Assalamualaikum Readers
Christmas Fun Run 2019 | Alhamdulillah, berjaya join event ke 2 untuk tahun ini dan mungkin juga jadi larian penutup 2019. In shaa Allah, tahun depan kita masuk lagi fun run sambil collect baju, medal dan voucher hotel (nak simpan untuk orang menginap time kenduri nanti). Verangann boleh asalkan jadi kenyataan. Kali ni tak ada blogger Anies, sibuk kalah menteri hujung tahun, nasib ada 2 makhluk nak join, berjaya hasut tapi sedar syok pulak depa ajak Nina pi run.
|
Baju dan topi santa Christmas Fun Run 2019 |
|
Cahaya nur haha still nampak kurus |
Christmas Fun Run 2019 ni diadakan di 4 negeri bermula Pasir Gudang, Ipoh, Sungai Petani dan Butterworth. Meriah dengan santa-santa, nasib baik kali ni laluan diubah. Early bird hanya RM 29 (first 500 slot) pada hari ahad lepas, 22 Dis di perkarangan De'Garden Hotel Butterworth. Run kali ni terpaksa stay di hotel berdekatan rumah dan tempat event sebabnya adik tunang join dan sehari sebelum event ada kenduri anak Mak Lang di Kulim. Next entri, Nina ceritain.
|
Padang Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, time ni pukul 6 lebih balik rumah iron baju |
|
Harap tak serik lah budak ni |
|
Berjaya juga kanak-kanak Ribena habiskan fun run |
Disebabkan di hotel iron tak disediakan dalam bilik, maka pagi buta selepas subuh balik ke rumah iron baju. Sebelum flag off, ada senaman zumba, kami sampai dalam 7.25 pagi, parking penuh terpaksa park jauh seabad. Belum lari dah kena lari. Run kali ni bukan di bawah tajaan Jom Run, jadi kami hanya dapat air mineral dengan medal sahaja. Lapaq gedik-gedik perut ni. Stay tuned ok!
|
Comelnya medal tapi kena jaga sebab catnya mudah tertanggal |
cute medalnya...nampak meriah,banyak kaler merah..
ReplyDeleteeh..soalan dah terjawab. busy anies tu, Comel la baju merah tu.
ReplyDeletebestnya dapat kit xmas fan run ni merah menyala semuanya
ReplyDeleteComelnya medal 😍😍. Topi santa pun comel. Boleh pakai lg nanti hehe.
ReplyDelete