10 Jun 2021

Pengalaman Pertama Mengandungkan Harraz Naufal

Assalamualaikum Readers


Pengalaman Pertama Mengandungkan Harraz Naufal | Alhamdulillah atas rezeki dan amanah dari Allah. Sebulan nikah, honeymoon pun tak puas lagi 🤣 Sebelum nikah dah confess supaya hubby tak excited nak baby due to period yang tak teratur, sekejap on off sekejap ok 😌


38 minggu tapi aktif berjalan


Rezeki Allah tak siapa tau. Masuk bulan 7, bau badan hubby tukar busuk, flavour vape busuk (sebelum tu suka bau). Hubby dah cakap ‘u pregnant ni’ berulang kali tapi Nina tak percaya.


14 Ogos 2020 - check yang pertama (5.36 pm)


15 Ogos 2020 - check kali ke 2 (11.20 am)



Sehari sebelum pi honeymoon, 5 Ogos 2020, Nina dah buat pregnancy test (precaution) dan result negatif. Seronok di Langkawi (backpack, terjun pool, jalan sana sini, main jet ski, isap shisha, minum sparkling juice dalam amount yang banyak 😅) Allah kalau gugur, menyesal tak sudah 😭


Antara ubat yang kena makan semasa pregnant. Mengubah warna najis dan bau hahah . Iron tablet mula makan, muntah bau cendawan basi lepas tu ok dah


1st malam di hotel, hubby balik bilik dari lepak terus muntah tersembur di lantai, dinding, katil 😑🙄 busuk satu bilik ya ampun. Nina terpaksa tidur atas karpet. Hubby siap nangis sebab tuduh dia mabuk. Simptom dah ada baby tak perasan lagi 🤪




Beberapa hari balik dari Langkawi, baru rasa pelik, terus buat test. Terkejut rupanya dah pregnant 🤦🏻‍♀️ Kandungan masih ok, no bleeding walaupun buat aktiviti lasak. Buka buku pink pada 22/9 (kandungan 10w 5d) 😉


Alhamdulillah sepanjang mengandungkan Harraz, alahan muntah hanya waktu malam dalam sebulan lebih (awal 3 bulan ke 4 bulan). HB normal 12.0 ke atas. BP ok, cuma sangkut kencing manis masa test 2 (terlajak minum air manis). Hakikatnya bila check paras gula normal 😂 GDM on diet. 4 minggu awal tak dikira pregnant sebab nurse kira dari 1st period sebab itu kandungan 37w baru boleh bersalin. Bawah dari itu dikira prem. Alhamdulillah selamat bersalin usia kandungan 38w 4d 🤲🏻


6 comments:

  1. Alhamdulillah selamat jugak keluar harraz. Baca aktiviti yang kak nina buat di langkawi tu memang lasak, tapi alhamdulillah selamat semuanya :D

    ReplyDelete
  2. Best baca cerita pengalaman pregnant ni . Serba sedikit boleh tahu juga

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Satu pengalaman yang berharga.

    ReplyDelete
  4. Tang perut tu mak cik pakcik bagitau baby boy. Sekali keluar baby girl. Melasak mcm boy dah. Hehe..

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah.. sy pon ms pregnant..aktif sgt.. dah waktuu due ponn sibuk kerja ..nak jalan2 lagi,hehe

    ReplyDelete
  6. Alamak kesian en hubby Nina sampai menangis ye. Takpelah, sekarang tau dah

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com