Assalamualaikum readers
Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil? | Setiap ibu hamil pasti akan takut bila minum air gula atau Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test), kini wajib atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) untuk ibu hamil yang berisiko kencing manis.
|
Result MGTT yang cantik! Rahsianya jangan over minum air Tealive, Starbucks, ZUS dan seangkatan jika tidak mahu sangkut. Belajar dari kesilapan. |
Menjadi mimpi ngeri untuk ibu hamil yang baru pertama kali mengandung. Tapi bagi Nina, boleh dikatakan teror sebab tidak muntah. Bila nurse tengok pun 'bagus.. bagus' 😂 Air gula sedap ke tidak? Terpulang pada klinik kesihatan nak letak air perisa apa. Mostly lepas minum ada yang tak tahan, confirm muntah.
Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?
Golongan yang wajib minum air gula?
- Wanita obesiti dimana BMI lebih dari 30
- Wanita yang pernah hamil bayi besar
- Wanita berumur 25 tahun ke atas
- Pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
- Wanita dengan sejarah diabetes gestasi
- Wanita dalam keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
Proses minum air gula?
Ibu hamil perlu berpuasa sehari sebelum ujian bermula 10 malam (selepas dari itu hanya boleh minum air kosong sahaja) dan pergi ke klinik keesokkan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji. Pengambilan darah yang pertama dilakukan sebelum minum air gula. Bacaan ini dikenali sebagai bacaan gula ketika berpuasa (Fasting Blood Sugar).
Kemudian, minum air gula (75mg glukosa di dalam 200ml air kosong). Sesetengah klinik akan beri air glukosa yang telah dicampurkan dengan perisa oren atau anggur.
Tidak dibenarkan makan dan minum sebelum darah diambil untuk kali kedua selepas 2 jam. Boleh beritahu nurse untuk berehat dan berbaring jika rasa tidak selesa dan loya. Jika muntah sebelum ujian darah kali kedua dilakukan, ujian perlu diulang semula pada tarikh yang lain.
Tips untuk survive ketika ujian air gula?
1. Minum air gula apabila ia masih suam.
2. Tarik nafas atau tahan nafas dan minum dengan cepat kalau tidak mungkin akan rasa loya dan muntah.
3. Kumur mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut.
4. Jika rasa nak muntah, berehat dan duduk bersandar sambil dongakkan kepala ke atas.
Keputusan saringan air gula?
Ujian MGTT memerlukan darah diambil sebanyak dua kali. Kali pertama dikenali fasting blood sugar, bacaan gula dalam darah yang normal ketika berpuasa antara 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L. Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula (2 hours post prandial), result mestilah 7.8 mmol/L atau kurang dari itu.
Jika bacaan selepas minum air gula lebih dari 7.8 mmol/L, pemeriksaan yang lebih lanjut akan dilakukan iaitu ujian Blood Sugar Profile (BSP) dan kemungkinan ibu mengandung sudah mengalami diabetes sebelum hamil lagi.
Jika keputusan BSP adalah normal, ibu hamil akan terus mengamalkan diabetic diet sehingga bayi dilahirkan dan jika BSP menunjukkan tahap glukos dalam darah terlalu tinggi, doktor akan suggest guna insulin sebagai rawatan 'gestational diabetes'.
* Sejarah hamil anak pertama sangkut kencing manis ujian kali kedua. Terpaksa diabetic diet hingga bersalin. Lepas anak berumur sebulan, nurse suruh buat MGTT lagi untuk pastikan bebas dari kencing manis.
Risiko jika tidak minum air gula?
Golongan ibu yang mengelak ujian MGTT mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari. Ketika mengandung, hormon kehamilan menjadi faktor utama kenapa insulin tidak cukup di dalam tubuh wanita hamil.
Jika insulin tidak mencukupi ini akan mengakibatkan tahap glukos dalam darah ibu hamil adalah tinggi. Glukos yang tinggi akan menyebabkan masalah ke atas bayi seperti :
1. Makrosomia (bayi besar)
2. Keguguran kelahiran pramatang Polyhydramnios (air ketuban yang banyak)
3. Sudden fetal death (kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
4. Masalah jantung dan tulang belakang bayi
Glukos yang tinggi juga akan menyebabkan masalah ke atas ibu hamil seperti :
1. Sentiasa kerap kencing
2. Sering lapar dan dahaga
3. Merasa penat dan tidak bertenaga
4. Kenaikan berat badan
5. Risiko kelahiran secara Caesarean section
6. Risiko mengidap kencing manis di masa hadapan
Terima kasih untuk infonya Nina. Belum ada pengalaman lagi bab ni :)
ReplyDeleteTerasa-rasa di tekak air gulanya.. huhuhu.. Walaupun da lama berlalu..
ReplyDelete