27 Dec 2022

Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas Penang

Assalamualaikum readers


Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas Penang | Weekends ialah hari gantung kuali dan dapur tak berasap tambah pula pada minggu dapat gaji . Hehe.. Ini kali kedua, Nina pi makan, dan owner dah berpindah ke bangunan yang baru. Hanya lintas jalan saja dari cafe yang lama. Waktu pi makan, hanya kami 3 beranak, lepas habis waktu solat maghrib baru lah ramai orang.




Nama cafe pun dah menarik dan makanan yang ada berasaskan nasi lemak, nasi ayam dan set nasi daging bersama beberapa jenis pilihan lauk. Kalau makan di cafe lama, memang agak sempit, di cafe baru ni luas dan selesa sikit nak menjamu selera. 


Nasi Set Ayam Perap Sos Thai Free Air Sirap - RM 7.50 (Sorang berebut nak ambil gambar, sorang lagi makan, maka terhasil gambar candid)

Nasi Set Daging Air Asam Free Air Sirap - RM 8.50 (pilihan Nina)

Makanan sampingan Harraz selain share nasi ayam dengan bapaknya


Kalau singgah ke Penang, terutama naik flight tu, boleh jjcm di Tong Kayu Cafe dahulu. Berdekatan dengan airport. Nina tengok dah banyak cafe-cafe dibuka waktu malam. Ada banyak pilihan tempat makan. 


Alamat :

12, Jalan Kampung Bukit 11900 Bayan Lepas, Penang

9 comments:

  1. kenapa dia merahkan harga kat menu tu? highlight kan harga atau tu harga lamq?

    ReplyDelete
  2. staf airport mesti ramai serbu sini kan? yalah skrg airport dah buka semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lah choice untuk cari mkn sbb banyak kedai2 baru dh dibuka

      Delete
  3. Menarik, boleh pergi ni. Cuma akak jarang ke belah pulau waktu malam.

    Cantik gambar candid tu.
    Samalah kita Nina, selalu dok berebut capai makanan. Kita nak ambil gambar, dia tarik nak makan. Haha!

    ReplyDelete
  4. comel lah gambar candid tu. hehe. baguslah cafe baru lagi besar. moga bisnes terus maju

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com