7 Oct 2019

Aspen Vision City, Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang

Assalamualaikum Readers 

 
Aspen Vision City, Tempat Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang 2018 | Sejenis manusia tak suka simpan banyak gambar dalam fon tapi bila scroll rupanya banyak benda tak berupdate dan draft ni diperam hampir 11 bulan. Tempat ni ada musim jugak, baru meriah nak selfie contohnya, Krismas tak pun tahun baru. Ok meh tengok apa yang ada. Gambar ni diambil Nov 2018. Haha.. lama weyh. 


Aspen Vision City

Percayalah ni semua bunga tipu



Kalau ke utara, jangan lupa singgah ke Batu Kawan, Exit Bandar Cassia, ada 3 tempat boleh dituju. IKEA, Aspen Vision City Park dan Design Village Mall. Setakat hujung tahun ni, kawasan Seberang Perai Selatan dah makin membangun, dalam pembinaan hospital swasta, rumah-rumah teres dan kondominium. Tanah di sini melambung tinggi, rumah pun dah 500k. Tak mampu nak beli. Sadiss.. IKEA akan dibuka bulan Mac, 2019. Tak sabaq nak makan dan shopping barang rumah! (dengan orang rumah).


Harap tak ada yang curi bunga ni buat hiasan dalam rumah

Daun maple sangat

Tempat ni boleh bagi ikan makan dan jogging


Apa yang best? Hanyalah kawasan rekreasi, boleh berjalan, jogging dan selfie. Ada air pancut. Kalau pi malam lagi lawa dengan lampu-lampu. Nina sampai dalam pukul 10 pagi, masih tak ramai orang. Kalau petang hingga ke malam, crowded ya amat. Time nak selfie pun bersepah minah Indon. Rasa macam eh, Indonesia ke Malaysia ni? Bila pandang bangunan IKEA, ohh masih di Mesia rupanya. Elok kalau nak datang sekejap, selfie dan balik. Haha.. Tunggu lama-lama makin hangit kat situ. Sebab open dan tak ada pokok-pokok (baru nak tanam). Ada juga yang datang photoshoot konvo, wedding. Cantik dengan hiasan bunga-bunga palsu tapi nampak real. 
 

8 comments:

  1. cantiknya bunga2 syok ni amek gmbr byk2.. hihi

    ReplyDelete
  2. Walaupun Penang is my hometown tapi byk lg tempat saya tak pernah pergi haha termasuk lah aspen vision city ni. So thanks for sharing ye. next time kalau balik penang, boleh la saya singgah sini beriadah hehe^^

    ReplyDelete
  3. lawo..sgt cun utk photoshoot wedding..

    ReplyDelete
  4. Huhu hari tu p baru2 ni tempat bunga2 ni dah takde dah. Boleh tgk ikea je la time tu

    ReplyDelete
  5. Ketibas uiii kalau duk Lama2 kat sini... Hahaha

    ReplyDelete
  6. kalau datang pagi okay kot.. beriadah sambil jamu mata dengan pemandagan cantik..

    ReplyDelete
  7. sangat2 cantik. habis laa kalau instapemes tau tempat ni hahahaha

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com