15 Oct 2021

Review Drama Korea Squid Game (2021)

Assalamualaikum Readers


Review Drama Korea Squid Game (2021) | Berjaya tengok 1st drama k-pop 🥳 Viral di Netflix sampai hubby buat notification fon lagu squid game. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. 




Squid Game mengisahkan Seong Gi Hun (Lee Jung Jae), seorang penganggur yang dikelilingi hutang. Gi Hun bergantung hidup pada emaknya yang tua, nak beli hadiah untuk anak sendiri pun tak ada duit sehingga dipandang rendah suami bekas isterinya.


Suatu hari, Gi Hun mendapat jemputan untuk menyertai Squid Game. Tiada siapa yang tahu organisasi yang menganjurkan game tersebut malah lokasinya dirahsiakan. Sebanyak 456 peserta menyertai Squid Game. Kesemua mereka mempunyai persamaan iaitu jumlah hutang yang banyak dan hadiah wang tunai jika menang game ini sebanyak 45.6 juta Won. Walaupun ada yang give up ketika game pertama, tapi memilih untuk kembali bermain game ini.





Dalam Squid Game ada 6 permainan. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak Korea, tapi dalam Squid Game, ia mencabar sebab nyawa mereka jadi taruhan. Siapa yang kalah dalam setiap pusingan akan ditembak mati. 





Semua peserta tak akan diberitahu game yang seterusnya, ada yang gigih buat bermacam cara nak tahu game yang seterusnya padahal jawapan ada di dinding tempat mereka melepak. Memang tak perasan sebab terlindung dengan katil. First game Red Light Green Light, game ni siapa gerak dia kalah terus kena tembak mahu panik. Seterusnya game honeycomb, tarik tali, main guli, lompat atas papan kaca dan squid game macam galah panjang or teng teng.




Satu lagi watak Detektive Hwang Joon Ho (Wi Ha Joon) yang menyelinap masuk ke tempat Squid Game untuk mencari adiknya yang hilang. Senang detektive nak menyamar sebab semua staf pakai topeng. Nak tahu kena tengok sampai habis siapa mastermind dalam Squid Game ni.


6 comments:

  1. Sal yang bukan kaki drama Korea pun dah terebak drama ni. Tak sesuai ditonton dengan kanak-kanak dan segan nak tonton bila ada warga emas. hehe. episod main guli tu sedih I is cannot. tapi actually episod 2 saya dah boleh teka siapa mastermind

    ReplyDelete
  2. Saya kurang suka cerita ini sebab terlalu slow dan orang lain hype sangat menyebabkan expectation saya tinggi

    ReplyDelete
  3. Ammi tak tengok..dan tak bagi anak tengok sbb ada yg kata ada bahagian yg tak sesuai utk anak2.

    ReplyDelete
  4. Squid game yang tengah viral sekarang ni .belum berkesempatan nak layan cerita squid game ni

    ReplyDelete
  5. Memang tak sesuai untuk kanak-kanak. Scene yang teruja tengok part game je :)

    ReplyDelete
  6. tengok jg tapi ntah..kurang minat genre mcm ni..too violent..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com