26 Jun 2018

Pokok Peria Pantai

Assalamualaikum Readers
 
 
Pokok Peria Pantai | Daun Peria Pantai | Membesar dengan pokok ni bagi Nina sangat mujarab kalau demam biasa / demam panas / demam campak bila mak mandikan dengan cara blend daunnya, daunnya juga akan mengeluarkan buih apabila diramas. Dikatakan dijadikan sabun pada zaman nenek moyang kita. Jarang makan daunnya, lebih kepada buat mandian untuk turunkan suhu badan. Peria pantai antara pokok yang agak popular bagi orang Utara. Tapi ada juga yang makan pucuknya sebagai ulaman. Bahkan orang India juga ambil daun pokok ini (tanpa minta izin).
 
 
Pokok peria pantai
 
 
Pokok peria pantai atau peria laut ni senang tumbuh menggunakan semaian keratan batang atau biji benih dan senang hidup. Pokok ni banyak terdapat di kawasan kampung-kampung. Pokok ini biasa hidup subur di kawasan-kawasan beriklim panas. Ia banyak terdapat di Afrika Timur hingga ke India, selain itu terdapat di Asia Tenggara dan kawasan-kawasan panas di Australia.



Daun peria pantai yang bersinar


Pokok peria pantai perlu di pangkas. Cepat tumbuh pucuknya



Daun peria pantai dipercayai dapat mengawal tekanan darah dan kadar gula dalam darah, merawat kencing manis. Berhati-hatilah memakan sayur atau ulam kerana ia mendatangkan masalah angin dalam badan. Jika terlebih makan, peria pantai boleh menyebabkan cirit-birit.

6 comments:

  1. wow sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. rasanya mcm pernah tengok pokok ni...banyak khasiatnya tapi makan berlebihan pun ada mudaratnya..

    ReplyDelete
  3. Baru tahu tentang peria pantai ni. Thanks for the info, Nina 😊

    ReplyDelete
  4. suka suki je dia amik xmintak izin

    ReplyDelete
  5. mcm mana nak dapatkan keratan batang die yer...saya teringin nak tanam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah saya di Penang, kalau berdekatan boleh bagi

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © 2025 cik sukα taip Designed by azhafizah.com