Assalamualaikum readers
Sebelum ini, bawa anak naik bas. Kali ini misi nak bawa Harraz cuti-cuti di pulau kena ajar naik bot/feri dahulu supaya terbiasa. Nasib ada feri Langkawi di Penang ni. Boleh balik rumah mak tok. Hubby malas nak drive sebab sesak kalau keluar dari pulau pada hari minggu. Banyak perubahan bila sampai di jeti. Walaupun dah tak ada feri macam sebelum ni tapi masih ramai yang menggunakan perkhidmatan feri untuk ke tanah besar (Butterworth).
|
Ini budak nampak vending machine |
Salah satu feri Penang ni, Nina nampak dah ada di Lumut 😞 Entah bila sampai di sana. Segala fasiliti disediakan untuk memudahkan rakyat, pelancong terutama backpackers. Turun bas terus naik feri ke Penang. Banyak restoran di terminal bas. Sejak tinggalkan alam pelajaran, dah tak naik bas. Rindu pulak. Pastikan pakai face mask sebab nak tunggu feri, ramai manusia dan foreigner.
|
Naik kereta dari rumah dan parking di sini. Lintas jalan ke terminal feri |
|
Dapat sebotol Calpis |
|
Suasana dalam feri, crowded juga |
|
Laluan keluar dan masuk ke dalam feri |
Singgah sekejap rumah mak, puas main dengan cucu kami pun balik ke Penang dalam 8.30 malam, setiap 1 jam feri akan bertolak. Kena alert dengan jadual feri. Kalau rajin, plan naik naik feri lagi ke Sunway Carnival Mall, bawa Harraz jalan-jalan. Itu pun kalau ter-rajin. Haha..
|
Laluan dari feri ke stesen bas dan keretapi |
|
Nampak tak signage, ke KTM belok kanan |
|
Laluan ke KTM, penat jugak kejar 2 beranak ni |
|
Lif ke kaunter KTM |
|
Jadual perjalanan feri Pulau Pinang |
Cara pembelian tiket feri pun mudah dan sistem sudah di upgrade. Start tahun 2023, pengguna sudah boleh guna kad TnG dan debit card untuk naik feri tanpa perl beli tiket di kaunter. Cuma pastikan tahu baki dalam kad ada berapa. Mudah dan jimatkan masa pengguna terutama yang berulang alik naik feri ke tempat kerja.
banyak betul perubahannya... rasa sebak pula feri dah x ada lg. sik baik dulu rajin snap gmbr dlm.feri. at least agak.jg kenangan😀
ReplyDeletekannn ada jugak kenangan dlm feri
Deleteke mana agaknya diorg 'campak' feri2 lama tu ya? ke... jual?
Deletethanks share. belum naik lagi feri baru ni. bersambung dengan stesen ETS ye. nice..
ReplyDeleteSeronoknya naik feri ibu last naik feri tak silap tahun 2014. Lama sgt dh. Salam kenal dari Ibu Aqil. Ibu follow sini ya. ;)
ReplyDeleteSeronok Harraz naik feri ya. Siap pakej dapat air Calpis lagi. Hihi
ReplyDeletemenarik!
ReplyDeletemudah la ek balik kampung. seronoknya.
anak-anak aida lom merasa naik feri.
dok plan nak naik ets ke utara.
and naik feri ke langkawi, nina.
tapi lom plan details.
oohhh, ada lagi feri. ingat dah x de langsung. balik baru ni rasa lain je sbb x naik feri. selalu nya balik penang, mesti at least sekali la naik feri but kali ni x naik pun. sbb ingat dah x de langsung...
ReplyDeleteWah.. Best Harraz jalan jalan naik feri ye.. Banyak perubahan dah..
ReplyDelete