15 Dec 2022

Hotel Best Di Langkawi Untuk Anak

Assalamualaikum readers


Hotel Best Di Langkawi Untuk Anak | Senarai Hotel Ada Pool Di Langkawi | Kalau sebelum ni ke Langkawi akan stay hotel biasa-biasa dan murah sebab sepanjang hari mesti berjalan bukan terperap di bilik. Sekarang ada anak itik, pantang nampak air nak mandi, nak main. Mungkin tempat menginap pun kena cari ada pool. Entri ini, Nina buat untuk rujukan sendiri dan pembaca. Tak pening kepala nak cari hotel kalau ke Langkawi.


SENARAI HOTEL BEST DI LANGKAWI UNTUK ANAK


1. Hotel Greenish




Hotel di pekan Kuah dan lengkap dengan pool besar untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Biliknya selesa dan luas. Parking percuma dan lokasi di tepi jalan utama. Dekat dengan kompleks HIG Mall


Rate : 🌟7.1

Harga bermula dari RM 89


2. Hotel Goldsand




Hotel di kawasan pekan kuah dan mudah untuk mencario kedai-kedai makan di sekitar hotel termasuk pusat membeli belah.

Rate : 🌟7.8

Harga bermula dari RM 142


3. Hotel Adya



Hotel mesra muslim dan mesra family di Pekan Kuah. Anak boleh berseronok mandi di kolam. Tersedia kolam khas untuk wanita. Setiap bilik ada sejadah dan Al-Quran. Berdekatan dengan HIG Mall.


Senibina hotel diilhamkan dari Maghribi. Setiap bilik disediakan TV skrin rata dan tab mandi, semestinya WiFi percuma disediakan di seluruh hotel.


Rate : 🌟8.4

Harga bermula dari RM 158


4. Hotel Seaview




Hotel bertaraf 3 bintang dan terletak di pekan Kuah dan berdekatan dengan tempat bersejarah iaitu Makam Mahsuri dan Padang Beras Terbakar.


Rate : 🌟7.5

Harga bermula dari RM 133


5. Cenang View Hotel




Hotel 2 bintang ini dan jaraknya hanya 1.3KM dari pantai Cenang. Menjadi lokasi pilihan kerana jaraknya yang berhadapan dengan laut. 


Rate : 🌟7.8

Harga bermula dari RM 72


6. Lavigo Resort



Terletak berdekatan pantai cenang, jarak ke pantai dalam 2.1km. Berkonsepkan kampung style gazebo dan kolam renang di luar bilik siap dengan pelampung unicorn lagi.


Rate : 🌟8.1

Harga bermula dari RM 138


7. Alia Residence Business Resort



Terletak di Padang Matsirat dan hanya 5 minit dari airport. Menawarkan bilik yang serba nampak mewah. 


Rate : 🌟7.3

Harga bermula dari RM 116


8. De Baron Resort



Menariknya hotel ini terletak di pekan Kuah dan menawarkan bilik besar pada harga murah dan kolam renang terbesar untuk kanak-kanak. 


Rate : 🌟7.1

Harga bermula dari RM 114


9. Bella Vista Waterfront



Terletak di Kuah dan 14 minit untuk berjalan ke jeti Kuah. Sesuai untuk yang datang menaiki feri ke Langkawi. Reka bentuk seakan 'istana'. 


Rate : 🌟6.9

Harga bermula dari RM 151


Kesemua tempat penginapan ini berdasarkan rate dan harga di Agoda. Harga bergantung kepada season dan jenis-jenis bilik. Buat pilihan yang bijak terutama untuk bercuti bersama keluarga.


9 comments:

  1. Menariknya...semua harga sangat berpatutan...Akak dah pernah duduk Alia tu...memang best...

    ReplyDelete
  2. ada 1 lg nina. Nadias Hotel. dpn pantai chenang. pool dia terlindung sikit ke belakang. ms sy g, budak2 je yg kongker pool tu. plus, ada kafe boleh breakfast, lunch, dinner. dkt dgn tmpt shopping jg

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing.. dah lama tak pi Langkawi.. Dulu setiap pi sana selalu duk Adya hotel.. maybe lepas ni leh cuba yg lain.. Bella Vista ms mula2 duduk x berapa nk best tp selepas diupgrade tak la mungkin dah ok kan.. rasanya bella Vista ada water theme park kan..? masa tu tgk dorang tgh under construction..

    ReplyDelete
  4. Adya tu famous jugaklah. Lama tak ke Langkawi, boleh lah consider hotel-hotel ni

    ReplyDelete
  5. hi..thank for sharing..tak pernah lagi pergi langkawi stay dekat hotel..next time boleh try

    ReplyDelete
  6. Banyak tempat menginap yang memuaskan kalau ke Langkawi

    ReplyDelete
  7. Zaman pergi Langkawi dulu tak aktif blog. Banyak hotel menarik sekarang

    ReplyDelete
  8. tengok harga... not bad jugalah... tp time cuti sekolah, lain kan harga dia?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com