Assalamualaikum Readers
Bulan Disember ini selain musim hujan, musim pi tapak pesta Pulau Pinang, musim kenduri musim beli hadiah kawen ialah musim accident. Hari satu lepas, ada 2 kenduri, di Kulim dan Kamunting tapi terpaksa pilih salah satu disebabkan jarak. Jadi hari Khamis, lepas balik kerja ajak tunang beli hadiah untuk Izzati (dulu kami kerja company sama, sekarang sama-sama kerja lain tempat tapi still contact). Kiranya, dah 4 tahun tak jumpa.
Bakal pengantin tengah pakai inai |
Pagi Jumaat dapat wasap, cantiknya Izzati. Sorang dah selamat jadi bini orang |
Tengah fikir ada masalah tayar ke, harap driver selamat |
Jadi, hari sabtu kami gerak ke Kamunting hadirkan diri ke majlis kawen anak saudara Mak Long. Tergerak hati tunang nak pi awal pagi. Pukul 9 dah ada kat rumah. Rupanya ada hikmah, kami stuck dalam jammed dari Nibong Tebal ke Alor Pongsu, tengok waze ada accident. Berdenyut-denyut kereta bergerak, sampai juga ke Perak dengan selamat. Dapat jugak bawa tunang tengok kampung 'real'. Nasib baik ada saudara yang stay Perak ni, boleh mandi air terjun, tengok dusun, merempit dalam kampung tak pakai helmet.. blaa.. bla.
Sedap lauk kenduri, siap boleh makan Tapai |
Pengantin lambat, kami balik awal jadi belanja gambar sepupu pengantin |
Selain makan kenduri ni, ada satu lagi misi nak ternak lemak. Haha.. Kalau awal-awal bagi tau driver mesti dia tak nak turutkan kehendak Nina (nasib ada mak). Dapatlah kami try corndog tu. Bersambung di entri lain.
Selamat Pengantin Baru Izzati & Zulaikha
ReplyDeleteBertabahlah ya kalau traffic jam akibat accident ni.
ReplyDeleteSekarang memang musim kenduri kahwinkan almost every weeks.
tahniah buat mempelai
ReplyDeleteinilah saat terindah dalam hidup seseorang...naik pelamin
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Izzati & Zulaikha. Semoga bahagia sampai syurga.
ReplyDeleteHarap driver selamat. Terfikir juga macamana lah boleh accident sampai macam tu sekali.