu masuk / keluar MRT di Terminal 2 (Malindo & MAS). Maknanya, jika naik AA, akan turun / naik di Terminal 1. Selesai redeem pass, kami diberi token round trip untuk tren ekspress dari airport ke Taipei Main Station hanya 30-35 minit saja.
|
Screen jelas dan besar |
|
Alhamdulillah kami sampai juga di TMS. Kat sini kami blur sebab keluar saja train, keadaan sunyi. Krik.. krik |
|
Ikut saja signage sampai jumpa jalan keluar |
|
Kami pun jalan sampai jumpa Starbucks dan escalator ni |
|
Nampak signage ni. Kami keluar ikut Exit 6 |
|
Cantikkan design, pertama kali sampai di airport dah kagum dengan taste Taiwanese bab deco |
|
Map ni sebelah pintu keluar Exit 6 |
|
Exit 6 |
|
Nampak tak bangunan TMS, jalan kaki time ni rasa best sebab cuaca tak panas dan angin kuat/sejuk. Spring di Taiwan pun best |
|
1 lagi bangunan serupa tapi kalau tak silap ini gate lain. Haa confusekan? Jangan risau jalan saja sampai jumpa bangunan TMS. Rupanya TMS ni untuk MRT saja. |
Setiba di TMS, berpandukan itinerary, kami cari exit 6. Bila jumpa, hairan kenapa tempat ni sunyi sepi dan kosong? Haa sudah, sesat ke? Kami pun jalan lagi sampai nampak bangunan Taipei Main Station. Rupanya, stesen MRT tak sama dengan TMS. Bangunannya asing2 dan jarak antara 2 stesen ni antara 200-300 meter walaupun bersebelahan. Lintas jalan 2 kali.
TAIPEI MAIN STATION (TMS)
Tiba di TMS, ada beberapa benda kena settle. Harus beli tiket train, memandangkan kami bukan stay di Taipei saja tapi tour ke country2 yang lain. Boleh beli online, tapi tak berapa confident, bila website minta kad kredit, password, translate mandarin-inggeris elekk.. Jadi walk in saja. Alhamdulillah, both tiket (train biasa-TRA & HSR- High Speed Rail) masih available. Hanya TRA tak ada seat (kena berdiri), janji dapat tiket.
|
Kaunter tiket HSR (area tingkat bawah TMS). Staf fasih Inggeris juga. Korang boleh soal siasat macam2 |
|
Tiket train HSR dan TRA |
Masalah juga nak cari kaunter kedua2 train ni, melilau kami cari, dah la TMS ni besar, berapa kali lalu kawasan sama walaupun ada signage lengkap. Redha jelah dengan bawa beg berat. Yang bagusnya signage di TMS dan seluruh Taiwan, ada 2 bahasa, Mandarin dan English ditambah font besar dan jelas.
|
Locker di tingkat bawah TMS menghala ke MRT. Nak check in hotel belum masanya lagi. Bayaran yang dikenakan TWD50 untuk 3 jam pertama. |
|
Make sure simpan resit baik2. Jangan hilangkan kerana di resit terdapat no pin yang akan digunakan untuk buka loker nanti. Kalau hilang dendanya TWD200. |
Settle beli tiket, kami ke Visitor Information Center (bersebelahan kaunter TRA) untuk bertanyakan beberapa perkara. Walaupun dah ada itinerary, tapi kami tak pasti jika info yang dapat dari internet semuanya betul, jalan terbaik tanya di VIC. Berjam juga nak settlekan semua urusan, baru kami drop luggage di locker yang disediakan (storage locker di tingkat bawah TMS). Bayaran TWD50 untuk 3 jam pertama.
kawan akk bawa surat doktor sbb anak dia ada masalah finger print..mmg tk lepas imigresen..
ReplyDeletecantik bdr Taipei..kehijauan..
Salam Ramadhan Nina,
ReplyDeleteLama sungguh sis tak singgah sini, maaf tau..
Best baca cerita gang blogger pi melancong. Boleh jadi sumber rujukan akan datang..
Memang sejenis kegigihan berjalan dlm TMS ni, hehe.
ReplyDeleteSeronoknya dapat jenjalang ke tempat orang
ReplyDeletemmg da cuak jg ms tiba kt tms airport tu hahahaha sunyi ya amat
ReplyDeletePengalaman yang mengujakan..
ReplyDeleteai sis.. nk tnya mmg flight landing kat touyuan ka??? bukan taipei ka?]
ReplyDeleteHafizah Salleh : Ya, mana2 flight dr Malaysia landing kt Taoyuan
ReplyDelete