Assalamualaikum Readers
Maleficent : Mistress of Evil | Review Filem Maleficent 2 | Filem yang ditunggu-tunggu selain Frozen. Akhirnya keluar jugak Maleficent kedua ni. Nak tengok wayang pun jadi unplanned dating sebab tak harap dapat tengok yelah masing-masing busy. Siapa yang tengok filem pertama mesti nak tahu apa kesudahan nasib Maleficent dan Aurorakan.
Maleficent : Mistress of Evil (2019) |
Maleficent Mistress of Evil ni terasa seperti filem epic fantasi yang baru, kerana filem kedua ni tak ada apa-apa hubungan dengan dongeng Sleeping Beauty lagi. Ia lebih kepada rasa seorang permaisuri yang ingin membalas dendam ke atas dunia Moors dan Maleficent. Sebab apa? Kena tengok okay. Paling Nina suka tengok cinematography memang ohsem. CGI pun cantik especially babak 'water bubble'. Weeee..
SINOPSIS :
Maleficent : Mistress of Evil adalah sambungan kepada filem pertama sebelum ini. Konflik timbul bila penyatuan dua kerajaan ni sebenarnya tidak di'restui' . Kisah bermula apabila puteri angkat Maleficent, Aurora (seorang manusia) diangkat menjadi Queen of The Moors (Ratu Moors), kerajaan magis yang dihuni oleh golongan pari-pari serta makhluk ajaib lain-lain. Aurora (Elle Fanning) berharap pernikahannya dengan Putera Philip (Harris Dickinson) akhirnya dapat menyatukan dua manusia dengan dunia pari-pari.
Di jemput ke istana untuk makan malam |
Prince Philips bawa Aurora bertemu ibubapanya |
Awkward scene |
Walau bagaimanapun, mereka perlu bertemu ibubapa masing-masing sebelum mendapat restu bagi meneruskan majlis perkahwinan bersejarah ini. Di sini lah konflik bermula. Maleficent melakukan yang terbaik untuk tersenyum tanpa di lihat mengancam nyawa manusia (yang sedia takut padanya) di sekitarnya. Dia cuba sedaya upaya demi kebahagiaan kesayangannya, Aurora. Maleficent cuba beralah untuk menarik perhatian orang tua Philip, King John dan Queen Ingrith. Maleficent sanggup mengenakan selendang untuk menutup tanduknya. Salah satu babak lucu.
Mengajak Aurora pulang selepas King Stefan pengsan |
Maleficent cedera ditembak peluru besi |
Conall, ketua Dark Fae (bangsa makhluk bersayap) . Berlindung di tempat rahsia dari manusia |
Bermulanya konflik apabila makan malam bertukar menjadi kecoh apabila King John tiba-tiba rebah dan menuduh Maleficent melakukan sumpahan oleh Queen Ingrith. Maleficent bersedia untuk pulang ke Moors bersama Aurora tetapi dia enggan sebelum Maleficent dikatakan tak pulang-pulang ke Moors dan disedari oleh Deval (si gagak yang setia). Jeng.. jeng
Borra dan Conall |
Pari-pari dan makhluk Moors dijemput ke istana untuk majlis perkahwinan Aurora |
Maleficent is reborn as a Phoenix |
-------------------------------------------------------------------
Sementara filem pertama menggunakan bekas kekasih Maleficent, King Stefan sebagai watak yang bersifat maskulin toksik (dahagakan perang dan kekerasan) tapi Maleficent 2 mengakui watak jahat tidak hanya untuk golongan lelaki. Wanita juga boleh menusuk-nusuk Maleficent dengan provokasi sehingga Aurora, (boleh dikatakan bengap) berpihak padanya.
---------------------------------------------------------------------
Apa yang menarik Maleficent 2 :
1. Watak protagonist si jahat yang ada tu sampai rasa nak hentak-hentak dengan batu.
2. Sayang, Prince Philip kurang menjiwai watak. Tak Nampak sebagai seorang bakal raja. Tunggu pak dia bangun sampai tak perasan Queen Ingrith pi mana.
3. Maleficent 2 menggunakan modal peperangan antara makhluk pari-pari yang baik hati dengan kaum manusia yang punyai hati yang dingin (tentera King John kena pukau).
4. Maleficent 2 mengajar kita kerana cinta, boleh saja berubah dari baik ke jahat dan sebaliknya.
5. Sebesar mana pun api kebencian, tetapi dapat bertukar menjadi kasih sayang.
6. Unconditional love does exist.
7. Baju Aurora semua cantik especially scenes terakhir. Dah macam lampu raya. Hahah
8. Yang penting, jangan ingkar perintah ibu. Aurora yang tak percayakan Maleficent sehingga dia melakukan kesalahan bodoh.
9. Bagaimana Maleficent dapat rasa bunga kubur dicabut dengan rakus oleh tentera Ulstead dan pulang ke Moors dengan perasaan sedih. Dari mana asal usul Maleficent dan Dark Faes.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
belum sempat lagi tengok kat wayang..
ReplyDeleterasanya memang tak tengok selagi awek tak ajak tengok hehehe
Belum berkesempatan lagi nak layan movie buat masa ni. Baca dari sipnosis dan spoiler je la dulu.
ReplyDeleteTak tengok lagi tapi dah tahu jalan cerita from A to Z. Terus jadi malas nak tengok. huhuhu
ReplyDeleteGeram tengok movie ni bila Aurora tak percaya kat mak sendiri. Masa tu memang bengang je. Haish.
ReplyDeleteramai yang suka film bergenre ini tapi aku sukanya yang disaster
ReplyDeletemenarik
ReplyDeletethanks sharing
Dah tengok dan geram dengan Aurora! Hampeh!
ReplyDeletemacam menarik je citer ni. kena tengok ni ha..
ReplyDeleteomaigad!!!! nak tgk! first movie dulu da rasa best! aiseh ni kne cepat cepat tgk
ReplyDeleteDah tengok Maleficent 2 haritu, best sangat sangat :)
ReplyDeleteMaleficient hanyalah wanita yang tersakiti...
ReplyDeletesy x tgk tapi bila baca spoiler kt twitter, gelak2 dibuatnya esp bla dia komen psl anak angelina yg beria nau nk kawen dgn putera (kot) hahahaha
ReplyDeleteCeritanya memang best dan menarik ditonton..
ReplyDelete