Assalamualaikum Readers
The Friday Poolside BBQ Di Royal Chulan Penang | Best Buffet Dinner Di Penang | Kembali lagi dengan tawaran buffet makan malam di tepian kolam renang atau sebagai The Friday Poolside BBQ di Royale Chulan Penang. Kalau nak tahu di Royale Chulan boleh dikatakan hampir setiap bulan dorang ada buat promosi!! Tak sangka dapat jemputan dalam whatsapp, hehe.. mudah dan cepat dari email. Sangat excited nak mencuba buffet dinner ni. Selalunya kalau ke Royale Chulan Penang, Nina akan menikmati hidangan di Sri Tanjung Café.
Friday Poolside BBQ @ Royale Chulan Penang 2019 |
Apa yang menarik apabila teruja dapat makan hidangan di tepi kolam renang sambil boleh melihat hidangan BBQ yang disediakan oleh Executive Sous Chef, Chef Khamarullizad @ Chef Andy. Dengan menitik beratkan aspek menggunakan bahan-bahan terbaik dan diolah menjadi sebuah hasil hidangan yang cukup menarik untuk dinikmati oleh para pengunjung.
ANEKA MAKANAN LAUT BBQ & GRILL
Kambing Golek |
Bahagian BBQ dan Grill |
Nampak sedap! |
Cajun & Paprika Marinated Chicken Wings |
Jagung Bakar & Sosej Bakar |
Spiced Paprika Slipper Lobster |
White Prawn Terriyaki |
Marinated Minutes Steak with Black Pepper |
Garlic Soy Sauce Calamari |
Satay (Ayam & Daging berserta kuah kacang, nasi impit, bawang dan timun) |
Roast Prime Rib Beef |
Kentang Lenyek |
Mushroom Sauce |
Boston Black Pepper Sauce |
Malam Jumaat merupakan hari yang sesuai sambil menikmati hidangan makan malam yang bertemakan 'BBQ & Grill' bersama keluarga dan rakan-rakan. Seleksi hidangan BBQ dan grill dari makanan laut segar (lobster, scallop, sotong, udang) serta hidangan berasaskan daging (lembu, kambing dan ayam) sudah semestinya menaikkan selera makan malam korang. Jomm layan gambar-gambar di Friday Poolside BBQ @ Royale Chulan Penang.
Nampak tak kesemua menu BBQ & Grill di Friday Poolside BBQ, Royale Chulan Penang. Rambang mata tengok kesemua menu-menu yang ada. Memang kena dengan temanya Poolside BBQ sambil menjamu selera di pool. Semuanya sedap dan harus dicuba. Yang pasti bahan-bahan untuk BBQ dan Grill dari bahan segar.
MENU UTAMA
Stir Fry Garden Vegetables with Shrimp (Isi udang segar, cendawan, kobis bunga, jagung muda menjadi pilihan) |
Lightly Dill-Cured Salmon Fillet (Sedap!) |
Creole Jambalaya (Menu unik dan pertama kali menikmati. Udang, muscles, sayuran dan hirisan lemon) |
Jacket Potatoes with Shives Sour Crème (Menu wow terutama sour crème dimakan bersama ubi kentang) |
Chicken Boxing with Boston Barbecue Sauce |
Marinated Wild Mushrooms with Lemon, Tarragon & Goat Cheese (Menu yang Nina suka, must try) |
PEMBUKA SELERA
Perghhhh.. Memang bermacam jenis pilihan pembuka selera yang ada di Friday Poolside BBQ. Mushroom soup bersama artisan bread, bbq chipotle chicken salad, shrimp salad, steamed broccoli & beef strip salad, wheat berry quinoa salad, caprese salad with sliced mozzarella, tomato & basil, farm house greek salad with olives & feta cheese, assorted cheese platter, quail egg skewer, tuna flakes & bean salad, sotong kangkung, Asian coleslaw, fruit cocktail salad, potato salad, taukua sumbat, cold cut platters, seafood glass noodle salad, mango & papaya salad, kerabu ulam daging bakar serta buah-buahan segar. Terdapat juga section 'Create your salad'. Anda boleh mereka dan bentuk sendiri salad. Menarikkan..
HOKKEIN MEE & PASTA STATION
Hokkien spiced prawn noodle soup & condiments |
Pasta stall |
Memang puas hati dengan pelbagai pilihan pasta (spaghetti, fusilli, linguine) serta sos (tomato pomodoro, creamy carbonara, sambal sotong, aglio olio). Bertambah enak dengan condimentsnya termasuklah pelbagai jenis cendawan, basil, isi ayam, sosej, chicken ham, olives serta hirisan daging untuk dipilih.
DESSERT
Beraneka pilihan pencuci mulut untuk dipilih. Antaranya chocolate mousse, green tea cake slice, assorted French pastries, coffee mousse, assorted fruit jelly, mini baked cheese cake, mango pudding, mini creame caramel, pavlova, mini fruits jelly & mousse, pengat keladi sagu dan sagu gula Melaka.
PROMOSI ISTIMEWA
Berita baik untuk setiap pelanggan Royale Chulan yang dating untuk menikmati hidangan Friday Poolside BBQ! Terdapat juga hidangan istimewa yang disediakan pihak hotel bagi tetamu yang membuat tempahan, iaitu :
1. Seafood surprise (untuk tempahan 2 pax - pan-fried grouper)
2. Lucky pot (untuk tempahan 4 pax - pan-fried grouper, scallop, mussel prawn & crab)
FRIDAY POOLSIDE BBQ
Poolside (Level 2)
11 Oktober 2019 - 27 Disember 2019
6.30pm - 10.00pm
RM 98nett (Adult), RM 50nett (Senior Citizen & Child)
Tel : 04-259 8888
Mencuba dengan perlahan-lahan, baru boleh menikmati. Haha |
Walaupun hujan sekejap tetapi BBQ tetap berjalan |
Bersama orang kuat Royale Chulan Vee & Chia Ling |
Thank you so much Royale Chulan Penang and team! kerana menjemput beberapa rakan blogger Penang untuk review pada 11 Oktober lepas. Nina dan tunang sangat teruja menjamu selera pada malam tu.
lihat masakan enak seperti ini bisa lupa diet semua buat terliur
ReplyDeletemakanan dengan konsep BBQ memang terbaik dan mnearik..
ReplyDeletetengok pun sudah rasa berselera..
apatah lagi sudah menikmati
biasanya pergi royal chulan kl je hehe
ReplyDeleteHarga memang berbaloi dengan menu. Menu sedap gilossssss.
ReplyDeleteSedapnya menu bakar²,western dan seafood. Semua pun nampak sedap dan menarik. Banyak pilihan sampai tak tahu nak amek mana satu tu.
ReplyDeletebyknye menu...mmg xtermakan....semuanya memikat selera...
ReplyDeleteallahuu sedapnyeee makanan , berbaloi2 dengan harga. hi salam kenal. done follow sini.
ReplyDelete