Assalammualaikum.
Sudah seminggu drama LYMA menutup tirainya tapi hati tetap berbunga ulang tayang drama tu kat lappy lepas tu gelak sorang2 macam minah meroyan. Erkk... teruknya, anak dara siapa lah kan. Hehe. Walaupun tak tengok sangat PISA tapi aku tetap tengok ulangannya di Tonton. Mungkin mula2 tengok drama Playboy Itu Suami Aku rasa macam slow tapi lama2 jadi sweet antara Fina dengan King Buaya tu kan. Sokong lah drama buatan Malaysia :)
Sinopsis:
Mengisahkan Afina, seorang gadis lemah lembut dan sopan santun bertemu jodoh dengan Adrian, seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tak seiras, Afisya yang suka bersosial dan salah seorang teman wanita Adrian. Di awal perkenalan mereka, Fina disimbah dengan air lopak apabila Adrian memandu kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan saja tidak minta maaf malam dia tak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun 'King' (King of Crocodile) sering membuatkan Fina panas hati. Suatu hari, Fina & Syaf menghantar tempahan bunga untuk digubah ke rumah Puan Sri Zahida sempena majlis hari jadi cucu sulungnya. Puan Sri tertarik dengan penampilan Fina yang tak meninggalkan solat. Maka, dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina.
Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walau apa pun terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus dari teman2 wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika mahu menjadi CEO Kiara Emas. Akhirnya Fina dan Ad berkahwin kerana masing2 mempunyai agenda sendiri. Selepas berkahwin, Fina cuba menawan hati suaminya tetapi Ad tetap dengan sikap playboynya. Ad membuat pengakuan bahawa dia tak ingin mengahwini Fina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya dan dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Fina. Oleh kerana cintanya tak diterima Ad, Fina telah menulis isi hatinya dan disimpan dalam botol sebelum ditanam di tempat rahsia.
Fisya menyimpan dendam terhadap Fina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang menjadi jejaka idaman semua wanita. Fina terlibat dengan kemalangan dan koma. Selepas sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Fina menjadi binggung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Ad mengingatkannya tentang janji mereka akan terus menyamar sebagai pasangan bahagia hingga Ad dilantik menjadi CEO. Fisya pula menyambung study di luar negara.
Selepas sedar dari koma, Fina berubah menjadi seorang yang kasar dan berani melawan. Fina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga2 cinta di hati masing2. Di saat Ad bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Fina, Fina telah meninggalkan Ad tanpa pesanan. Adakah kepulangan Fisya bakal menjadi masalah dalam hidup Adrian dan Afina?
Playboy Itu Suami Aku setiap Isnin - Khamis ! 7.00 PM di TV3 :')
cerita nie best kalau dua2 berlakon tak kaku. hehe -_-
ReplyDeleteDah baca novelnya. Tapi pelakon tak berapa best lah.
ReplyDeleteKite ada kejar drama ni dulu.. tapi mak rebut nak tengok drama hong kong last-last dah tengok, mak blah buat kerja rumah.. kite je yang tengok drama hong kong tu sampai habis.. drama PISA tergendala sampai sekarang xD
ReplyDelete