22 May 2015

Review Filem Tomorrowland

Salam Readers..

Review Filem Tomorrowland | What's up kids ! Movie ni memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah 12 tahun. Akak-akak rasa macam lagi mengarut dari Mad Max. Tak boleh blah Eiffel Tower terbelah keluar roket dari tapaknya. Kekadang movie sains fiksyen gituw la. Meh layan review "Tomorrowland" dari Disney ni.





Sinopsis :


Kembali ke tahun 1964, ketika Frank Walker yang masih kecil ke Pesta Dunia New York. Dia bertemu David Nix, dan menunjukkan jet ciptaannya. Dia tertarik dengan seorang kanak perempuan bernama Athena yang melihat potensi dalam diri Frank lalu memberikan pin simbol "T" dan mengajak Frank untuk ikut ke dunia lain. Frank dapat masuk ke kota futuristik dikenal sebagai Tomorrowland.


Beberapa tahun kemudian, gadis Sains Casey Newton, menyusup masuk ke kawasan pelancaran NASA di Cape Canaveral dimana bapanya Eddie, seorang jurutera bekerja. Rancangnya mahu mensabotaj mesin pelancar roket. Selepas pulang ke rumah, Athena telah ambil DNA Casey dan program ke pin Tomorrowland dan letak dalam topi keledar motosikal Casey. Malam seterusnya, Casey tertangkap. Di balai, dia mendapati pin itu bersama barang lain. Bila Casey sentuh pin, tetiba dia berada di tempat lain. Casey semakin teruja untuk mengetahui tempat misteri itu.


Frank kecil dan Athena
Casey ke Tomorrowland selepas menyentuh pin
Meneroka Tomorrowland sebelum pin kehabisan bateri



Casey meneroka Tomorrowland. Sayangnya pin itu kehabisan masa dan Casey kembali ke dunia. Casey ingin mencari pin yang sama di kedai perhiasan. Pemilik kedai Hugo dan Ursula berkeras bertanya siapa yang memberi pin dan mengacukan senapang dan diselamatkan Athena. Athena mencuri kereta dan mendedahkan siapa dirinya. Dia memandu ke rumah Frank Walker dan meninggalkan Casey di situ.


Frank menyelamatkan diri dari robot
Tangan robot ! haha
Melarikan diri menggunakan tab mandi


Selepas diserang oleh anjing hologram, Casey mengetuk pintu dan dihalau Frank. Casey duduk di luar dan mencari jalan masuk ke rumah Frank. Sehingga mereka diserang oleh robot-robot jika tidak menyerahkan Casey. Mereka berjaya melarikan diri dari robot dengan masuk ke dalam tab mandi. Haha.. Mereka bertiga ke mesin Teleportation ciptaan Frank yang membawa ke Eiffel Tower. Rupanya ia sebuah roket dan mereka kembali ke Tomorrowland. 


Menaiki roket untuk kembali ke Tomorrowland
Disambut oleh Nix
Melihat masa depan


Dapatkah Frank dan Casey mengubah Tomorrowland dan menghalang rancangan Gabenor Nix dan menyelamatkan dunia dari kemusnahan? Nak tahu kisah kena tengok. Movie ni boleh laa layan tapi tak boleh dipercayai. Meh layan trailer dulu :)   


*3.5/5 


#My Review :

  • Tab mandi yang menyelamatkan Frank dan Casey dari robot-robot Nix. 

  • Kesemua robot termasuk Athena akan memusnahkan diri sendiri selepas kerosakan anggota badan. 

  • Walaupun Frank dah tua tapi rasa sayangnya pada Athena tak berubah selepas Frank di halau dari Tomorrowland. 

  • Tak sangka Eiffel Tower boleh terbelah dua keluar roket dari bawah. Hadoii

  • CGI dalam Tomorrowland memang cantik. 

17 comments:

  1. salam. hee tengok gmbr pon chantekk ;p

    ReplyDelete
  2. kalau tgk behind the scene filem ni mesti byk layar hijau kan ;-)

    ReplyDelete
  3. macam lawak ja cerita ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. serius baca sinopsis ecah dah terkinja kinja nak pi tengok. a must to watch ni -.-'' uhuhu

    ReplyDelete
  5. nak layan sambil release tension boleh laa.. nak percaya tuh, memang mengarut sangat.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Hihihih ada roket kat bawah eiffel tower you!
    Akak pun ada baca review yg kata CGI citer ni superb!

    ReplyDelete
  7. huhu...3.5 je ke??
    lya dh booking tiket..esk nk bwk fasya tgk citer ni..
    harap berbaloi & puas hati la..

    ReplyDelete
  8. macam terlebih fantasi je cerita ni. Tapi wallpaper tengah pakai wallpaper cerita ni. haha

    ReplyDelete
  9. ni kalo bebudak suka r ni...ternganga mulut... ngaaaaaa :O

    ReplyDelete
  10. mcm mnearik citer nihhh....hihih

    ReplyDelete
  11. sesuai laa untuk kanak2 yang suka berimaginasi macam2.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Assalam nina,
    waaaaaaaaaa
    macam best ja
    macam syiok ja
    macam nak tengok jaaa
    he3

    ReplyDelete
  13. tgk thrileer mcm best tapi x tgk lagi..nina beri 3.5 je?

    ReplyDelete
  14. Wah menarik cerita ni. Layan jela kalau cerita macam ni

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com