30 Dec 2019

Selamat Pengantin Baru 2020 Eika Dan Kerol

Assalamualaikum Readers
 
 
Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru 2020! Dah ada azam baru atau nak teruskan azam tahun 2019 yang tak tercapai lagi? Azam Nina kena struggle cari duit nak kahwin tahun ni, yeayy.. Sebenarnya banyak lagi benda nak kena settlekan. Okay, boleh dikatakan ini kenduri penutup tahun 2019 dan selamat menjadi pengantin 2020 buat pasangan ini. Kenduri kali ni di dekat saja di Dewan Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 28 Dis lepas. Berjumpa jodoh dengan gadis Penang jugak hang Kerol. Haha.. Pengantin laki dulu study UiTM Permatang Pauh, memang helok sangat. Dapat balik beraya di utara, sebelum ni asyik raya KL.  


Happy newly bride Eika & Kerol. Pengantin lelaki ni kelakar sebabnya kami selfie guna fon baru dia iPhone 11 Pro Max terus suruh tunang buka airdrop (hantar gambar)

Tak sangka boleh pakai biru juga, sorang demi sorang berjaya tamatkan zaman bujang tahun 2019

Kenduri kali ni nak pakai baju sedondon masa tunang aritu. Sekali sekala 


 
Dalam suka dan duka, teringat dulu lepas Eika bertunang, hampir setiap hari bergaduh dan banyak dugaan. Yelah dugaan bertunang setiap pasangan takkan sama, ada stage dan roadblock masing-masing. Katanya, rasa nak putus tunang pun ada. Alhamdulillah, lepas setahun dapat berita gembira ni. Semoga dipermudahkan urusan kawan Nina sorang ni dalam menguruskan rumah tangga plus dia memang suka masak siap buat ig story lagi. 



Selamat pengantin baru Nur Atiqah Sobri & Mohd Khairul Anuar Rosli


Untuk tahun selesai sudah pi makan kenduri dan ambik berkat. Sebenarnya bila ada masa, wang dan tenaga eloklah kita pi walimatulurus ni sebabnya ia perbuatan yang diharuskan. Kalau jauh tu, tak dapatlah nak attend. Bajet pun kena ambil kira juga kan. Ada 2 kenduri lagi bulan depan dan bulan 2. Alamak semua kenduri jauh-jauh. Dalam dilemma ni. Adudu..    



7 comments:

  1. Bulan Januari dan Februari ni pun kak PC ada undangan juga..pembuka tahun 2020..

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru Nur Atiqah Sobri & Mohd Khairul Anuar Rosli.
    Selamat tahun baru 2020 Nina

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru buat pasangan tu. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik...

    ReplyDelete
  4. tumpang feel happ tengok orang kawin

    ReplyDelete
  5. Pas ni nasi minyak Nina pulak... (ayat orang tua-tua sangat aku ni)

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru Eika dan husband. Moga bahagia sampai syurga. Next, giliran Nina dan tunang pula :)

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com