17 Nov 2013

Pokok Belinjau Atau Buah Belinjau


Assalammualaikum.


Fakta Pokok Belinjau atau buah belinjau | Happy weekends! Harini tak keluar pon, stay rumah dan jadi tukang pengupas buah belinjau yang akan dijadikan gulai. Entah bila mak nak masak, cuma kupas dan simpan dalam fringe. Sapa tau Pokok Belinjau? Mai nak habaq buah zaman purba nie. Mesti ramai yang tak tau dan tak pernah makan dan buat muka berkedut bila dengar nama kan..kan. Ada juga orang panggil buah malinjau. Aku lebih suka makan gulai dari keropok. My mum suka sangat keropok belinjau sampaikan nak order kat si Mel. Officemate nak balik Medan next month. Ngeh..ngeh  






Buah Belinjau



Sejenis tumbuhan yang berasal dari kawasan Asia Tenggara terutama di Indonesia, Malaysia dan Filipina. Digunakan untuk makanan ringan dan perubatan. Dikenali juga dengan nama Malinja & Melinjo. Bijinya diproses menjadi kerepek. Biji Belinjau kaya dengan antioksida, meningkatkan daya tahan tubuh dan mengandungi Vitamin A dan C. Protein didalam biji dapat mengurangkan Penuaan, Hipertensi, Kolesterol, Penyempitan Pembuluh Darah. 



Buah belinjau yang siap dikupas biji


Dah siap diproses! Tunggu nak masak je dan menjadi seperti ini

*
*
*
*

Encik Google



Start kenal buah nie bila kat belakang rumah tok ada pokoknya. Pokoknya hidup dah hampir 40 tahun sebelum ditebang oleh pemaju T___T Teringat lagi setiap kali nak petik buah nie mesti aku panjat pokoknya yang agak tinggi. Biasa tarzan&jane juara memanjat pokok disandang oleh aku. Haha.. Selalunya orang kampung kaitkan buah nie. Pucuk muda, bunga dan kulit biji belinjau boleh dimakan. Pucuknya sedap dimasak lemak. 






Kerepek Belinjau by Mr Google lagi





Buah muda berwarna hijau, dah masak berwarna merah. Buah tua selalunya dibuat keropok Belinjau. Sekarang senang nak dapat sebab banyak di import dari Indonesia. Kat Malaysia nak jumpa pokoknya dah susah. Keropok Belinjau memang sedap, rasanya lemak2 dan pahit sikit. Harga keropok belinjau agak mahal. Sekilo dalam RM 14. Yelah proses nak buat tu susah. Cara nak buat keropok belinjau dengan hanya menumbuk buah tua hingga leper dan jemur. Lebih sedap makan panas2 dengan nasi, orang berpantang pun elok makan.  





21 comments:

  1. akak tak pernah tahu pasal buah ni.. boleh dibuat kerepok juga ye.. menarik...lain kali kalau jumpa, taklah jakun lagi

    ReplyDelete
  2. buah nie....pahit-pahit rasa kan...hihihi...

    ReplyDelete
  3. salam..
    pokok belinjau..
    last mkan 5 tahun lpas..
    lpas tu jarang dah nak jmpa org masak :(

    ReplyDelete
  4. x pnh tgk. 1st time tngk ni. sure sedap rasanya

    ReplyDelete
  5. Aku rasa aku x pernah makan lagi makanan ni.. :3

    ReplyDelete
  6. Wah mcm best ni.. kerepek belinjau je yg sy slalu makan.. yg lain x pernah lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. ooo macam tu rupa pokok belinjau baru tahu

    ReplyDelete
  8. ckj pernah makan keropok dia je kalau tak silap.. hehe..

    ReplyDelete
  9. Pohon ini serba bisa di pakai untuk di jadikan makan..seperti daunnya,kulit dan daging melinjonya sendiri ya mizz :)

    ReplyDelete
  10. 1st time tengok.. rasa macam tak pernah makan..heheee

    ReplyDelete
  11. akak rasa pernah makan kerepek dari buah ni.. beli masa akak belajar di terengganu dulu..

    ReplyDelete
  12. OOO macam ni rupanya..kita pernah makan keropok belinja..sedap..

    ReplyDelete
  13. 1st time dengar pasal pokok ni..

    ReplyDelete
  14. siapboleh buat kerepek.. br th bila bc pasal buah nie.. mmg tak pernah dgr..

    ReplyDelete
  15. x pernah mkn keropok malinjau nih. kat mana nak cari ye?

    ReplyDelete
  16. Okje makan keropok dia tu mmg best....pahit tapi sedap!

    ReplyDelete
  17. Baru tau pokok di mcm ni. Tau keropok dia jer.

    ReplyDelete
  18. Tak pernah tawu ade pokok ni.. Sedap ke? Rindu nak panjat pokok :3

    ReplyDelete
  19. first time tengok buah ni... hihihihi

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com