18 Jan 2023

Review Filem The Invitation (2022)

 Assalamualaikum readers


Review Filem The Invitation (2022) | Balik kerja terus tengok movie ni semalam. Rupanya dah pernah keluar di panggung wayang tahun 2022 dan kini boleh tengok di Netflix. Ingatkan cerita hantu, seram bila dah tengok sampai scene terakhir baru terjawab, filem ini termasuk dalam satu satu filem vampire. 



Sinopsis :


Filem ini mengisahkan tentang wanita muda bernama Evelyn Alexander atau Evie yang bertemu dengan anggota keluarga sebelah ibunya, yang telah hilang dalam waktu yang lama. Selain bertemu dengan anggota keluarganya, dia juga menemukan sebuah fakta dan rahsia tentang kehidupan keluarganya di masa lalu yang cukup tragis. 


Antara salah seorang nenek Evie yang bunuh diri sebab tak nak kahwin dengan vampire


Cerita bermula dengan satu organisasi yang memberi peluang untuk Evie mengetahui DNA yang dimilikinya sebelum dapat dijejaki oleh ahli keluarga jauh adalah satu perkara yang cukup kreatif.


Tak guna punya cousin


Viktoria (vampire umur 500 tahun) & Lucy (umur 100 tahun). Wife Walter no 1 dan 2

Tergoda dengan Walter De Ville yang rupanya ketua vampire


Dijemput oleh keluarga barunya ke majlis perkahwinan mewah di kawasan luar bandar Inggeris di Britain. Evie pada mulanya tergoda oleh tuan rumah yang bangsawan lagi seksi, tetapi tidak lama kemudian, Evie terperangkap dalam perkahwinan vampire. 



🌟🌟🌟/5


Filem ni sangat lah tak sesuai ditonton bagi sesiapa yang takut darah, hantu dan benda-benda ngeri. Dilarang tengok. At the end, dalam 6 orang gaji, hanya seorang saja yang hidup.

1 comment:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com