22 June 2018

Cerita Aidilfitri 2018


Assalamualaikum Readers 


Sebelum otak makin tepu nak taip apa, baik mengarut cecepat 😅 Cukup lah 5 hari cuti raya tahun ni, raya ke 5 dah start kerja. Ada yang masih mood cuti ke? Apa yang beza raya Nina tahun ni? #teamrayalena 😂😂 Ya, 1 Syawal 1439 H, raya pertama habiskan masa dengan makan, tidur. Ditambah cuaca panas, rumah tak siap kemas dan family berkumpul pada raya ke 2. Masing2 raya kampung mertua.


Aidilfitri 2018 dengan muka tahan panas. Baju ni lepas raya 2017 baru siap, dah la jahit lace cincai, kena oter sendiri



Hari Raya Ke 2


Pagi raya ke 2 semua family sebelah mak berkumpul di rumah Pak Long, dimulakan dengan bacaan yassin untuk mereka yang telah pergi, sesi makan2, lucky draw dari Pak Ngah (tokey RedONE) dan celebrate birthday baby June. Gambar memang tak teringat nak ambil 😅😅 Yang penting cabutan bertuah bukan tapaware tapi duit raya. Mak dapat RM 50, Nina dapat RM 10 😂 Rejeki


Spaghetti sapa buat entah. Not bad rasa meatball



Selesai majlis, terus gerak balik kampung sebelah bapa. Nasib 1 negeri. Balik kampung Bayan Lepas lagi meriah sebab family besar. Tiap-tiap tahun ada baca yassin dan makan-makan di rumah pusaka Tok (dah jadi rumah Pak Tam, abang bapa no 5).


Satu-satunya sepupu Nina yang jadi orang istimewa. Tak pernah tau umur berapa 😅 Biasa dia panggil kakak. Sepupu lain kurang layan dia, maklumlah normal.

Majlis bacaan yassin dimulakan dengan kata aluan sepupu nina (berbaju hitam, dia bagi duit raya setiap sorang 😆). Tuan rumah baju purple 

Sepupu paling berumur dan anak-anak

Makanan disponsor oleh mak tam dan makcik. Epal jeruk tu sedap betul



Nina suka balik kampung bapa sebab makcik dan sepupu-sepupu bagi duit raya. Mungkin sebab muka baby face dan belum kawen kot. Hahaha.. Kena jadi remaja macam ni. Selesai makan, sembang, haruslah selfie. Bukan dapat kumpul semua, ada yang kerja, raya rumah mertua, pergi kenduri, ada juga yang lupa daratan sanak saudara. Ada kematian baru nampak batang hidung. Mostly family abang no 2 & 3 bapa. 


Duduk ikut turutan. Muka bapa dengan abang no 5 (baju purple) dah macam kembo. Dari kanan : mak tam, pak tam, bapa, makcik, paksu, maksu, mak andak

Mohd Zain big fam. Tak cukup korum. Sepupu dan anak buah. Semua dapat angkut balik Lawin best ni

Semua ni anak-anak sepupu Nina bersama anak dan laki/bini. Mak sedara pun belum kawen lagi

Hang dah kenapa Wazzer Shariff, sepupu sado, single lagi tau. Promote2. Bebudak belakang ni kalau nak bagi dorang duit raya pikir 44 kali. Mau lari bajet

Duit raya tak termasuk dari bos. Alhamdullillah cukup kalau nak beli jeans Levis. Haha


Hari Raya Ke 3


Open house rumah Mak Lang di Kulim. Biasanya ternak lemak sepuasnya tapi maaf gambar makanan lupa nak ambil. Haha.. Makan nasi beriani dan rendang ayam, pekena pulut durian. Dapp..


Kuah durian cicah roti gardenia


Setiap kali mai rumah mak lang, mesti lupa nak bawa makanan untuk monyet/kera depan pintu masuk taman. Kesian tengok masing2 tunggu makanan.



Struggle nak bagi dorang ni makan, asal turun kereta kena kejar. Last2 baling pisang ikut tingkap. Haha.. Yang mana blogger Kedah nak beramal boleh mai Taman Nilam Baiduri, Kulim. Setiap hari ada orang bagi makan. Sambil beraya sambil bersedekah.


Jadi sebelum balik, pak njang sempat singgah gerai buah berdekatan (dalam 3 km) beli pisang dan alhamdulillah tuan gerai jual sekotak pisang ranum hanya RM 10. Dia tahu kami nak bagi monyet makan sebab pernah sekor dua datang gerainya. Semoga murah rezeki kak tu.


Rezeki balik dari Kulim, mak njang belanja eskem durian. Kede isi durian lah McD Sunway Carnival. Boleh dikatakan raya ke 3 tu sendawa pun bau durian.


Ada juga plan nak kidnap sekor anak monyet ni jadi tukang cabut uban mak ke cari kutu2 degil kucing ke. Tapi masalah juga nak membela 😂😂🐒 Apa pun Nina nak ucapkan 



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BUAT BLOGGER mana tahu terlajak komen mengguris perasaan ke 😘


13 comments:

Mrs. A said...

Selamat hariraya Aidilfitri Nina ;-)
Salam kosong-kosong ya..
Untungler... dah kerja pun dapat duit raya.
Time raya aje kita dapat berkumpul sanak-sedara macam ni kan wajiblah bergambar untuk kenang-kenangan.

Shafyqah Azahar said...

meriahnya, bestnya! selamat hari raya :)

I am LZ said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Nina, Maaf Zahir Batin..
Wah beruntung sungguh masih dapat duit raya, rezeki Nina. Sis tahun ni tak beraya sangat, bila dah start kerja ni takde feel raya lagi.. Tetiba rindu pula sambutan Hari Raya pertama..

Farah said...

Meriahnya raya. Selamat hari raya, kak Nina :D

ombak bergigi said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri ye. Om follow sini #704

Hasliynda Umairah said...

selamat hari raya maaf zahir batin

aswadz said...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin... tak tau pulak nina ada sedara mara kat kulim.

Yatie Owner said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri nina :)

SalbiahM said...

Selamat hari raya Nina. Tu dia, besar betul family kat Bayan Lepas. Untunglah masih dapat duit raya. Sal sejak umur 30-an ni tak dapat dah. Dulu laku lagi nak tipu umur. Hahaha

ejulz said...

Terbaek.. Selamat hari raya :)

Warisan Petani said...

Meriahnya raya.

Shahida Dzulkafli said...

Selamat hari raya aidilAidil Nina.. Meriah raya nina..

aprilia said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com