24 Aug 2018

Taipei, Taiwan 2018 : Carrefour Guilin Store

Assalamualaikum Readers
 
 
Taipei, Taiwan Ke Carrefour Guilin Store | Tajuk mukabuku dah macam shopping sakan hingga ke Taiwan. Haha... Nasib baik shopping tak senget troli, yang tukang bawa troli tu je senget. Mana taknya touchdown Taiwan, terus cari Carrefour. Beli barang nak main masak-masak. Hahaha.. kalau kat Malaysia mana ada dah Carrefour.
 
 
Tempat yang menjadi pit stop berkali-kali sebab nak confirmkan destinasi kami

Tadaa dah sampai Carrefour

 
Sibuk orang belakang nak masuk frame. Muka happy selepas banyak kali nak hadamkan otak-otak orang Taiwan ni
 


Dah la mencabar masa nak cari sesuatu barang. Sampaikan terpaksa meng-EJA kat promoter Carrefour tu! Dorang takkan faham atau tahu barang apa yang kita nak tanpa tunjukkan gambar. Nina nak cari cheese tapi bila tanya semua buat muka pelik. Ada yang tak faham English, yang faham tu siap google nama barang Nina nak. Impress kot! bersusah payah nak tolong.
 
 
 
Sebenarnya, kami shopping sebab nak beli bahan-bahan mentah. Al-kisah dah plan nak masak dan nama travel bajet kedekut haji bakhil, maka segala makan minum kenalah sendiri sediakan, sendiri nak makan. Di Taipei restoran halal banyak, tapi sebab nak berjimat (harga makanan kat Taiwan ni agak mahal) dan hanya terdapat di Taipei sahaja.



 
Sampai sekarang kalau jumpa epal mesti kempunan nak makan epal Taiwan sebab rasanya lebih manis, ranggup dan besar. Sedap sangat ya Allah.
 
Kami ke Level 3, di sini di tempatkan barang makanan basah dan kering. Barang basah di pintu masuk, manakala barang kering di sebelah belakang.
 
 
Mencabar jugak nak beli beras. Semua harga mahal walaupun made in Taiwan. Kualiti beras tak sama macam kita dari segi bentuk dan rasa.
 
 
 
Kalau ke country luar Taipei, makanan halal susah nak nampak atau memang tak ada. Anies pun bawa periuk elektrik untuk masak. Bahan-bahan yang kami bawa tak banyak. Yang ada hanya maggi, bihun fama, milo, bubur quaker. Imigresen Taiwan ni strict kalau sesiapa bawa masuk bahan-bahan makanan. Anies ada juga tanya kat TVA (Taiwan Visitor Association) pasal nak bawa makanan. Maka, kami seludup makanan sorok-sorok celah baju, underware. Hahaha.. Kadang kala bukan semua tekak boleh terima makanan lain walaupun halal.
 
 
 
Kami beli beras, telur, sawi, putik jagung, mi sedaap dan epal. Ada satu rak, kami jumpa barang-barang halal dari Malaysia dan Indonesia. Rasa nak bawa balik buah Epal tapi teringat imigresen, terus tak jadi beli. Kalau ke Taipei, jangan lupa beli epal.  

Mem besaq pandai dah selfie candid. Tekejut mak

 
Korang akan jumpa signage ini

Naik MRT (Red Line)


Jumpa jalan ni dan korang jalan terus sampai jumpa simpang dan toleh kanan sampai bangunan Carrefour


 
 
Direction ke Carrefour ni, naik MRT (Line Merah) turun di Ximen Station. (Ada beberapa patung didirikan), gambar entah ke mana. Bila dah sampai, cari Exit 1 dan lepas tu jumpa simpang 4. Jalan besar di sebelah kanan, then straight saja. Jarak dari Exit 1 ke Carrefour tak jauh, akan jumpa beberapa simpang, jangan kona kiri kanan pulak. Kalau sesat, tanya orang-orang kat situ. Jangan risau, orang Taiwan ni, walau ada yang tak faham English, dorang sedia membantu dan peramah. Nak mudah, korang tulis perkataan Carrefour atau tunjukkan gambar. In Shaa Allah, dipermudahkan 😄 😃 



FYI, nak shopping di Taiwan ni, currency dorang tak ada nilai sen walaupun ada duit syiling. Bermula dari nilai TWD 1 dan paling besar TWD 1000. Agak senang nak faham matawang dorang tanpa sen.


Previous entri :

Taoyuan Airport ke Taipei Main Station

Pengalaman menaiki Malindo Air ke Taiwan

Taiwan



4 comments:

  1. payah gak ea na brkomunikasi kalau macamtu...kalau saya mahunya asyik google je sebab tak reti berkomunikasi.

    ReplyDelete
  2. masak sendiri mmg jimat belanja apatah lagi share berdua...beras rasa lain..kalau kt korea, nasi segera depa ala-ala rasa pulut..

    ReplyDelete
  3. Mengancam betul epal dia.. Besar.. Suka tengok bahagian buah-buahan kalau ke pasaraya.. puas mata memandang.. kikiki.. Jimatlah kalau masak sendirikan Nina..

    ReplyDelete
  4. oh epal hadirlah dikau dlm mimpiku😆😆

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com