7 Jan 2023

Simpan Barang Lama Di Rumah, Ini Tanda Sakit Mental

Assalamualalaikum readers


Simpan Barang Lama Di Rumah, Ini Tanda Sakit Mental | Kita selalu dengar orang tua cakap "Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna". Kalau nak tahu, ini merupakan salah satu ayat faveret pesakit hoarding disorder. Yang suka kumpul barang-barang antik tu lain.




Simpan terlalu banyak barang, tapi sayang nak buang. Nina pernah jumpa seseorang yang mempunyai masalah hoarding. Individu ini sukar untuk berpisah dengan barang-barang kepunyaannya. Bukan semua orang yang simpan barang dikategorikan sebagai hoarder


Apa yang membezakan mereka dengan collector barang ialah orang yang mempunyai masalah in akan simpan apa sahaja walaupun mereka tidak perlukan barang tersebut. Lamakan barang yang dikumpul boleh memenuhi rumah hingga mencecah siling. Keadaan yang bersepah akan memberi impak yang negatif dalam hidup dan tidak sesuai untuk membesarkan sebuah keluarga.


Orang yang menderita sakit ini akan mempunyai konflik dengan keluarga dan sukar untuk melakukan apa-apa aktiviti seperti memasak atau mandi di rumah. Hoarding disorder berlaku kepada 2 - 6% di kalangan lelaki.




Antara tanda-tanda penyakit ini ialah :


1. Sukar untuk membuang barang.

2. Boleh hilang barang penting dalam timbunan barang.

3. Rumah, kereta atau pejabat bersepah dan dipenuhi barang.

4. Gemar ambil barang-barang percuma.

5. Tidak akan membaiki rumah.

6. Tidak akan menjemput sesiapa ke rumah kerana takut atau malu.

7. Beli barang kerana ada diskaun atau untuk simpan sebagai stok di rumah.

8. Tidak boleh susun barang mereka.

9. Takut untuk buang barang kerana fikir ia akan digunakan nanti.


Kadangkala, penyakit ini terjadi dari mereka yang hidup seorang diri, tidak berkahwin, miskin semasa membesar, ada sejarah keluarga yang turut lakukan perkara yang sama dan sudah biasa hidup dalam keadaan bersepah.


Penyakit ini boleh dipulihkan tetapi agak sukar, tetapi tidak mustahil untuk dirawat. Keluarga perlu berikan sokongan untuk pulih. 

 

8 comments:

  1. pernah terbaca pasal isu ni....MA x kot..sbb asal x guna je memang MA lempar kan or mana boleh di kitar semula or kasi pd yg memerlukan...
    x suka la nak simpan2 .. buat penuh rumah je.. unless yg betul2 perlu or ada sentimental value...itu I simpan..

    ReplyDelete
  2. baru jg kemas lemari, bilik semua...semak tgk barang2 tak diguna...hehe..

    ReplyDelete
  3. last week terjumpa 1 video pengidap hoarding disorder ni... kesian sangat... nak masuk dapur dia mcm msk tempat pembuangan sampah. sambil dia capai pan, dia cakap, this is my favourite pan (dlm timbunan sampah)

    ReplyDelete
  4. kat area rumah sy ada seorg mcm ni. lalu dpn rumah dia tak nampak apa kat dlm. brg bertimbun smpi ke siling...kerja dia kutip kotak. so faham2 je lah mcm mana keadaan rumah dia...

    ReplyDelete
  5. Setuju, sebab tu lepas kenduri rumah akak clear takde apa dah...itupun ada lagi yang nak di keluarkan tu...

    ReplyDelete
  6. Dulu saya suka simpan barang tapi sejak asyik layan video pasal lifestyle minimalis, dah tak suka barang banyak. Siap pesan member jangan bagi hadiah time birthday. Huhu

    ReplyDelete
  7. Simpan yang perlu sahaja.. Yang tak perlu memang kena buang.. 6 bulan sekali sha akan buat cleaning.. baju yang dah tak muat, tak pakai.. Bekas atau plastik yang banyak.. asing, buang atau bagi orang.. kalau tak memang semak rumah..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com