19 Dec 2022

Tips Pilih Buah Avocado Yang Masak

Assalamualaikum readers


Tips Pilih Buah Avocado Yang Masak | Bila tengok buah avocado, teringin nak beli tapi fikir-fikir balik takut tak termakan sebab kes beli-simpan-lupa. Buah avocado kena beli yang tak masak baru tahan lama. Antara khasiat avocado ialah mencantikkan kulit, mengawal tekanan darah, kaya dengan vitamin dan mengekalkan kesihatan jantung.




Rasanya yang sedap dan berlemak macam krim. Tapi, lemak buah avocado ni bukan mengemukkan. Nina suka buat smoothies. Setakat ni harga sebiji dalam RM6 hingga RM10. Tapi nak sihat, pejam mata terus bayar. 


Tips beli buah avocado :


- beli yang tak masak lagi, cuma kena peram dalam dua tiha hari sampai kulit hijau bertukar coklat.


- Avocado yang dah terlampau masak, bila picit permukaan buah agak lembik.


- Cara tengok buah tu dah boleh makan ke belum, kopek hujung tangkai buah yang diperam, kalau warna kuning/hijau, buah boleh dimakan. Jika coklat, terlampau masak. Boleh refer gambar di bawah.


Selepas diperam 2 hari, sesuai di makan. Abaikan suara sumbang anak


8 comments:

  1. yang murah kat indo. sebiji RM1 pun ada...

    ReplyDelete
  2. arwah mak cik dulu dia tanam buah ni. bla masak selain dia yg mkn dia bg kucing dia. kemain berselera lg😁

    ReplyDelete
  3. Kak Amie suka cincang buah avocado campur dengan ais krim. Sedapnya!

    ReplyDelete
  4. Buah avocado ni memang tricky tau. Terlepas je sehari terus dah tak leh makan. Tapi memang banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  5. ripe dgn overripe tu kalau tak tgk/check betul2, boleh rugi (pembeli)....

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka beli yg hijau,peram 2 hari terus makan

      Delete
  6. Akak xpndai makan avocado ni... 🤣🤣🤣 Rasa creamy sgt😅

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com