Assalamualaikum Readers
Tempat Makan Di Barastar Café, Bandar Perda, Pulau Pinang | Tempat Makan Di Seberang Perai | Kalau singgah Penang, ada satu lagi port makanan barat, port santai lepak sambil ber-coffee selain Starbucks. Barastar Café ni ialah café gabungan western, Asia dan sesuai untuk coffee lover di bawah satu bumbung. Café yang diusahakan oleh orang kita. Barastar Café mula beroperasi pada tahun 2018. Ia menjadi lokasi pengunjung untuk menikmati hidangan minum petang, makan malam hingga ke lewat malam.
Tempat makan best Barastar Café, Bandar Perda, Penang |
Sesuai untuk semua keraian |
Ruang indoor yang luas dan berhawa dingin |
Anena dan Boboy asyik bermain sambil mak-mak menyembang |
Kesian Ecah tak ada orang nak main, nasib tunang suka budak-budak |
Sudut meja disediakan mainan untuk kanak-kanak |
Menariknya di Barastar Cafe menawarkan seleksi minuman 'Coffee' yang original dibrew dari kaunternya. Memang sedap! Kaunter coffee ada mesin proses kopi yang khas dan tersendiri, di café ini juga tersedia ruang outdoor yang lebih open manakala ruang indoor lebih privacy dan berair-cond. Ruang indoor menjadi lokasi yang digunakan untuk majlis khas (birthday party, anniversary, seminar atau workshop dan lain-lain).
Barastar Café juga mesra kanak-kanak. Amat sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil menikmati makanan di Barastar. Ibu bapa tidak perlu risau tentang anak-anak. Selain menyediakan ruang duduk yang selesa dan luas, pihak café juga menyediakan permainan untuk anak-anak mengisi masa sementara ibu bapa menjamu selera. Meh kita layan menu-menu yang kami cuba malam tu. Hehe..
Set Meriah Menimbun . Lamb grill, fettuccini al-fredo, meatball, fries, coleslaw + teh o ais (3-4 pax) |
Tengok pada nama sahaja pun dah tertarik. Set ini untuk di kongsi bersama yang tersayang. Tapi kalau mampu habiskan sepinggan boleh order. Heheh.. Terdapat 3 jenis Set Meriah Menimbun : 1-2 pax, 3-4 pax dan 4-6 pax.
Minute Steak (kombinasi rasa asia dan barat) |
Chicken Chop (signature dish Barastar Café. Ranggup dan juicy isinya. |
Lamb Grill |
Paling WIN menu ni. Sepakat mengundi menu ini. Hehe.. Perapan yang simple dan menyerlahkan rasa lemak manis isi daging serta kambing itu sendiri. Terbaik apabila dicicah bersama sos black pepper.
Creamy Mushroom Soup + Garlic Bread |
Sebagai pembuka selera, pasti nak makan ini dahulu. Memang pekat dan suka rasa lemak dan cendawannya. Setanding Pizza Hut.
Suka juga yang ini. Manis seafoods di dalam gravy spaghettinya. Ini kerana makanan laut (udang dan calamari) yang digunakan segar. Haruman bawang putih juga menaikkan selera. Menu pilihan blogger Akma.
Pilihan Nina. Ayamnya lembut dan juicy dan aglio olionya berminyak tak terlalu kering. Boleh tahan sedap.
Sangat unik dan rasa yang tersendiri. WAJIB cuba! Satu twist oleh pihak owner. Campuran ciri masakan barat dan asia di dalam satu pinggan. Pedas memikat rasa tomyam dan gravynya pekat di spaghetti.
Selain menu-menu yang memikat selera di atas. Meh kita tengok barisan minuman sejuk dan panas yang kami dapat cuba. Semua minuman menepati selera kami. Kembung perut dibuatnya. Hehee.. Jangan tak percaya di Barastar Café juga ada boba. Memandangkan di Barastar Café mempunyai mesin coffee sendiri, boleh menghasilkan minuman coffee segar (freshly brew its own original coffee). Selain 2 menu, terdapat juga Americano, Mocha, Cappucino, Classic Latte, Vanilla Latte dan Caramel Macchiato. Jom tengok menu air di bawah :
Air minuman sejuk dan panas termasuk teh ais kaw, coffee ais kaw, teh o ais dan signature coffee dari Barastar Cafe |
Terima kasih kepada owner, Encik Mohammad Noor dan isteri kerana sudi menerima kunjungan kami dan tak jemu-jemu melayan kerenah dan keinginan kami disertakan dengan keriuhan anak-anak blogger yang membuatkan suasana meriah lagi ramai. Haha.. Semoga bisnes terus maju dan berkembang. Aminn..
Blogger Penang bersama owner Barastar Café, Encik Mohammad Noor dan isteri pada 5 Okt lepas |
Barastar Café
No 32, Lorong Perda Utama 7,
Bandar Perda,
Bukit Mertajam.
(lorong PETRONAS Bandar Perda)
Waktu : Setiap hari dari 4.00 pm - 1.00 am
FB : BarastarCafe
IG : @barastarcafe
MasyaAllah sedapnya lahai.. btw, blog awak cute sgt. i likeee
ReplyDeleteNampak sedap2 menunya
ReplyDeletesetakaf ini lagi berpantang western food lagi nak try jadi vegetarian sebab dah obesitas
ReplyDeleteSemua menu nampak sedapppppp. Calamari tu lagi memang nampak fresh.
ReplyDeletedekorasi cafe ni menarik dan food plating western ni menggoda betul
ReplyDeletekedai baru ke? tak perasan pulak sebelum ni.
ReplyDeleteSpaghetti Tomyam Pedas Berdesing dan Strawberry Mango Lemonade nampak menarik dan lain dari biasa..
ReplyDeleteSha : Memang menu yg menarik dan unik rasanya
Deletenampak byk portion nya...boleh bersandar kekenyangan ni...
ReplyDelete