16 Oct 2019

KFC Zinger Double Down Sedap!

Assalamualaikum Readers
 
 
KFC Zinger Double Down Sedap! Kini Kembali | Keunikkan menikmati burger yang dihasilkan oleh KFC seperti Double Down ni membuatkan Nina ternanti-nanti kemunculannya setiap tahun. Ini kerana burger KFC Zinger Double Down merupakan burger yang unik tanpa roti diganti dengan dua filet Zinger Hot & Spicy dan diapit kepingan keju dan ayam ranggup serta dicurah sos Cheezy Mayo KFC.



KFC Zinger Double Down (11 Okt)
 
Daging yang juicy dan ranggup
 
Kepingan keju dan ayam ranggup


Setelah 2 tahun menu ini tak dipasarkan, kini kembali atas permintaan ramai bermula 27 Ogos lepas. Hanya pada waktu terhad sahaja. Puas hati makan, bulan ni saja 2 kali Nina repeat. Hehe.. Tak muak makan ayam saja tanpa roti. Kena makan panas-panas baru laju masuk ke dalam mulut. Harga dari RM 12.90 untuk A'la Carte dan Zinger Double Down Box Meal hanya RM 19.90 selain set combo di bawah.


Zinger Double Down Combo RM 16.90 (burger + air + French fries) yang kedua pada 16 Okt.


Sedappp! 2 kali makan dalam bulan ni tetap tak puas


Jangan lepaskan peluang untuk cuba sementara masih ada. Kalau pi KFC memang takkan nampak iklan Double Down tapi kena tanya masih available atau belum. Kalau dah habis stok tu kempunan lah jawabnya sebab menu ini belum tentu KFC nak keluarkan setiap tahun. Huwaaa...


20 comments:

  1. Lama x makan KFC Zinger Down....

    ReplyDelete
  2. ok nak trryyyy pasni :D

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/10/places-i-would-like-to-visit.html

    ReplyDelete
  3. entry ni memang sengaja cari pasalkan?? sengaja je nak suruh ammi masuk kfc pastu belikan?? hahahha

    ReplyDelete
  4. Ya Allah menggugat iman betul pagi-pagi ternampak gambar nie .

    ReplyDelete
  5. ini rietta suka...hehehe...yg terkini belum cuba lgi...

    PS: mmg cantik, dan menjadi pilihan ramai NZ....xrasa rugi ke sana walau hanya pulau utara...

    ReplyDelete
  6. teringin la nak mencuba..

    harap teringat la nanti

    ReplyDelete
  7. saya kalau pi makan kt kfc mesti makan ayam je. sama ada set ayam dengan nasi atau ayam dengan fries. yang lain jarang nk cuba. hehe :)

    ReplyDelete
  8. Kita suka ni memang sedap dan menyelerakan nak lagi...

    ReplyDelete
  9. Esok lunch hour nak pi KFC la ehh!
    Dah banyak kali Mrs. A asyik baca review jer... ramai kata sedap

    ReplyDelete
  10. Tak sempat makan lagi. Tapi adik pun kata best!!

    ReplyDelete
  11. Allahu. belum sempat cuba lagi. tapi rasanya kalau kak beli, confirm kak akan tambah salad sendiri yg bawak masuk kfc. hahahaha

    ReplyDelete
  12. Double down dulu pernah keluar juga kan. ke tak ada. belum cuba lagi :(

    ReplyDelete
  13. di KFc bandar aku ada pula tapi harganya lebih murah sikit ya demikianlah pakai rupiah belinya

    ReplyDelete
  14. sebagai seorang pescatarian, jarang nak makan ayam tapi pernah cuba sekali sebab kakak yang belanja, sedap sangat!
    Saya pun suka sebab full daging. Lately ni saya cepat sakit perut kalau makan makanan berminyak, jadi saya potong zinger tu into tiny pieces and letak dalam salad. Fuh! Sedapnya! hahaha

    ReplyDelete
  15. thooo ramai kata sedap.. x penah rasa lagi yg ni.
    pegi kfc mesti nak order ayam ja..

    ReplyDelete
  16. tak dan nk rasa...sbb msk kepsi benda lain yg lebih memikat hati hahahah

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com