Assalamualaikum readers
Resepi Sambal Kering Kentang Dan Ikan Bilis | Lama tak update kisah masak-memasak ni. Bukan tak masak tapi malas nak taip. Alasan gitulah sampai tahun depan. Nampak ikan bilis dan kentang ada terus keluar idea nak masak sebab simple.
Resepi ni menjadi salah satu masakan untuk bawa bekal. Antara rajin dengan tak. Sedap dimakan dengan nasi panas, letak telur separuh masak gedik gedik tu atau pekena dengan sup. Perghhh nikmat!
Bahan-bahan :
2 atau 3 biji kentang (dipotong nipis dan di goreng)
1 mangkuk ikan bilis (digoreng)
3 ulas bawang merah (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 sudu kecil sos tiram
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
Gula secukup rasa
Sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara-caranya :
1. Kupas kentang dan hiris nipis, kemudian gaulkan kentang dengan garam sebelum di goreng. Masukkan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
2. Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
3. Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak goreng ikan bilis ya) dan goreng bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan pula sos cili, sos tiram, gula dan masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Siap untuk di hidangkan!
Selamat mencuba.
sedappp ni kentang ikan bilis mestii laju mkn
ReplyDeleteSambal kering kentang ni kalau ratah begitu saja pun sedap!
ReplyDeletesedap tu... memang layan sgt la kan
ReplyDeletemenu simple tapi sedappppp
ReplyDeleteini makan ratah mcm tu pun sedap..,selalu rasa pedas-manis..
ReplyDeletebenda yg wajib bawa kalau pergi travel luar negara.. senang makan dgn apa sahaja :D
ReplyDeleteMenyelerakan . Ni kalau hidang semangkuk , makan sambil tengok tv nii sekejap je mangkuk tu kosong
ReplyDeletetq share resepi mudah ni nina ^_^
ReplyDeletelama x buat ni... sedappp... buat utk mkn mlm pastu bekfes keesokkan harinya boleh bekal nasik putih dan sambal kentang
ReplyDeleteSedap! Lauk yang mudah dan menyelerakan. Kadang tak ada idea nak masak apa, buat lauk sambal kering kentang pun cukup dah.
ReplyDelete